Rumah Anak Yatim Nak Kena Jual? Jom Hulurkan Bantuan Untuk Rumah Bakti Nur Syaheera

Rumah Anak Yatim Nak Kena Jual? Jom Hulurkan Bantuan Untuk Rumah Bakti Nur Syaheera l  Assalamualaikum korang. Tak dapat dinafikan sejak Covic-19 melanda Malaysia awal Mac lepas, ramai antara kita yang terjejas sumber pendapatan dan sedang mengalami fasa kesukaran hari ni. Tapi walau susah macam mana pun kita, kita kena selalu ingat ada lagi yang lebih susah dekat luar sana tu. Contohnya seperti anak-anak yang berada di Rumah Bakti Nur Syaheera ni.

Rumah Anak Yatim Nak Kena Jual? Jom Hulurkan Bantuan Untuk Rumah Bakti Nur Syaheera


Rumah Bakti Nur Syaheera merupakan sebuah rumah perlindungan yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Rumah ini berada di bawah pengurusan dan naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheeea Kuala Lumpur dengan no pendaftaran 1379-09-WKL.

Sehingga hari ni, terdapat seramai 30 orang anak-anak yatim dan miskin yang tinggal di sini dan jumlah ini dijangka akan bertambah dari masa ke semasa.

Untuk pengetahuan korang, segala kos pengurusan, pentadbiran dan perbelanjaan rumah anak-anak yatim dan miskin ini ditadbir oleh jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur yang bersumberkan sepenuhnya dari duit derma yang diterima. Setiap bulan hampir RM25k diperlukan untuk menanggung semua kos tersebut.

Bantuan Menyelamatkan Rumah Bakti Nur Syaheera Dari Dijual 




Kerana situasi ekonomi yang semakin mencabar hari ini, tuan rumah di mana rumah anak-anak yatim dan miskin ini duduk menyewa telah menyuarakan hasrat untuk menjual salah sebuah rumah daripada tiga buah rumah yang telah disewa kepada mereka.

3 buah rumah yang disewa sejak 11 tahun lepas bernombor 23, 25 dan 27. Dan sekarang ni tuan rumah berhasrat nak jual rumah bernombor 25 - rumah di bahagian tengah seperti berikut :

Alamat : 
No 25 Jalan Jaya Baru 3, 
Taman Jaya Baru, 
56000 Cheras, KL.

Harga Jualan : 
RM670,000

Disebabkan perkara ini, pihak jawatankuasa rumah tersebut amat mengharap dan mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai bagi menjayakan hasrat mereka untuk membeli rumah tersebut bagi tujuan untuk terus memberi perlindungan dan penempatan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik tersebut.


Sumbangan Untuk Rumah Bakti Nur Syaheera 



Bagi yang berhasrat untuk memberi sumbangan, korang boleh salurkan bantuan ke akaun bank di bawah :

Maybank Islamic - 564856111166


Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi pengasas atau pengerusi Rumah Bakti Nur Syaheera di talian seperti di bawah :

Pengerusi :
Encik Johari bin Haji Basri - 012-2922542

Pengasan / Pengerusi Bersama :
Puan Suzana binti Jafar - 012-2002542



Jom War-warkan Bersama


Bagi yang membaca dan berhasrat nak war-warkan, sangat lah di alu-alukan. Ye lah, kalau tak dapat nak bantu dari segi wang ringgit, sekurangnya kita dapat bantu dengan berkongsi info ini kepada rakan-rakan yang lain.

InsyaAllah mudah-mudahan bila ramai yang membaca, ramai juga yang terbuka hati untuk sama membantu kan. Semoga Rumah Bakti Nur Syaheera dapat terus beroperasi dalam memberi perlindungan kepada anak-anak yang memerlukan tersebut. Dan semoga hasrat untuk membeli rumah tersebur tercapai hendaknya.



Rumah Anak Yatim Nak Kena Jual? Jom Hulurkan Bantuan Untuk Rumah Bakti Nur Syaheera Reviewed by Ana Suhana on December 22, 2020 Rating: 5

5 comments:

  1. Terima kasih kak perkongsian. Jom kita sama-sama bantu. Moga urusan mereka Allah SWT permudahkan. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkanNya jua buat insan-insan istimewa ini dan sama-sama kita mewakafkan sedekah untuk amal jariah yang berpanjangan , in shaa allah

    ReplyDelete
  3. Allahu! Semoga segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah demi kesejahteraan anak-anak yatim ini pasti dapat dibantu. Rakyat Malaysia ada ramai yang berkemampuan

    ReplyDelete
  4. Mudah2an mendapat dana yang cukup untuk menyelamatkan rumah tersebut.

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan pengurusan.. kesian anak2 yatim tu.
    allah besar ujian dorang

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.