Halal Premium Homemade Mooncake by Aihana Mooncakes


Halal Premium Homemade Mooncake by Aihana Mooncakes | Assalamualaikum. Kisahnya masa Ana ke Sunway Putra Mall untuk attend Mid-Autumn Festival sabtu lepas, Ana perasan banyak sangat booth yang jual mooncake dekat area lobi. Dalam hati dok tertanya-tanya sedap sangat ke mooncake ni. Beberapa hari sebelum tu Ana ada baca entri tentang mooncake dari blog Flavness. Sedap katanya. Ana pula memang tak pernah rasa mooncake ni. So I have no idea how good the taste is. Lagipun setiap kali nak beli mula lah ragu-ragu tentang kehalalan mooncake tu. Jadi terus cancel niat nak beli tu. Sampai lah masa tengah duduk dekat bawah tu Ana perasan satu booth jual mooncake ni. Ada sorang makcik dengan anak dia duduk dekat booth tu. Lepas dok berbalas senyuman Ana tanya lah makcik  tu dia ke yang jual mooncake tu. Rupanya anak dia yang buat dan jual mooncake tu sendiri. Dia datang teman je. Masa tu baru Ana tau ada juga orang Melayu yang buat mooncake.
Halal Premium Homemade Mooncake by Aihana Mooncakes
Halal Premium Homemade Mooncake by Aihana Mooncakes

Halal Premium Homemade Mooncake by Aihana Mooncakes

Bila dah tau orang kita yang buat Ana pun apa lagi, dengan semangat berkobar-kobar nak mencuba mooncake ni terus ajak En Suami beli satu pek mooncake dekat Aihana Mooncakes ni. Sebelum beli tu sempat lah Ana borak dengan owner Aihana Mooncakes ni. Macam-macam Ana tanya dan banyak info yang Ana dapat tentang mooncake ni.

Aihana Mooncakes ni baru beroperasi sejak 2 tahun yang lepas dan beroperasi secara atas talian sahaja. Semua mooncake yang di jual dibuat secara homemade dan di buat based on order untuk menjaga kesegaran dan kualiti mooncake tersebut. Dan yang penting bahan-bahan yang digunakan adalah bahan berkualiti dan halal. Kerana nak jaga kehalalan mooncake ni, Aihana telah mengolah resipi asal mooncake ni dan pada masa yang sama beliau keep on improves  resipi tersebut untuk cater demand pada masa hari ni. Walaupun resipi asal telah di olah namun rasanya ni tidak banyak berbeza dengan resipi asal.

Terdapat 12 perisa mooncake yang ada di Aihana Mooncakes ni termasuk 4 perisa baru. Korang boleh request perisa apa korang nak. In fact kalau korang nak mix flavor pun boleh. Dan yang best  takde minimum of quantity to order. Cuma rugi lah postage fee kalau korang order seketul dua je kan. So kalau nak jimat korang try lah beli yang sekotak ada 6 perisa tu. Boleh mix flavor pun dalam tu. Harga sekotak RM40. Maybe ada yang rasa mahal tapi percayalah, berbaloi korang beli sebab sedap semua mooncake ni. Lagipun bahan-bahan yang digunakan semuanya berkualiti tinggi. Kalau nak di jadikan premium sourvenir pun sesuai sangat. Mooncake ni boleh tahan up to 3 weeks. Dan semakin lama kita simpan semakin sedap dan cantik berkilat mooncake tu jadinya. Masa tu minyak yang digunakan dah serasi dan meresap dengan baik ke dalam seisi mooncake tu.
Halal Premium Homemade Mooncake by Aihana Mooncakes
Halal Premium Homemade Mooncake by Aihana Mooncakes

Ok dah baik punya promote meh Ana share pengalaman Ana pertama kali cuba mooncake ni. Ni pendapat peribadi Ana tau dan entri ni bukan entri berbayar pun. Untuk kali pertama ni Ana beli mooncake yang sekotak ada 6 biji tu. Antara flavor yang ada dalam tu ialah nutty red bean, durian, mango tango, tiramisu,  pandan jade dan gula melaka. Dalam banyak-banyak tu nutty red bean is a signature flavor di Aihana Mooncakes ni. So of course Ana nak lah rasa nutty red bean tu. Bila dah masuk makan baru Ana tau kenapa orang suka makan mooncake ni. Dia ada rasa yang tersendiri. Untuk mooncake yang Ana makan ni, dari bahagian luar sampai ke inti semuanya lembut belaka. Inti kacang merah dalam tu di isi padat sepadatnya, dan kita boleh rasa wangi inti tu bila kita makan. Siap ada empingan kuaci dan kekacang lagi dalam tu. Memang puas hati. Makan seketul pun dah cukup. Perisa durian pun sedap. Syafi sampai tak nak kongsi dengan kitorang pun. Dasar hantu durian. Huhu. Perisa lain semua pun sedap. Ada keistimewaan masing-masing.

Baca juga : Manggo Cheesecake Sedap dan Murah di Selayang
Halal Premium Homemade Mooncake by Aihana Mooncakes
Halal Premium Homemade Mooncake by Aihana Mooncakes

Bagi yang nak cuba mooncake ni korang boleh lah singgah di Sunway Putra Mall dan cari booth Aihana Mooncakes di Main Concourse. Aihana Mooncakes akan berada di SPM sehingga 4 October ni. Dekat sini ada 3 saiz mooncake korang boleh beli. Pada yang tak berkesempatan untuk ke sini boleh juga order secara online dan details seperti di bawah ni:

Telefon :
019-4445007

Instagram :

Facebook :
Perisa:
Nutty Red Bean
Durian
Portugese Custard
Pandan Jade
White Lotus
Tiramisu
Green Tea
Chocolate

Magical Blueberry (Baru)
Red Dates (Baru)
Honey Honeydew (Baru)
Mango Tango (Baru)



Halal Premium Homemade Mooncake by Aihana Mooncakes Reviewed by Ana Suhana on September 26, 2017 Rating: 5

23 comments:

  1. sedap.. Sha dah rasa.. Memang best..

    ReplyDelete
  2. nampak mcm sedap..akk xpernah mkn lagi moon cake

    ReplyDelete
  3. lina tak pernah makan tau mooncake ni...tapi tengok post ana ni....alaaa...teringin nyaaaa nak rasa....hihi

    ReplyDelete
  4. kdg2 sush nak cari mooncake yg halal, tapi bila Ana share tau dah nak cari kat mana..huhuu

    ReplyDelete
  5. Bila nampak dan sebut moon cake terus terlintas Chinese New Year dan tidak halal..tapi sekarang tiada masalah untuk yang ingin mencuba moon cake kerana sudah ada yang halal...alhamdulillah..terima kasih Sis perkongsian ya :)

    ReplyDelete
  6. Lama Liez xmkn mooncake.. masa kerja afamosa mmg dapat berkotak2...
    Nnt boleh la Liez try beli

    ReplyDelete
  7. Wah, mooncake.. Dulu2, saya ingat mooncake nie takleh makan, tapi sekarang nie Alhamdulillah, saya suka makan mooncake..

    ReplyDelete
  8. dah lama tak makan moon cake nak kena terjah booth Aihana Mooncakes

    ReplyDelete
  9. Macam sedap ja.tak pernah makan mooncake.

    ReplyDelete
  10. Dulu budak rumah ada buat tapi manis sangat rasanya so tekak tak boleh terima hahaha

    ReplyDelete
  11. Nowadays, dah byk jual mooncakes halal kan...
    Kita pun dah tak ragu2 nak makan ...

    ReplyDelete
  12. Teringin nak rasa, tapi kat sini tak halal.... entah apalah rasanya...

    ReplyDelete
  13. tengok pun menraik rasa nak makan je

    ReplyDelete
  14. Tengok intinya nampak sedap Tu. Eloklah lg.confident mkn ni sebab halal

    ReplyDelete
  15. Hakak pun pernah makan jugak mooncake ni masa kerja dulu. Sedap ke tidak, dah lupa tapi boleh diterima tekaklah. Harap harapnya halallah hihi...Pernah jugak rasa mooncake telur masin.

    ReplyDelete
  16. Pelbagai perisa dan saiz bole dapat, bagi ju pun bbaloi juga dengan harga yg dikenakan tu =)

    ReplyDelete
  17. xpernh mkn mooncake..ada mcm2 perisa ye

    ReplyDelete
  18. Adehhh menyelerakan.. Nampak cam sedap jerk tu ana..

    ReplyDelete
  19. sedapnyaaa. tngok packaging pun dah cun!

    ReplyDelete
  20. sedapnya mooncakes! Kalau saya suka perisa kaya.

    ReplyDelete
  21. SEDAP..MEMANG SEDAP. SAYA MEMANG SUKA MOON CAKES.
    SEKARANG SUDAH ADA YG HALAL. LAGILAH MERIAH...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.