Cheese Nan & Chicken Tandori Terbaik di Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka


Cheese Nan & Chicken Tandori Terbaik di Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka l Assalamualaikum. Nak sambung cerita berhujung minggu di Melaka bulan lepas. Selesai check in di Ramada Hotel Plaza, En Suami pakat qada' tidur. Ye lah malam sebelumnya dia keje sampai pukul 4 pagi. So petang tu lepak dalam bilik je lah kitorang. Malam baru plan nak makan Cheese Nan & Chicken Tandori Terbaik di Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka.
Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka
Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka
Cheese Nan & Chicken Tandori Terbaik di Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka

Dah lama sebenarnya plan nak makan Cheese Nan & Chicken Tandori Terbaik di Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka ni. Tapi sebab asal datang Melaka je mesti time weekend so confirm lah penuh orang dekat sini. Ana pulak sejenis tak sanggup lah nak menunggu walau teringin sangat. So kali ni Ana datang hari Ahad malam Isnin so orang tak berapa ramai dan banyak je meja kosong. Yabedabeduuuu!!!
Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka
Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka
Duduk-duduk je Ana terus order. Dah tau kan nak makan apa. Kang kalau dok belek menu sampai esok pun tak habis pikir. Hehe. So malam tu for sure lah kami order signature menu dekat sini iaitu cheese nan dan ayam tandoori.

Kalau korang nak tau Cheese Nan & Chicken Tandori di Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka ni antara menu wajib cuba bila korang dekat Melaka. Tak caya cuba korang search tempat makan best di Melaka sure keluar nama Restoran Pak Putra ni. In fact tourist pun ramai singgah makan dekat sini. Walau dah lebih dari 7 tahun beroperasi, pelanggan tetap ramai macam restoran ni baru dibuka semalam. Nampak tak penangan kalau makanan yang disajikan sedap dan best.

Nak lagi best tak sampai 5 minit ayam tandoori pun sampai. Super cepat service dia. Kalau dekat restoran mamak rumah Ana ni dah lebih 15 minit pun tak tentu nampak bayang. Haha. Harga ayam tandoori satu pinggan RM11.00. A bit pricey but worth to try.
Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka
Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka
First impression Ana bila tengok ayam tandoori ni...wow its look so juicy and yummy. Dengan warna ayam tu kemerah-merahan memang buat Ana rasa tak sabar nak rasa. Nak tunggu cheese nan macam lambat lagi so kita cubit lah sikit rasa dulu kan.
Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka
Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka
Mak ai punya lah lembut isi ayam tandoori ni. Tu baru pegang je belum masuk mulut lagi. Kalau dah masuk mulut, tak leh nak cakap. Punya lah sedap, juicy dan well marinated pula tu. Cukup rasa semua. Lagi-lagi bila perah limau atas ayam tu. Then makan dengan hirisan bawang dan timun. Perghhh...mengancam wa cakap sama lu. Tak boleh berenti makan. So far this is the best ayam tandoori ever.

Tak lama lepas tu nan cheese pun sampai. Kami order 2 jenis roti nan. Satu cheese nan biasa (RM4.00) dan 2 lagi triple cheese nan (RM6.50/satu). Kalau korang sejenis yang cepat muak makan cheese, nan cheese biasa is recommended. Tapi kalau korang sejenis hantu cheese macam Ana, wajib try triple cheese nan dia. Triple nan cheese tu maksudnya triple quantity of the cheese tau. Bukan triple size of the nan. Jangan keliru macam minah salleh dekat meja belakang Ana. Haha. Dia ingat triple cheese nan tu nan dia besar 3 kali ganda. Haha.
Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka
Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka
Ada orang kata biasa je cheese nan dia tapi bagi Ana cheese nan dia memang terbaik. Cheese nan yang femes dekat KL ni pun tak sesedap cheese nan dekat sini. Ni pendapat Ana. Bagi Ana roti nan dia lembut sangat. Untuk yang triple cheese nan tu, memang banyak giler cheese dalam tu. Walau cheese tu tak boleh nak tarik macam dalam iklan pizza tapi korang boleh rasa lelehan cheese  dekat setiap cubitan roti nan tu.

Muak juga nak habiskan satu roti ni tapi sebab Ana makan dengan ayam tandoori yang ada perahan air limau tu, sedikit sebanyak boleh potong rasa muak tu. At the end, Ana berjaya habiskan juga sekeping triple nan cheese tu tanpa sebarang pembaziran. Bravo!!

Memang satu kepuasan dapat makan Nan Cheese & Chicken Tandori Terbaik di Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka ni. Kira one of the bucket list accomplished. Korang yang berrcadang nak bercuti dekat Melaka tu, sila masukkan tempat ni dalam list wajib cuba makan di Melaka. InsyaAllah korang akan berpuas hati.

Restoran Pak Putra
56 &58, Jalan 4, 
Taman Kota Laksamana, 
75200 Melaka.
Cheese Nan & Chicken Tandori Terbaik di Restoran Pak Putra Kota Laksamana Melaka Reviewed by Ana Suhana on October 15, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. Ayam Tandoori dia nampak sedap!! Lama x pergi Melaka. Baru start wat planning nk bercuti ke sana nanti. Hehehe..Leh masuk kan tempat ni dalam JJCM list kitaorang.

    ReplyDelete
  2. Dah lama teringin nak makan nan cheese leleh gitu tapi kat pantai timur esp ganu payahhh nak cari. kalau area belah2 pantai barat bersepah tinggal pilih je

    ReplyDelete
  3. pernh mkn juga kt sini ms outstation dlu..amik yg triple cheese naan...sedap juga tp akak suka lg yg rsmy kl tu

    ReplyDelete
  4. amboiii dia tayang pulak mknn fav akk ..huhu nangis sat

    ReplyDelete
  5. Arghhhh tidakkkkkk...kena bertabah scroll laju2 entry ni..jangan tgok makanan..tgh diet ni

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.. Cheese tu menggoda sungguh..

    ReplyDelete
  7. Triple Cheese nan tu yang buat laju berdegup jantung excited nak mencuba..hehe.

    ReplyDelete
  8. kak anaaaaa kenapa buat saya rindu dengan pak putraaaaa

    ReplyDelete
  9. Adehh sedapnya rupa ayam tandoori tu kak ana. Naan Cheese tu pulak macam memanggil-memanggil pulak hihi

    ReplyDelete
  10. Wahh cam sedap je ayam tandoori tu ha..merah menggoda betul

    ReplyDelete
  11. Yeah... LeYa pun memang peminat Naan Cheese.. And pernahcje singgah restoran ni kalau balik kg melaka.. Memang sedap kan..

    ReplyDelete
  12. Hmm sedapnya ana. Nti bleh try. Bookmark entri ni.

    ReplyDelete
  13. Haritu masa tengok post Ana dekat Instagram terus terbayangkan jugak, mujurlah ada satu kedai mamak sini so bolehla rasa tapi biasa je nan cheese sini 😂

    Ni teringin nak makan roti tempayan pulakk. Hujan hujan ni macam2 makanan duk terliur

    ReplyDelete
  14. sungguh menggiurkan tandoori chicken tuu

    ReplyDelete
  15. Kami pernah makan kat sini.. yuhoo mmg best. Jadi teringin nak pergi pulak bila tengok gambar2 makanan tu.. perghh!

    ReplyDelete
  16. ya Allah craving nya naan tandoori ni kita teringin nk mkn yg depan ampang point tu org kata pun sedap jugak...done following u...the lucky 590...
    jemput singgah my blog yaaaa

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.