Bercuti ke Korea : Jusangjeolli Cliff - Blog by Ana Suhana

Dec 13, 2016

Bercuti ke Korea : Jusangjeolli Cliff

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-3 Bahagian 3

Sambungan dari entri  Day 3 Part 2 . Lepas kecewa tak dapat masuk Yongmeori Coast akibat ombak tinggi dan angin kuat, sis 'membawa' diri ke Jusangjeolli Cliff. Nie antara satu tempat wajib singgah kalau korang dah sampai di Jeju. Jarak dalam 40 minit macam tue je dari Yongmeori Coast.

Tiket masuk ialah 2k won seorang. Tapi kalau lebih 10 orang ada diskaun 400 won seorang. Time geng sis beratur beli tiket nampak macam tak ramai orang. Rupanya jammed dekat 'jambatan' berhampiran cliff tue. Kalau nak selfie tanpa ada orang interframe memang susah lah sikit. Kiri kanan depan belakang penuh orang berhimpit. Kena pandai menyelit lah senang cerita. 

FYI, Jusangjeolli Cliff nie terbentuk apabila lava dari Gunung Hallasan meletus ke dalam lautan Jungmun. Ianya membentuk pelbagai saiz batu berbentuk kiub atau heksagon yang seolah2 diukir oleh tukang batu. Memang sangat amazing tau korang. Tapi tue la tak boleh nak menghayati pemandangan dekat sini lama2. Ramai tengah beratur tunggu giliran. So to be safe better pergi time weekdays (Selasa-Rabu) baru syok menikmati pemandangan dengan tenang. No gps untuk ke sini ialah 82-64-738-1532.

P/s: Klik gambar untuk paparan lebih jelas 😅













2 comments:

  1. adohaii x tahan lah tgk view laut atas bukit tu...subhanallahhhh cantik sgt..rasa nak pi la hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cantik view dekat sini. Rasa tak puas pergi kejap hari tue. Nanti ade rezeki insyaAllah sampai jugak EL dekat sini. 😊

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤