Syok Beli Produk Maggi di PG Mall. Dapat Diskaun dan Produk Percuma Lagi.

Syok Beli Produk Maggi di PG Mall. Dapat Diskaun dan Produk Percuma Lagi l Assalamualaikum. Sebut jer Maggi siapa tak kenal kan. Ana yakin mesti dekat rumah korang pun ada banyak produk dari jenama Maggi ni kan. Paling tidak ada stok mi segera Maggi dalam almari tu. Kalau betul, Ana nak share berita baik dengan korang hari ni. Apa dia? Jom sambung baca.

Syok Beli Produk Maggi di PG Mall. Dapat Diskaun dan Produk Percuma.


Teringat zaman study dulu, setiap kali restock barang-barang keperluan, mi segera Maggi wajib ada dalam list. Favorite Ana mi segera Maggi perasa kari dan asam laksa. Bebila tak sempat nak turun dewan makan atau tengah stay up masa nak exam tetiba berkriuk kriuk perut tu, apa lagi...amik mi segera Maggi letak dalam mangkuk, tuang air panas dan slurp slurp terus. Nikmat woo rasa dia.

Kadang bila terasa nak makan yang pedas, Ana akan beli perisa tomyam. Masa tu rasa Maggi tomyam tu yang paling pedas. Tapi sekarang macam-macam ada. Ada Maggi Pedas Giler Ayam Bakar, Maggi Pedas Giler Tom Yummz, Maggi Kari Cili Api dan macam-macam lagi lah. Tinggal tahan dengan tak tahan je tahap kepedasan Maggi tu. Hehe. Tapi satu tips nak bagi perut tak meragam lepas makan pedas korang boleh cuba minum susu. Tak kisah lah susu segar atau susu tepung. Dua-dua pun boleh.
Macam Ana, bila makan mi segera Maggi ni wajib akan makan dengan sos cili tau. Lebih-lebih bila ada telur dalam tu. Sos pun Ana akan pilih sos cili jenama Maggi. Tak cari jenama lain.

Bila kata nak makan makanan bergoreng macam french fries pula, wajib dip dengan sos cili atau sos cili Thai Maggi. Baru nikmat rasa dia. Nak lagi syok, tambah sikit Maggi Seasoning dalam sos tu. Memang sedap. Tak caya korang cuba lah.

Bila Ana kata yang produk-produk Maggi ni sebenarnya banyak memudahkan kerja memasak, mesti korang setuju kan. Mana taknya, makanan yang biasa biasa boleh jadi sedap bila guna Maggi Cukup Rasa dan Maggi Kiub Ayam / Ikan Bilis. Betul tak?
Yang tak pandai memasak pun boleh jadi pandai bila ada pes-pes dari Maggi ni. Nak masak nasi briyani, menu black pepper, masak merah dan macam-macam lagi semua ada. Tinggal korang nak tumis dan masukkan bahan-bahan utama je. Tak perlu dah nak kisar mengisar dah. Sekejapan siap dah semua lauk pauk atas meja. Mudah kan!!
Tapi sekarang lagi mudah tau bila semua produk Maggi ni korang boleh beli atas talian je. Senang. Tak perlu nak beratur, bersesak dekat luar sana tu. Hanya pilih dan bayar je di PG Mall.

Beli Produk Maggi, Boleh Join Contest Top Spender di PG Mall


Siapa tak kenal PG Mall -  sebuah platform e-dagang pertama di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017. Sehingga hari ni, PG Mall telah mempunyai lebih dari 1juta pengguna dan telah disenaraikan sebagai Top 3 platform atas talian yang paling banyak dikunjungi di Malaysia oleh iPriceinsight 2020 Q1. Menarik kan!!

Nak lagi menarik, korang boleh bukan saja boleh shopping atas talian di PG Mall, malah korang juga boleh nikmati pelbagai diskaun hebat dan tawaran menarik termasuk contest Nestle Top Spender yang diadakan. Beli dan join contest. Mudah je.
Mana lah tau terselit rezeki korang boleh menang hadiah yang ditawarkan iaitu Grab + PG Mall Voucher bernilai RM100 untuk 3 orang pemenang bulanan atau Grab + PG Mall Voucher bernilai RM50 untuk 16 orang pemenang mingguan. 

Penghantaran Percuma dengan Pembelian RM80 Ke Atas. Siap Dapat Produk Percuma Lagi!!


Siapa tak suka benda percuma kan. Ni lah keseronokan bila korang shopping di PG Mall. Bukan je boleh jimat duit minyak dan parking, malah kos penghantaran barang-barang Maggi yang korang beli tu pun percuma tau dengan setiap pembelian bernilai RM80 ke atas.
Nak best lagi, dengan setiap pembelian barangan Maggi korang akan dapat Maggi Sambal Tumis 30g dan Everyday Malt Sachet 50g secara percuma. Tak kisah lah berapa nilai barang Maggi yang korang beli tu. Confirm dapat 2 barang best ni. Tak nak ke? Mana mungkin tak nak kan. Hehe.

Menarik kan promosi di PG Mall ni. Ni baru sikit. Sebenarnya ada banyak lagi tawaran menarik yang korang boleh dapat tau. Kalau nak tau promosi-promosi lain yang sedang ditawarkan, korang boleh layari website atau media sosial PG Mall.
Syok Beli Produk Maggi di PG Mall. Dapat Diskaun dan Produk Percuma Lagi. Reviewed by Ana Suhana on August 27, 2020 Rating: 5

17 comments:

  1. Terus teringin nak makan megi kari letak telur :D

    ReplyDelete
  2. wahhh beli barangan Nestle je dah ada harapan untuk menang voucher PG Mall! just kena rajin spend banyak2 la kan...

    ReplyDelete
  3. maggi cukup rasa bahan wajib ada untuk masak. penambah rasa orang kata..hahaha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  4. Wow.. dah la maggi semua nya sedap-sedap, ni ada pula promosi kat PG Mall.. Haih, memang tiada sebab kenapa tak beli

    ReplyDelete
  5. maggi mmg always favorite semua org kan , sbb rasa dia tak pernah berubah dari dulu

    ReplyDelete
  6. macam2 ada kt pg mall..dan semuanya menarik..nanti boleh memborong maggi kt sini

    ReplyDelete
  7. memang banyak produk maggi kat pgmall..best shopping kat pgmall..ade banyak promosi menarik

    ReplyDelete
  8. Rangkaian produk Maggi memang sgt dekat dgn masyarakat Malaysia. Bila ada promosi macam ni dekat PG Mall, bertambah seronok laaa pembeli

    ReplyDelete
  9. saya sebagai dealer public gold secara tidak langsung terkait dengan PG mall ni.. memang satu platform yang bagus terutama bagi yang suka nak cari side income sebab PGMall mengamalkan konsep consumerchant.. org register guna link affiliate kita.. sampai bila-bila kita akan dapat komisen ;)

    ReplyDelete
  10. wah banyak jugak pilihan tu, thanks kerana berkongsi

    ReplyDelete
  11. PG Mall memang best. Akak shopping produk Nestle mesti kat sini. Hahaha. Beli pula dengan Air Asia BIG Point. Hehehe.

    ReplyDelete
  12. Nak tengok lah kat pgmall . Tiba tiba craving mee kari pulok .

    ReplyDelete
  13. Saya pun suka produk jenama Maggi Kak Ana... Dari sos cili sampai lah ke perisa nasi goreng semua memang selalu guna jenama Maggi. Memang family saya pun biasa guna produk ni...

    Bila Kak Ana cerita pasal budak zaman belajar beli Maggi untuk stok makan, saya rasa budak zaman sekarang dah semakin senang nak membeli dengan adanya PGMall ni kan... hehehe...

    Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  14. Best tu dpt beli produk nestle, maggilah my favorite and ada vontest lg

    ReplyDelete
  15. wow ada free shipping. mama mmg suka

    ReplyDelete
  16. Iza suka brand maggi. Sos la, cukup rasa la, mee segera la. Memang biasa je beli. Ada diskaun ni boleh la kat sini.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.