Jom Sambut Ramadan dan Raya dengan Safi Raya Kau Hijau.

Jom Sambut Ramadan dan Raya dengan Safi Raya Kau Hijau l Assalamualaikum. Lagi beberapa hari je ni kita akan sambut bulan Ramadan. Tak sabarnya nak berpuasa dan berterawih bersama-sama. Tak boleh berjemaah di surau, berjemaah di rumah pun sama ganjarannya juga kan.

Jom Sambut Ramadan dan Raya dengan Safi Raya Kau Hijau


Alhamdulillah, puasa kali ni surau-surau dan masjid-masjid dibenarkan untuk tunaikan solat terawih berjemaah. Takpe lah walau tak boleh ramai-ramai kan. Janji beberapa aktiviti boleh berjalan.. Tak nak lah jadi macam tahun lepas. Sunyi je rumah-rumah ibadah sepanjang bulan puasa. Sedih sangat tau.


Bukan takat tu je, bazar-bazar Ramadan pun turut dibenarkan beroperasi tau. Wahh makin meriah lah bulan puasa tahun ni. Boleh lah beli macam-macam juadah untuk berbuka puasa nanti.  Tak lah krik krik je menu berbuka kali ni. Hehe. 


Dan yang pasti, walau ramai yang masih menanti pengumuman sama ada boleh rentas negeri ke tak raya nanti, Ana pasti persiapan raya walau tak banyak mesti korang sediakan kan? Hari ni pun kita dah boleh nampak banyak shopping mall dah start mengadakan promosi hari raya. Lagi-lagi dekat Jalan TAR tu haa. Meriah sesangat. Ana lalu sana hari tu, amboi bukan main shopping sakan kawan-kawan kita tu.


Tapiii....... 


Seronok seronok juga. SOP dan kebersihan diri jangan pulak korang buat-buat lupa. Bak kata iklan KKM, kita masih belum menang menentang virus Covic-19. Kes pun masih banyak setiap hari. Nak turun 3 angka pun masih belum berjaya sepenuhnya. Apa pun, kita doakan semoga kes Covic-19 semakin menurun. Dan semoga banyak lagi negeri dan daerah di Malaysia bertukar kepada zon hijau. Aamin.


Lawan Covic-19 dengan Jaga Kebersihan Diri Menggunakan Produk SAFI


Bila dah puas shopping di shopping mall,  atau baru balik dari bazar Ramadan atau surau dan masjid, pastikan korang bersihkan badan dan tangan terlebih dahulu dengan produk dari SAFI.



Nak bersihkan badan semasa mandi, korang boleh gunakan SAFI Antibacterial Shower Cream Fresh Protect ni.



Shower cream ni bebas dari 10 bahan kimia berbahaya dan diperbuat daripada 100% bahan aktif semula jadi serta diperkaya dengan ekstrak lemon asli yang mampu menghilangkan 99.9% kuman yang melekat. Shower cream ni berfungsi untuk membersihkan kulit secara mendalam dan menjadikan kulit lebih segar dan cerah.


Sebelum berbuka pula, kena basuh tangan terlebih dahulu. Jangan lupa basuh menggunakan Safi Antibacterial Handwash. Baru lah rasa lebih bersih dan selamat untuk berbuka.



Lepas sebulan berpuasa, tiba lah pula hari raya Aidilfitri. Confirm-confirm semua nak nampak cantik sambil menggayakan baju baru. Betul tak? Muka pun kena lah nampak cantik juga. Kang baju bukan kemain mengerlip, tapi bila tang muka kusam tak berseri. Tak nak lah macam tu.


Sebelum mulakan solekan, jangan lupa apply Safi Rania Gold Day Cream SPF25PA++ IR dengan Nano Gold 24K dan nutrien Propolis.



Krim siang ni berfungsi untuk kelembapkan dan membantu menguatkan struktur kulit dengan berkesan, melindungi kulit dari bahaya sinar UVA, UVB dan InfraRed (IR), menghalang kulit menjadi gelap serta menggalakkan tona kulit yang sekata. Baru lah kulit kekal lembap, cerah dan berseri-seri di pagi hari raya.


Akhir sekali nak bersihkan muka dari solekan pula, korang boleh guna Safi Micellar Natural Cleansing Water Cucumber.



Diformulasikan dengan teknologi air Micellar dan 100% bahan aktif Timun Asli, micellar water ni  membantu menanggalkan solekan dan segala kekotoran pada kulit wajah hanya dengan 1 sapuan. Tak perlu nak bilas pun lepas guna tu. 


Micellar water ni juga mampu menenangkan dan meremajakan kulit, mencerahkan dan meratakan warna kulit dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri pada hari raya.



Dapatkan 3 Rekaan Eksklusif Pinggan Batik SAFI



Berita baik untuk korang semua. Sekarang ni, dengan setiap pembelian mana-mana produk SAFI bernilai RM40 dan ke atas, korang berpeluang untuk dapat pinggan batik SAFI yang eksklusif ni.



Cantikkan pinggan batik ni? Ada 3 corak yng kesemuanya. Guna untuk hidang ketupan rendang masa raya nanti pun lawa. Jangan lupa dapatkannya sekarang. Lambat nanti takut melepas. Barang baik selalu cepat kena grab!!


Kat mana nak beli? Korang boleh dapatkan pinggan batik ni di semua pasaraya dan kedai berhampiran korang  hari ini juga. Untuk info lanjut tentang promosi yang sedang berlangsung atau info produk-produk SAFI yang lain, korang boleh layari laman sesawang rasmi atau sosial media SAFI seperti di bawah :


Jom Sambut Ramadan dan Raya dengan Safi Raya Kau Hijau. Reviewed by Ana Suhana on April 09, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. Reen pkai micellar water dr safi jugak untuk remove makeup..
    tp bukan yg warna hijau ni pkai pink..

    ReplyDelete
  2. Krim pelembab tu PC ada pakai kak.

    ReplyDelete
  3. Hand wash tu bagus sebab antibacteria kan, so cute packaging nya!

    ReplyDelete
  4. Cantik pinggan dia.. nanti nak beli juga lah..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.