NSK Grocer - Kedai Runcit Moden Terbesar Kini Dibuka Di Quill City Mall Kuala Lumpur

NSK Grocer  - Kedai Runcit Moden Terbesar Kini Dibuka Di Quill City Mall Kuala Lumpur l Assalamualaikum. Tahniah buat Kumpulan NSK - rangkaian pemborong dan peruncit tempatan di Malaysia di atas pembukaan NSK Grocer - sebuah kedai runcit moden dan inovatif pertama terbesar di Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi di Quill City Mall Kuala Lumpur.

NSK Grocer Quill City Mall KL

NSK Grocer  - Kedai Runcit Moden Terbesar Kini Dibuka Di Quill City Mall Kuala Lumpur 


Cakap tentang NSK ni kan, kalau dekat area rumah Ana di Batu Caves, rata-rata penduduk dekat sini akan shopping barangan rumah di NSK Selayang. Family Ana pun tak terkecuali jadi antara jutaan pelanggan setia NSK. Even penjual-penjual makanan pun akan restock barangan dorang dekat NSK ni juga.


Bila Ana tahu yang NSK akan adakan hari pembukaan NSK Grocer di Quill City Mall pada hari Sabtu (8 Januari 2022) yang lepas, Ana tak lepaskan peluang untuk join sama memeriahkan suasana. Majlis pelancaran tersebut turut dirasmikan oleh Tan Sri Mohd Shariff Bin Omar - Pengerusi Versatile Creative Berhad dan En Justin Liew - Naib Presiden Kanan Quill Retail Malls Sdn Bhd.


NSK Grocer Quill City Mall KL


Memang meriah sangat-sangat dan paling menarik terdapat pelbagai promosi menarik yang ditawarkan pada hari tersebut. No wonder ramai yang sanggup beratur panjang nak shopping di NSK Grocer hari tu.


Kalau korang nak tau, NSK Grocer ni dia berbeza sikit dengan NSK Trade City yang selalu Ana pergi tu. Kalau NSK Trade City tu dia lebih kepada pasaraya traditional, tapi NSK Grocer ni lebih kepada konsep Phygital, iaitu kedai runcit moden berbentuk fizikal dan digital yang sangat bersesuaian dengan gaya hidup moden di bandar. 


Sebagai sebuah kedai runcit moden terbesar di bandaraya Kuala Lumpur dengan keluasan lebih 85,000 kaki persegi, NSK Grocer menawarkan pelbagai produk tempatan dan import premium yang berpatutan yang terdiri daripada bahagian makanan segar, kawasan runcit kering, bahagian borong dan juga deli di bawah satu bumbung.


NSK Grocer Quill City Mall KL

NSK Grocer Quill City Mall KL

Paling penting, kesemua barangan yang ditawarkan berkualiti tinggi dan segar dan dijual pada harga yang sangat mampu milik. Senang kata memang sangat berbaloi shopping di NSK Grocer ni terutama kepada para peniaga di mana mereka boleh beli barangan pukal pada bahagian borong. Lebih banyak beli, lebih jimat, lebih untung gitu. Ana yang tak berniaga pun tak lepaskan peluang beli barang secara pukal. Puas hati sebab dapat berjimat. Pengguna bijak lah katakan. Hehe. 


NSK Grocer Quill City Mall KL

Masa Ana shopping hari tu, memang sangat selesa lah. Even ramai dengan pelanggan, tapi korang tak kan bersesak-sesak dalam tu sebab kawasan dia luas sangat. Bersih pun bersih. Even dekat bahagian basah pun bersih dan kering.  Geram pulak tengok ikan tongkol ni. Kemain segar. Buat gulai confirm sedap ni. 


NSK Grocer Quill City Mall KL


Barangan di sana pula disusun dengan teratur dan mudah nak cari sebab setiap seksyen dilabel dengan terang. Pekerja-pekerja NSK Grocer pun semua helpful. Tanya je dekat mana barang kita nak tu, cepat je dorang bagi arah. Maklum lah, besar sangat kawasan dia. Kadang kita terlepas pandang. Padahal mata tak fokus sebab semua benda nak tengok. Haha.


NSK Grocer Quill City Mall KL

NSK Grocer Quill City Mall KL

NSK Grocer Quill City Mall KL

Punyalah syok shopping sampai tak sedar dah berjam-jam Ana dalam tu. Mana taknya, dari barangan kering sampai ke barangan basah, semua Ana explore.


NSK Grocer Quill City Mall KL

NSK Grocer Quill City Mall KL

NSK Grocer Quill City Mall KL

Memang rambang mata kejap sebab murah-murah harga yang ditawarkan. Antaranya Milo pek, beras Cap Rambutan, Antigen Saliva Test, Maggie dan banyak lagi dijual hanya pada harga RM1 sahaja. Murah kan?? Tu belum lagi tolak baucer tunai RM10 bila daftar kad NSK Grocer secara percuma. Dah berapa banyak dapat berjimat tu?? Korang kira lah sendiri. Hehe.


Bagi yang terlepas peluang untuk join hari pembukaan yang lepas, jangan sedih-sedih sebab korang masih boleh menikmati pelbagai lagi promosi sempena pembukaan NSK Grocer yang sedang berlangsung sehingga 16 Januari 2022 ni. So jangan tunggu lama-lama, ajak satu keluarga shopping barangan rumah di NSK Grocer yang terletak di LG-19-21 Lower Ground di Quill City Mall KL. Jangan lupa daftar kad NSK Grocer tu tau. Boleh dapat RM10 baucer tunai.


Yang kerja di sekitar bandaraya KL tu dan hanya ada masa nak shopping lepas waktu kerja, takde masalah pun sebabnya NSK Grocer di Quill City Mall KL ni di buka dari 9 pagi hingga 11 malam setiap hari. So ada banyak masa untuk korang shopping sepuasnya. Tak perlu terkejar-kejar masa ok.


Untuk maklumat lanjut tentang promosi yang sedang ditawarkan, korang boleh layari website dan lama sosial NSK Grocer seperti di bawah :


Website :

http://www.nskonline.com.my/


Facebook : 

https://www.facebook.com/nskgrocer


Instagram :

https://www.instagram.com/nskgrocer/




NSK Grocer - Kedai Runcit Moden Terbesar Kini Dibuka Di Quill City Mall Kuala Lumpur Reviewed by Ana Suhana on January 11, 2022 Rating: 5

2 comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.