Bercuti ke Korea : Jeongbang Waterfall

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-3 Bahagian 4

Dari Jusangjeolli Cliff sis terus menuju ke Jeju Hiking Inn untuk check in dan solat. Sekali lagi sis dapat bilik di tingkat 4 dan tiada lif disediakan. Terpaksa lah mengangkut beg2 besar tue lagi.



Deluxe room with private shower


Lepas selesai rehat dan solat sis terus bersiap-siap untuk ke satu lagi tempat. Cumanya kali nie sis and the geng berpecah dua. Kalau ikut itinerary kami akan ke Cheonjiyeon Waterfall which is hanya 5 minit jalan kaki dari Gh. Tapi owner Gh recommend pergi Jeongbang Waterfall. So sis pun setuju pergi Jeongbang Waterfall nie. Lagi satu group pergi ke Cheonjiyeon Waterfall.

Dari Gh nak ke Jeongbang Waterfall nie kena naik kereta lebih kurang dalam 10 minit macam tue. Sis parking kereta jauh sikit dari kaunter tiket so kena lah menapak. Tapi ok je sebab cuaca sejuk jer dekat sini. Tak rasa penat pun. Tiket seorang 2k won.

Dari kaunter tiket nak ke waterfall kena menuruni berpuluh anak tangga. Jenuh gak la nak sampai ke bawah lagi2 bila kena gendong 'anak raja'. Make sure korang pakai flat shoes tau sebab dekat bawah nie batu2 dia agak tajam dan tidak sekata. Silap langkah boleh terseliuh.

Jeongbang Waterfall nie setinggi 23m dari atas laut dan merupakan air terjun pertama di Asia yang jatuh terus ke dalam laut. Sumber waterfall nie adalah dari aliran Donghongchun. Agak menarik lah jugak waterfall nie. No gps untuk ke sini ialah 82-64-733-1530.



Jalan2 makan angin


Air dari saluran Donghongchun nie akan melalui kawasan air terjun dan seterusnya jatuh ke dalam laut.


View dari tangga 





Kalau nak rasa seafood fresh dr laut boleh la singgah dekat tepi nie. Tapi sis tak lalu dik oi.

Ok setakat nie je aktiviti untuk hari ke-3 sis di Korea. Malam tue sis hanya lepak dalam bilik jer sebab nak bagi budak kecik tue rehat yang cukup. Siap2 rebus nasi himpit untuk bekal esok hari lagi. 

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

6 comments:

  1. wahh bestnya... nak jeles blh x?? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn mcm tue dear. Sis doakan mg sampai rezeki awak ke sini akan dtg. InsyaAllah 😇

      Delete
  2. fuhyoo dia punya ayaq terjun omputih kata..very nice hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤