Alami Pengalaman Wayang di Rumah dengan INLAB Senz Projector

Alami Pengalaman Dunia Wayang di Rumah dengan INLAB Senz Projector l Assalamualaikum. Siapa suka tengok movie atau layan K-drama, kita geng. Tapi tu lah, kadang-kadang bila layan dekat tv tu rasa macam tak puas pulak. Lagi-lagi bila menonton bersama seisi keluarga. Rasa macam kecik je skrin tv tu. Tu belum lagi dengan audio yang tak berapa nak jelas. Dah naikkan volume pun still sama je sound dia. Kadang kena rewind nak dengar semula dialog dalam movie atau drama tu. Frust sangat!!!


Alami Pengalaman Dunia Wayang di Rumah dengan INLAB Senz Projector


Kebetulan masa browse Youtube hari tu, Ana ternampak video dari CN, rakan blogger Ana. Dalam video tu, CN review tentang INLAB Senz Projector. Nampak macam best sangat. Ralit Ana tengok video tu sampai habis. Dari video CN, Ana sambung tengok video-video review dari Youtubers yang lain tentang INLAB Senz Projector ni. Semua cakap best dan puas hati dengan ciri-ciri yang ditawarkan. Lagi satu paling Ana tertarik, bab harga dia. Maklumlah, kita kan rakyat marhain. Nak harga rahmah je kalau boleh. Haa nak tau apa yang menarik tentang INLAB Senz Projector ni, jom sambung baca.



1. Paparan 1080k (menyokong sehingga paparan 4k)


Nak puas tengok movie atau drama mesti lah ada paparan yang jelas. Betul tak? Dengan INLAB Senz Projector, korang tak perlu risau sebab ketajaman video yang dipaparkan sangat terbaik. Korang akan merasai pengalaman full HD  yang mengagumkan gitu. Rasa macam kita ada dalam movie tu pulak. Even bila kita zoom video tu pun, visual tu tak pecah. Malah korang boleh nampak setiap butiran dengan jelas dan terang. Memang syok habis.



2. Sistem Bunyi Dolby Audio


Nak layan tengok movie dekat rumah, wajib ada sistem bunyi yang padu. Dengan INLAB Senz Projector, korang boleh merasai pengalaman seperti berada di panggung wayang sebenar. Ini kerana INLAB Senz Projector menggunakan sistem bunyi yang diperakui oleh Dolby Audio. So korang akan dapat kualiti bunyi yang sangat lah mantap tanpa perlu beli speaker tambahan. Setiap butiran dialog atau lirik akan kedengaran lebih jelas, tajam dan kuat. Kalau naikkan volume tinggi sikit, dah serupa macam dekat panggung wayang dah.



3. Auto & Electronic Focus 


Ni antara ciri paling menarik bagi Ana untuk INLAB Senz Projector. Ingat tak dulu masa kat sekolah, bila guna projektor, kita kena adjust kedudukan projektor untuk dapatkan paparan skrin yang lurus. Lepas tu nak dapatkan gambar yang tajam, kita kena adjust lense secara manual. Leceh sangat!!


Tapi dengan INLAB Senz Projector, semua tu jadi mudah sebab ianya mempunyai ciri auto electronic focus. Korang pancarlah projektor ni dekat mana-mana dinding, INLAB SENZ akan bantu melaraskan lensa secara automatik untuk korang. Hasilnya korang akan dapat paparan skrin segi empat tepat yang sempurna melalui pancaran imej yang lurus.



4. 4 Point Keystone


INLAB Senz Projector juga mempunyai ciri 4 Point Digital Keystone yang membantu melaraskan paparan dari mana-mana sudut. Kalau kata kita letak projector di sudut kiri atau kanan dinding atau di atas permukaan yang tidak rata sekali pun, gambar yang dipancar akan tetap tegak dan cantik. Ini kerana dengan keystone, kita boleh adjust sudut skrin agar tetap menjadi segi empat tepat. Janji projektor tu kita pancar pada dinding rata dan warna putih.



5. Sambungan  2X USB, 2X HDMI & 3.5mm Headphone Jack


Dengan INLAB SENZ Projector ni, korang bukan je boleh tengok movie dan layan muzik, malah korang juga boleh guna untuk tujuan pembentangan. Just cucuk pendrive di port USB yang tersedia di bahagian belakang projector, buka fail berkaitan dan korang dah boleh mula kan sesi pembentangan. Senang dan pelbagai fungsi kan?? Memang berbaloi beli.



6. Screen Mirroring


Ini lagi satu ciri menarik tentang INLAB SENZ Projector di mana korang boleh connect smartphone dengan projector. Tak kisah lah sama ada korang pengguna Android atau iPhone, korang boleh je connect melalui miracast atau ioScast. Senang je cara dia. Ada tutorial yang dipaparkan nanti, so korang ikut je. Yang penting phone korang tu guna network atau internet connection yang sama dengan projector. So lepas ni boleh lah korang throwback gambar atau video lama dengan seisi family. Bestnya. 



7. Skrin Besar Sehingga 120"


Syok bila semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama kan. Masa ni nak tengok movie sama-sama memang best. Tapi kalau tengok kat tv, tak berapa nak enjoy sebab skrin kecik. Tapi dengan INLAB SENZ Projector, korang boleh alami pengalaman menonton movie dengan skrin besar sehingga 120". Apa yang korang perlu buat just jarak kan dinding dengan projektor. Tu je. And of course kena ada ruang yang luas lah kan. Then baru lah boleh enjoy tengok tv ramai-ramai.



8. Mempunyai Smart Features


Dengan INLAB SENZ Projector, korang boleh tengok movie atau drama di Netflix sepuasnya dan boleh layan muzik di Youtube semahunya. Ini kerana INLAB SENZ Projector mempunyai ciri smart features dan menggunakan operating system Android 9. So korang boleh lah muat turun lebih banyak aplikasi melalui PlayStore. Ni muat turun games pun syok. Puas hati dapat main dengan skrin besar.


INLAB SENZ Projector juga mempunyai sambungan kepada Wifi dan Bluetooth tau korang. Senang kata, ada banyak cara lah korang boleh enjoy guna projector best ni. Tak terhad pada satu cara je.



9. Bersaiz Compact


Kalau nak pergi bercuti, korang boleh je nak bawa INLAB SENZ Projector ni. Bukan je deisgn dia cun dan minimalis, malah bersaiz compact lagi. Just sebesar 29 CM (L) X 22.1 CM (W) X 9.5 CM (H) dan berat kurang dari 3kg. Memang mudah lah korang nak bawa ke mana-mana. Tak berat dan tak makan ruang.



10. Harga Mampu Milik


Lepas baca semua kelebihan dan keistimewaan yang ada pada projector ni, mesti korang akan kata harga dia beribu-ribu ringgit kan. Tapi jangan terkejut, INLAB SENZ Projector ni hanya berharga RM989.90 -  harga lepas diskaun. Murah giler kan. Nak lagi jimat, guna kod diskaun INLA0030 ni dan korang boleh dapat diskaun tambahan bernilai RM30. Fuh kat tempat lain tak kan dapat harga murah macam ni. Dengan punya lah banyak ciri padu yang korang dapat, memang berbaloi lah beli  INLAB SENZ Projector ni.


Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke website INLAB seperti di bawah. Pembelian juga boleh di buat secara atas talian melalui platform Shopee dan Lazada.


Official Website

 https://inlab.com.my/pages/the-senz


Official Shopee

 https://shope.ee/8zVy4WmnFZ


Official Lazada

  https://s.lazada.com.my/s.fjRBK

Alami Pengalaman Wayang di Rumah dengan INLAB Senz Projector Reviewed by Ana Suhana on April 06, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.