Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang


Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang l Assalamualaikum. Comel je kan nama Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni kan. Tapi disebabkan nama dan harga yang dijual tu, ayam goreng ni popular tau kat sini. Sebut je ayam macho, semua orang Selayang dah tau.
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang

Kekadang tu bila Ana satu family rasa nak makan ayam goreng tapi rasa muak nak makan ayam kepci, atau perut rasa pedih nak makan ayam pedas mekdi, Ayam Goreng Macho lah kitorang tuju. Tokey tu kalau nampak mak atau suami Ana dari jauh dah angkat tangan. Maklumlah regular customer. Kadang tak perlu beratur pun. Terasa layanan VVIP sekejap. Haha.
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni memang setiap hari beratur orang nak beli. Apa lagi kalau bulan puasa. Dah lah murah, sedap dan rangup pulak tu. Harga maintain je setiap tahun. Beza dengan ayam golek popular dekat sini. Setiap tahun mesti naik seringgit. Haha.

Ada sekali tu masa adik lelaki Ana kahwin, kitorang tempah lah ayam macho ni. Konon supaya senang kitorang tak perlu basuh dan masak ayam. Sekali jadi huru hara. Haha. Sebabnya orang berebut nak makan ayam macho tu. 
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Kitorang ingat ayam macho tu side menu je sebab banyak menu-menu utama yang ada. Bayangkan baru je siap goreng, orang dah beratur nak amik ayam macho. Tak sempat sampai dekat tray makanan. Haha. Mak mertua dengan adik ipar Ana sampai teringat-ingat ayam macho ni lepas dari kenduri tu. Sedap katanya.

Baca juga : Nasi Daging Bakar Dapur Jumanji

Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni ada 2 bahagian je yang dia jual. Satu peha, satu lagi bahagian kepak. Macam Syafi hantu bahagian peha. Ana pulak lebih suka bahagian kepak sebab tak banyak isi. Tak lah cepat muak.
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Kalau nak sedap lagi makan dengan nasi lemak yang dia jual. Tapi Ana sekeluarga lagi suka ratah macam tu je. Terasa kesedapan kerangupan tepung yang digunakan.

Pada yang teringin nak rasa Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni korang boleh je search dekat Google Maps Nasi Lemak Ayam Macho. Nanti akan keluar lah.
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Lokasi dia pun senang nak jumpa sebab berdekatan dengan jalan utama nak ke Pasar Borong Selayang kalau dari arah Selayang / Sungai Tua. Waktu operasi setiap Isnin - Jumaat bermula pukul 5 petang hingga habis lah senang kata. So selamat mencuba.

Ayam Goreng Macho
Jalan 11A
Selayang Baru
68100 Batu Caves
Selangor 
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang Reviewed by ana suhana on August 15, 2019 Rating: 5

21 comments:

  1. Ayam goreng macam ni yang best kak. Ada satu keasyikkannya bila makan.

    ReplyDelete
  2. wowww..tengok gambar ayam pun dah boleh rasa sedap ke tak.. nampak garing n rangup :-)

    ReplyDelete
  3. ohhhh.. pakcik tahu ni.. (ayat citer p.ramlee) hahaha

    ReplyDelete
  4. Wow this fried chicken looks so yummy

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Ana, lapa pulak rasanya ni hihi

    ReplyDelete
  6. dh la tgh ujan lebat ni..tgk ayam goreng tu trus rs lpr

    ReplyDelete
  7. Nak cuba juga lah nanti bila lalu sini..

    ReplyDelete
  8. Jauh sgt nak g ni kalau dr Ampang...kalau lalu ke rumah makcik nnt boleh cuba cariiii

    ReplyDelete
  9. Wahhh... Boleh try ni nanti kalau lalu kat sana.

    ReplyDelete
  10. dekat selayang ye..boleh tahan juga tgk ayam dia..rm1 murah tu..kot ke sana boleh cuba nnati

    ReplyDelete
  11. Nasib baik jauh. Kalau dekat dah lama terjah. Murah pun murah. Rm1 saja

    ReplyDelete
  12. Kat sini pun ada jual ayam goreng rm1, zira suka beli sedap

    ReplyDelete
  13. Aduiii lapar ayam goreng pulak hee

    ReplyDelete
  14. rasa nak makan ayam goreng pula..hehe

    ReplyDelete
  15. owh sodap ni. ratah gitu je memang heaven. hee

    ReplyDelete
  16. selalu ayam rm1 camni la laku..sedap berbaloi la dengan harga

    ReplyDelete
  17. Wahhhh waktu operasi betul2 time orang balik kerja ni.
    Semoga berjayalah kak laili nak cuba
    Aamiinn.....😁

    ReplyDelete
  18. Tengok nama terus nampak macho ayam goreng singgit tu...hihi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.