Jimatnya Shopping Raya Dengan Kempen MyRaya PG Mall


Jimatnya Shopping Raya Dengan Kempen MyRaya PG Mall l Assalamualaikum. Wah kejapnya dah separuh Ramadan kita sekarang ni. Nanti tau tau dah nak sambut 1 Syawal. Walau tahun ni kita beraya dalam keadaan PKP tapi tak bermakna kita tak boleh raikan hari kemenangan tu dengan keluarga tersayang!!


Jimatnya Shopping Raya Dengan Kempen MyRaya PG Mall

Tak seperti tahun-tahun sebelum, asal kata shopping raya, tempat wajib untuk Ana beli persiapan raya mesti di Jalan TAR. Sekarang ni bila dah kena PKP ni, mana boleh keluar shopping kan. Tapi bila pikir balik, betapa berisiko nya kita bila bersesak-sesak dekat tempat tumpuan ramai tu kan. Bukan kata risiko terdedah pada Covic-19 je, malah macam-macam wabak lain pun kita boleh kena. Takut kan?

So bila tak boleh shopping dekat luar, Ana shopping online jer lah. Lagi mudah, jimat tenaga dan paling penting selamat dari risiko wabak. Sekarang ni, platform untuk shopping online pun dah ada banyak pilihan tau. Dan salah satu platform yang Ana nak cadang pada korang untuk korang lengkapkan persiapan raya ialah di PG Mall.


PG Mall Platform E-dagang Pertama Malaysia


PG Mall merupakan sebuah platform e-dagang pertama di Malaysia dan telah ditubuhkan sejak tahun 2017 dan sehingga kini telah mempunyai lebih dari 1juta pengguna. PG Mall juga telah disenaraikan sebagai Top 3 platform atas talian yang paling banyak dikunjungi di Malaysia oleh iPriceinsight 2020 Q1.
Kalau korang nak tau, salah satu tujuan PG Mall ini diwujudkan adalah untuk memperkenalkan sekali gus melebarkan sayap industri tempatan dan kraftangan Malaysia ke pentas dunia. So ini membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan untuk mempromosikan hasil produk mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Bukan sekadar untuk pasaran tempatan saja.

PG Mall Tawar Ratusan Ribu Produk Berkualiti

Kenapa korang kena shopping di PG Mall? Tak lain tak bukan sebab di PG Mall, korang boleh pilih lebih dari ratusan ribu produk berkualiti dari pelbagai kategori seperti fesyen & aksesori, elektronik, telefon bimbit & tablet, perkakas rumah, kediaman & tempat tinggal, kesihatan & kecantikan, kanak-kanak & bayi dan barangan runcit hanya dalam satu platform.

Bab kualiti produk jangan risau. Sebabnya setiap produk yang dijual akan dipilih dan diluluskan dengan teliti oleh PG Mall. So hanya produk kualiti terbaik saja yang akan sampai di tangan korang.


Jimat Dengan Kempen MyRaya 


Macam Ana cakap tadi, hari raya bakal tiba tak lama lagi. Pada korang yang masih tercari persiapan raya seperti baju raya, kelengkapan hiasan rumah termasuk barang dapur untuk memasak, korang boleh dapatkan tu semua di PG Mall. Tengoklah baju kurung di PG Mall ni. Cantik-cantik belaka baju-baju yang dijual tau. Boleh rambang mata dibuatnya.
Tentang harga pula, semuanya berpatutan. Nak lagi syok dan jimat, korang kena shopping sepanjang Kempen MyRaya yang berlangsung pada 8 sehingga 31 Mei 2020 ni. Boleh dapat pelbagai diskaun menarik tau. Tu belum lagi masuk sesi Shocking Sale dan HotDay Sale. Banyak boleh jimat tu.
Cakap tentang Kempen MyRaya ni, Ana suka sangat nak share dengan korang antara penjimatan yang korang boleh dapat bila shopping di PG Mall ni. Bukan satu dua je tapi lebih dari tu. Tak caya baca lah sendiri dekat bawah ni.

1. Pembeli Baru

• Diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM40.

2. Pembeli Sedia Ada

• Diskaun RM10 dengan perbelanjaan minimum RM60
• Diskaun 15% (terhad pada RM50) dengan perbelanjaan minimum RM250
* Voucher diskaun boleh dimuat turun dari laman web PGMall. Dapatkan sekarang kerana kuantiti adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.

3. Promosi Rakan PG Mall


i) Maybank QRPay
• Diskaun 20% terhad pada RM20 dengan perbelanjaan minimum RM30
* 2x penggunaan sepanjang tempoh Kempen  MyRaya berlangsung
* tempoh promosi: 4 Mei  26 Jun 2020

ii) Touch 'n Go ewallet
• cashback e-voucher sehingga RM40 setiap bulan
* 1x cashback/minggu dengan perbelanjaan min RM10
 * promosi sah sehingga 28 Jun 2020

iii) Celcom Exclusive
• Diskaun 20%  terhad pada RM20
* 1x penggunaan / pembeli
* Terhad kepada 500 transaksi pertama / bulan

iv) Air Asia Big Loyalty
• Nikmati 2x BIG Point dengan berbelanja di PGMall
• Big Point boleh ditebus di PG Mall
* tempoh promosi 1 - 31 Mei 2020

Macam mana? Menarik kan promosi MyRaya ni. Memang banyak duit yang kita boleh jimat bila berbelanja di PG Mall sepanjang Kempen MyRaya ni kan. Dah lah dapat berjimat, barang yang kita beli pula berkualiti dan terbaik. Memang puas hati. So jangan lupa lengkapkan keperluan raya korang hanya di PG Mall ok!!

Untuk maklumat lanjut tentang PG Mall atau promosi-promosi yang sedang berlangsung, korang boleh layari website atau media sosial PG Mall dengan klik link di bawah :



Jimatnya Shopping Raya Dengan Kempen MyRaya PG Mall Reviewed by Ana Suhana on May 08, 2020 Rating: 5

8 comments:

  1. Sekarang ni sangat mudahkan Kak.Cuma perlu bijak memilih dan cari peluang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Selamat berbelanja dengan berhemah

    ReplyDelete
  3. Boleh try PGMALL ni. Hehe. Biasa aril shopping dkat shopee, lazada je. takpun dkat website kedai tu sendiri..

    ReplyDelete
  4. tidakkkk. i need to save my money hahhaha

    ReplyDelete
  5. Haritu nad ada usha pg mall ni..memang banyak pilihan barang..siap dah terbeli..ahhaa..saje nak tengok..penghantarn ok..

    ReplyDelete
  6. Nampak harga memang berpatutan di situ. Bolehlah terjah nanti. kot ada berkenan dan kena dengan bajet leh gak kan.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.