Keputusan Piala Malaysia Semakin Hangat. Siapa Bakal Bergelar Juara?


Keputusan Piala Malaysia Semakin Hangat. Siapa Bakal Bergelar Juara? | Ada yang mengikuti tentang perlawanan Piala Malaysia yang sedang berlangsung sekarang ni? Sebanyak 16 pasukan telah menempah tempat untuk bersaing merebut kejuaraan dan bahang keputusan Piala Malaysia Semakin Hangat. Siapa Bakal Bergelar Juara?
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia Semakin Hangat. Siapa Bakal Bergelar Juara?

Pada yang belum tahu, Piala Malaysia nmerupakan kejohanan bola sepak paling klasik di Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Perlawanan Piala Malaysia akan dipertandingkan pada setiap tahun sejak tahun 1921 mengikut format yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Sepanjang 93 tahun Piala Malaysia ini dipertandingkan menyaksikan keputusan Piala Malaysia berpihak kepada pasukan Selangor FA di mana pasukan Selangor FA telah bergelar Juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali. Hebat kan?? Dan siapa pula bakal bergelar Juara Piala Malaysia 2018?
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia
Kejohanan Piala Malaysia 2018 membuka tirai perlawanan pada 4 Ogos yang lepas di mana 8 pasukan dari Kumpulan A dan D telah bertanding. Pada aksi pertama tersebut menyaksikan keputusan Piala Malaysia peringkat kumpulan A di menangi oleh pasukan Terengganu yang membenam pasukan Kuala Lumpur 5-1. Bagi kumpulan D pula memperlihatkan kehebatan pasukan PKNP yang membelasah Selangor 3-0. Manakala 2 perlawanan yang lain berakhir dengan seri.

Sehingga ke hari ini sebanyak 5 perlawanan telah berlansung bagi setiap 16 pasukan yang bertanding. Dan keputusan Piala Malaysia peringkat kumpulan mempertontonkan taring pasukan Sabah semakin tajam melumpuhkan pasukan lawan dengan memenangi 4 buah perlawanan dan berakhir seri satu perlawanan dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 13 mata.
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia
Mengejar kedudukan pasukan Sabah ialah 4 buah pasukan yang berkongsi mata yang sama iaitu sebanyak 10 mata masing-masing dengan jumlah kemenangan 3-1-1 iaitu pasukan Terengganu dan Perak dari Kumpulan A dan pasukan Felda United dan PKNS dari Kumpulan B.
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia
Berdasarkan kejohanan-kejohanan yang lepas, Perak mempunyai kelebihan kerana mempunyai rekod sebagai juara Piala Malaysia sebanyak 7 kali dan naib juara sebanyak 11 kali. Manakala Terengganu hanya sekali bergelar juara dan 4 kali sebagai naib juara. 2 pasukan lagi baru kali pertama menyertai Piala Malaysia dan tak mustahil mampu mencabar pasukan lawan berdasarkan prestasi baru-baru ini.

Mana perginya taring bekas juara lagenda - Selangor yang baru memenangi 1 perlawanan saja dengan mata terkumpul sebanyak 3 mata. Adakah langkah pasukan Selangor kini semakin tempang? Dan adakah Sabah yang hanya pernah memegang gelaran Naib Juara sebanyak 3 kali mampu memecah tradisi dengan merangkul gelaran Juara Piala Malaysia 2018?? Sama-sama kita saksikan.

Pada yang nak tahu info lebih lanjut tentang kejohanan Piala Malaysia seperti pasukan mana yang bakal bertarung atau ingin update dengan keputusan perlawanan telah berlangsung, korang boleh layari laman sesawang https://www.kitajuara.my/index.php atau muat turun aplikasi Kita Juara - Liga Malaysia secara percuma di App Store atau Google Play.
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia
Cakap tentang Kita Juara, bukan info tentang Piala Malaysia je yang ada tau tapi semua info perlawanan bola sepak yang berlangsung di Malaysia seperti Liga Super, Liga Premier dan Piala FA juga korang boleh dapat info. In fact berita-berita sukan terkini serta tayangan video perlawanan lepas turut disediakan.
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia
Pada yang ada team bola sendiri, korang juga boleh mendaftar team korang untuk perlawanan-perlawanan yang dianjurkan seperti Street Soccer 3 Lawan 3. Selain dari tu kaki bola juga boleh menyertai contest meneka keputusan perlawanan bola sepak yang bakal berlangsung dan hadiah istimewa menanti para pemenang. Menarik kan?
Keputusan Piala Malaysia
Keputusan Piala Malaysia
So tunggu apa lagi. Jom sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan pilihan kita pada perlawanan Piala Malaysia yang sedang berlangsung ni. Siapa lagi nak sokong pasukan bola sepak tempatan kalau bukan kita sendiri kan. Majulah sukan untuk Malaysia. Malaysia boleh!!! Dan jangan lupa layari laman sesawang Kita Juara untuk keputusan Piala Malaysia yang terkini.













Keputusan Piala Malaysia Semakin Hangat. Siapa Bakal Bergelar Juara? Reviewed by Ana Suhana on September 14, 2018 Rating: 5

24 comments:

  1. Terbaik lah tahu pasal.bola sepak
    Harap.kali ni final menyaksikan dua pasukan yang betul2 power berentap

    ReplyDelete
  2. Selangor tetapi di hati. #anakjatiselangor

    ReplyDelete
  3. Haha. Rasanya last layan bola masa sekolah rendah dulu kottt

    ReplyDelete
  4. Kalah ke menang ke, tetap sokong Selangor

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing ana. Dulu rajin jugak tengok bola.

    ReplyDelete
  6. Kinah sokong perak. Anak jati Perak mesti sokong Perak hehe. Kaki bola ni confirm download apps ni kak ana. Senang nak tahu keputusan terkini perlawanan

    ReplyDelete
  7. rajinnya tgk bolaa...
    kita tgk game yg best je

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak tengok final Piala Malaysia nanti. Harap ada rezeki nak niaga kat stadium lagi.. hahaha..

    ReplyDelete
  9. Tgh tgu final ni, x penah miss lg ni...

    ReplyDelete
  10. Wahhhh tunggu final je lah cmni. Leh tahan gak Sabah yerk

    ReplyDelete
  11. Akak x tau nak pilih yg mana la kali ni...rasa2 pun macam x yakin yg akak suka bleh menang..hehehe

    ReplyDelete
  12. Team Terengganu here. Heee
    Kalah menang tak kisah mana pun yang penting semangat berjuang

    ReplyDelete
  13. akak sokong KL dan Kedah...KL dah hancus jadi KEDAH, pantang kalah! hehe

    ReplyDelete
  14. Tido bola. Makan bola.. Yeah!! Terbaiklah kak ana..

    ReplyDelete
  15. susah jugak nak predict ni. Tapi sebab orang utagha, kita sokong Perak lah tahun ni :P

    ReplyDelete
  16. walaupun tak minat bola...lina sokong semua team hehe..support Piala malaysia

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.