Ketagihan Akibat Nikotin - Kesan Pada Kesihatan Manusia

Ketagihan Akibat Nikotin - Kesan Pada Kesihatan Manusia l Hari ni kita boleh lihat merokok seakan dah jadi satu perkara biasa dalam masyarakat Malaysia. Dekat mana-mana saja, even dekat tempat awam yang terang-terang jadi kawasan larangan merokok, kita masih boleh lihat berapa ramai perokok-perokok tegar dengan bangganya menghembus asap pembunuh ke udara tanpa memikirkan risiko pada orang sekeliling. Paling menyedihkan bila ada di kalangan mereka merupakan remaja sekolah yang lengkap berpakaian sekolah.


Ketagihan Akibat Nikotin - Bahaya Dan Kesan Pada Kesihatan Manusia


Apa sebenarnya yang menyebabkan berlakunya ketagihan merokok ni? Sedap sangat ke rokok ni sampai orang susah nak berhenti dari merokok? Haa bagi yang tak tahu, sebenarnya isu ketagihan merokok ini berpunca daripada NIKOTIN yang ada dalam rokok tersebut.

Ketagihan Akibat Nikotin - Kesan Pada Kesihatan Manusia

Nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang menyebabkan ketagihan kepada si perokok. Dan lebih teruk lagi ketagihan yang dihasilkan oleh nikotin adalah sama kuat seperti ketagihan kepada dadah jenis heroin. Menurut kajian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), 90% kes penagihan dadah berpunca daripada ketagihan merokok. Ini kerana bekalan rokok sangat mudah untuk didapati dan dijual di dalam pek-pek kecil yang mudah dibeli dan disimpan.


Nikotin dan Rokok

Ketagihan Akibat Nikotin - Kesan Pada Kesihatan Manusia

Nikotin merupakan bahan semula jadi di dalam daun tembakau. Menurut kajian, daun tembakau mempunyai kandungan nikotin yang paling tinggi iaitu sebanyak 0.6–3.0% daripada berat kering tembakau tersebut. Selain dari daun tembakau, nikotin juga boleh ditemui di dalam tumbuhan seperti ubi kentang, tomato, terung dan juga lada hijau.


Rokok biasanya mengandungi sekitar 10-15mg nikotin, namun hanya kira-kira 1-2mg saja yang diserap oleh badan ketika merokok, bergantung pada cara seseorang itu merokok. Pada tahap rendah ini, nikotin hanya bertindak sebagai bahan perangsang yang menyebabkan ketagihan dalam merokok, namun bukan penyebab utama penyakit berkaitan dengan merokok. Sebaliknya asap rokok lah punca utama kepada penyakit-penyakit tersebut.


Ketagihan Akibat Nikotin - Kesan Pada Kesihatan Manusia


Menurut laman web KKM,  rokok mempunyai 600 bahan kandungan yang akan mengaktifkan 7,000 bahan kimia setiap kali seseorang membakar sebatang rokok. Dan 250 daripadanya terbukti sebagai bahan kimia merbahaya. Kajian juga telah membuktikan bahawa 70 jenis bahan kimia yang dikenali sebagai bahan karsinogen di dalam asap rokok boleh menyebabkan sel normal menjadi sel kanser.


Bagaimana Nikotin Masuk Ke Dalam Badan dan Kesan Pada Kesihatan


Ketagihan Akibat Nikotin - Kesan Pada Kesihatan Manusia

Beberapa saat lepas seseorang merokok, nikotin akan diserap masuk ke dalam badan melalui kulit dan lapisan mukosa di hidung, mulut dan paru-paru, dan bergerak melalui aliran darah ke otak.

 

Kesan Nikotin Pada Paru-Paru

Ketagihan Akibat Nikotin - Kesan Pada Kesihatan Manusia


Apabila nikotin masuk ke dalam badan kita, kelenjar adrenal akan teransang dan menghasilkan adrenalin yang menyebabkan kesan farmakologi terhadap jantung dan paru-paru kita.

 

Paru-paru kita berisiko terkena penyakit Emfisema yang menyebabkan sesak nafas di mana merokok menyebabkan kerosakan pada kantung udara yang penting dalam proses penukaran gas oksigen dan karbon monoksida di dalam darah dan paru-paru. 

 

Selain tu paru-paru juga berisiko terkena penyakit bronkitis kronik - penyakit sekatan pulmonari kronik yang berpunca daripada jangkitan dan disebabkan tabiat merokok yang melemahkan sistem imun si perokok.

 

Kesan Nikotin Pada Jantung

Ketagihan Akibat Nikotin - Kesan Pada Kesihatan Manusia

Seperti yang kita tahu, jantung berfungsi untuk mengepam darah dan membekalkan oksigen kepada sel-sel dan organ lain. Namun fungsi penting ini akan terganggu apabila seseorang merokok. Nikotin yang masuk ke dalam tubuh akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit, menyekat dan mengurangkan kelancaran aliran darah dan boleh menyebabkan berlakunya serangan angin ahmar. Merokok juga boleh meningkatkan tekanan darah, melemahkan saluran darah serta menyebabkan saluran darah tersumbat dan akhirnya menyebabkan terjadinya strok atau angin ahmar. 

 

Kedua-dua situasi ini sangat berbahaya kepada si perokok terutama mereka yang mempunyai penyakit diabetes, jantung dan darah tinggi. Disebabkan ini, golongan ini sangat digalakkan untuk berhenti merokok bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi.

 

Kesan Nikotin Pada Otak

Ketagihan Akibat Nikotin - Kesan Pada Kesihatan Manusia

Nikotin juga memberi kesan buruk kepada otak manusia. Yang paling utama ianya menyebabkan ketagihan. Nikotin mampu membuatkan seseorang merasa gembira dan tenang kerana nikotin mempunyai ciri-ciri seperti hormon dopamin yang berperanan meningkatkan mood seseorang.

 

Kesan ini akan meningkatkan keinginan seseorang untuk merokok sekaligus menyebabkan ketagihan. Namun, perasaan gembira ini hanyalah palsu kerana perokok tidak menyedari kesan buruk yang akan berlaku pada otak mereka disebabkan ketagihan ini terutama kepada golongan remaja bawah umur. Antaranya perkembangan otak terganggu, sukar untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran serta sukar untuk mengawal impuls.

 

Merokok di kalangan remaja juga boleh menyumbang kepada masalah disiplin, vandalisme, gangsterisme dan pelbagai perkara negatif yang menjejaskan prestasi akademik serta ko-kurikulum sekolah serta hubungan sosial remaja jika tidak dibendung.

 

 

Nikotin dan Wanita Mengandung atau Ibu Menyusu

 

Selain dari pesakit kronik dan para remaja, golongan wanita juga tak terkecuali menjadi penagih tegar nikotin. Menurut statistik, peratusan perokok dalam kalangan wanita menunjukkan peningkatan yang agak membimbangkan. Lebih-lebih lagi untuk wanita mengandung dan ibu yang menyusukan bayi.

Ketagihan Akibat Nikotin - Kesan Pada Kesihatan Manusia

Antara risiko nikotin kepada wanita mengandung ialah risiko keguguran, kelahiran bayi pra-matang, bayi mati dalam kandungan, bayi mati secara tiba-tiba, bayi mempunyai komplikasi pernafasan dan mengalami kecacatan kekal.

 

Bagi ibu menyusu pula, nikotin yang disedut akan memasuki dalam darah melalui paru-paru dan kemudian masuk ke dalam susu ibu. Kajian menunjukkan nikotin dalam susu ibu boleh menjejaskan corak tidur bayi, meningkatkan risiko kadar gula dalam darah dan juga masalah tiroid yang menyebabkan anak mengalami  masalah berat badan berlebihan. Nikotin juga menyumbang kepada pengurangkan penghasilan susu ibu yang berpunca daripada penurunan tahap prolaktin – hormon perangsang susu badan.



Kenapa Perlu Berhenti Merokok? 


Banyak sebab kenapa korang perlu berhenti merokok. Bukan saja atas faktor kesihatan korang malah sebab tanggungjawab pada semua.


Sebagai seorang yang ada anak kecik, semestinya Ana berasa sangat tak selesa dan tak selamat bila ada orang yang merokok di sekeliling kita terutama di tempat awam. Tabiat buruk ni bukan saja membahayakan nyawa si perokok malah kepada sesiapa yang berada disekelilingnya termasuk Ana dan anak-anak. Kita akan berasa susah nak bernafas dan bau rokok itu sendiri akan melekat di pakaian kita. Of course Ana rasa marah dengan tindakan pentingkan diri sendiri mereka tu tapi tiada apa yang kita boleh buat sebab para perokok akan melenting bila kita tegur tindakan mereka tu.


Selain tu, dari pengalaman Ana sendiri yang melihat ahli keluarga Ana yang dikategorikan sebagai perokok tegar mengalami masalah kesihatan akibat tabiat merokok. Mereka mengalami masalah jantung, tahap kesihatan makin merosot, gigi jadi kuning dan malah kehilangan semua gigi kesan dari merokok tu.


Banyak kan keburukan merokok ni pada kesihatan.  Tak rugi berhenti sekarang. Tapi kalau rasa susah sangat nak berhenti secara mendadak, boleh lah kurangkan jumlah merokok tu. Atau boleh try alternatif lain seperti guna produk heat-not-burn atau gula-gula Getah NRT.


Produk heat-not-burn ni sama je macam merokok. Tapi dia berbeza dengan vape. Kalau vape mengunakan cecair kimia berperisa dan kebanyakkannya mengandungi nikotin, tapi heat-not-burn product masih gunakan tembakau. Cuma dia hanya panaskan je tembakau, kesannya lebih sedikit toksin dilepaskan pada kepekatan yang lebih rendah daripada rokok biasa kerana tidak ada pembakaran. Sebab tu ada orang mengatakan yang produk ni sesuai sebagai alat untuk berhenti merokok. Tapi apa pun, kesemua ada kesan buruk untuk kesihatan tubuh badan kita. Kena jadi bijak untuk tahu cara terbaik untuk kurangkan merokok dan seterusnya untuk terus berhenti merokok.


Sumber Rujukan :




Ketagihan Akibat Nikotin - Kesan Pada Kesihatan Manusia Reviewed by Ana Suhana on October 08, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. Zaza pun kalau bau asap rokok rasa lemas je..harap2 ramai la sedar yg merokok ni tak ada manfaat pun kan

    ReplyDelete
  2. yg hidu asap dia pun dh rimas lemas..x fhm kadang tu yg x bleh berhenti hisap rokok..x takut erk bahaya pelbagai akibat dari merokok...

    ReplyDelete
  3. Good sharing Ana.. rokok nie memang bahayakan kesihatan bukan pada diri sendiri aja tapi untuk orang terdekat dengan kita juga..

    ReplyDelete
  4. Yg hidu asap rokok sbnrnya lg bahaya... Tp tu la.. Seram tgk org kuat merokok ni..

    ReplyDelete
  5. Nak share dekat husband biar dia ada rasa insaf dan rasa nak stop merokok

    ReplyDelete
  6. Semakin mendapat tempat kan produk Heat-Not-Burn ni... better option and alternative kan... kalau dulu ada produk ni awal2, takdelah ramai yang suffer as 2nd hand-smoker...

    ReplyDelete
  7. honest mmg tak suka org merokok tapi dpt husbnd perokok plak..tpi husbnd mmg try nk stop cuma doc tk bg stop terus takot kena serngan jantung..sbb pernah terjadi dia stop merokok scra mendadak then terus masuk wad. pernah cuba stop slow2 tp baru2 ini lpas ambil 1st vaksin terus dia xboleh nak merokok dh..merokok je rasa xsedap rasa payau...dan setakt ni alhamdulillahlah tak de apa2 masalah kesihatn. hope lps ni dia boleh stop terus...

    ReplyDelete
  8. mmg teruk juga kan impak nikotin kepada kita.. mmg kena elakkan pengambilan nikotin dr mula sbnrnya

    ReplyDelete
  9. menarik artikel ni. saya sendiri dah berhenti merokok sejak awal bulan oktober. ganti dengan pod. dah tak ada rasa nak merokok dah.

    ReplyDelete
  10. Merokok tu memang berbahaya untuk diri dan juga orang sekeliling. Kalau boleh tolong stop or carri alternative yang lebih selamat.

    ReplyDelete
  11. mmg Sally pun suggest abang-abang Sally guna heat-no-burn skrg, mahal sikit tp selalu marah dorang kena fikir anak kecik etc...at last ikut jugak cakap sally...hihihi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.