Resipi : Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang
Resipi Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang l Hari ni sis dah share satu resipi yang sangat bersesuaian sempena bulan Ramadhan yang akan datang ni. Sebabnya resipi ni kita boleh buat awal-awal dan simpan elok-elok dalam bekas. Sesuai semasa bersahur mahupun berbuka. Boleh makan dengan nasi atau pun roti. Sis siap jual dekat office suami tau. Laku keras. Ni pun ada demand untuk bulan puasa ni. Jom tengok bahan dan cara-cara untuk masak Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang.
Resipi : Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang
BAHAN-BAHAN
Kacang Tanah - 200 g
Ikan Bilis - 100 g
* Cili Kering - 10 tangkai (rebus sampai kembang)
* Bawang Merah - 2 -3 biji
* Bawang Putih - 2 ulas
Garam
Gula
Perasa tambahan
* Di kisar menggunakan sedikit air
CARA-CARA
1. Goreng kacang tanah sehingga masak menggunakan api sederhana.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing.
3. Tumis bahan yang telah di kisar menggunakan minyak yang sedikit.
4. Masukkan garam, perasa tambahan dan gula
5. Kacau sehingga pecah minyak. Kemudian tutup api dan biarkan sambal seketika.
6. Masukkan semua bahan di atas di dalam satu bekas dan gaul rata. Kemudian simpan dalam bekas kedap udara.
NOTA TAMBAHAN
1. Kalau korang suka sambal yang pedas boleh masukkan sedikit cili api.
2. Kalau yang suka tempe boleh masukkan juga. Hiris nipis dan goreng garing.
3. Bilis yang baik ialah bilis yang dah di kopek kulitnya. Untuk jadikan bilis rangup, korang boleh jemur ikan bilis di bawah matahari sekejap sebelum menggoreng.
3. Bilis yang baik ialah bilis yang dah di kopek kulitnya. Untuk jadikan bilis rangup, korang boleh jemur ikan bilis di bawah matahari sekejap sebelum menggoreng.
4. Kacang dan ikan bilis yang telah di goreng di letak secara berasingan dan di biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasan. Ini bertujuan untuk kekalkan kerangupan bila di simpan.
Resipi : Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang
Reviewed by Ana Suhana
on
May 15, 2017
Rating:

wow! simple and sedap...
ReplyDeletennt mau cuba buat ni :)
thanks Ana for sharing this.
Hehehe...kadang PC buat..tempe,ikan bilis dan kacang campur sekali...bukan buat lauk..tapi jadikan kunyah2 masa tengok tv...
ReplyDeleteUihh sedap betul ni. Saya suka betul kalau dapat makan2 gitu je ikan iblis ni. sambil buat kerja sambil makan . hihihi *patut tak penah kuruih. sobs
ReplyDeleteWAH SEDAPNYA...SAYA SUKA MAKAN NI MASA SEKOLAH SEBUNGKUS 50SEN...HIHI
ReplyDeleteHuh sedap tu.. Tapi kerajinan nak membuat tu lahaiiii sngat tipis.. Hehehe
ReplyDeleteCampur sekali tempe goreng garing potong kecik2
ReplyDeleteLagi marveles Ana.
sedap ,suka dengan kerangupan ikan bilis.(^_^).
ReplyDeleteKak ana, ada jual tak. hahahaha nampak tak pemalas uyul nih hahaha.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
aah mmg perlu juga buat ni dekat ruma bg Ju. masa malas nak masak atau slera xbrpa nak bkenan dekat tekak, bole je mkn ni ngnn nasi panas2.. =D
ReplyDeleteMenu paling sempoi untuk juadah sahur nie Ana..
ReplyDeleteMakan lak dengan nasi.. memang seleralah..
Huarghh terliurnya tengokkk.. Nanti nak buat la.. XD
ReplyDeletenampak sedap..lauk2 mcmnie la baru ada selera makan time bulan puasa..lebih2 lagi time sahur.. tq tau sharing resepi ni..;p
ReplyDeletemenu paling win time bulan puasa ;)
ReplyDeleteAllahu .. sedapnya.. =D
ReplyDeletewill try soon.. hihii sdapp nie.. mkn time tgok tv syokk..
ReplyDeleteAdoi!!! kecur air liur tengok gambar tu.
ReplyDeleteNak cuba jugaklah guna resepi AS ni
aduhai terliur..nak try lah
ReplyDeletepergghhh feveret ni ana..
ReplyDeleteKalau saya macam tak suka sangat makan dengan nasik atau roti. Suka makan kosong macamtu je, hehe buat macam jajan. :P
ReplyDeleteSedapnya.. boleh cuba nanti nie Ana..
ReplyDeletesenang rupanya nk buat ni :D
ReplyDeletesedap ni tp kan jue pantang makan kacang n ikan bilis.. naik jerawat dan gatal.. huhuhu.. tp pantang nampak jue telan.. sakit belakang kira hhehehhe
ReplyDeleteLauk peberet akk ni tau. Akk suka masak bebyk, simpan. Lelagi bln pose. Kalau xsmpat sahur tu...
ReplyDeletewowww... ni mmg fav dilah ni ana.. dulu time bulan puasa mmg request mak buat banyak2.. then kitorg balik tapau sorang 1 tippuware.. mmg buat lauk utk berbuka & berpuasa.. yg ana buat ni pun nampak sedap sangat dgn ikan bilis tu banyakkkkkk.. bestnyaa... thanks for sharing this recipe.. boleh try la nanti..
ReplyDeletetgh plan utk bisnes sambal ni sbnrnya.. huhu
ReplyDeleteSedapnya!! Senang je teringin nak buat
ReplyDeleteSedap nii makan dengan nasi panas begitu saja 😍
ReplyDeletefav liez jugak.. nak kena buat ni
ReplyDeleteAisehhh..ni feveret ni weh. Kalau makan ni, nasi tak sedar tambah bersenduk-senduk. Huhuhu...
ReplyDeleteRajinnya awak Ana....siap menjual lagi.
ReplyDeleteKalau untuk makan sendiri bilis tu bubuh lebih..
Pergh! Tak sedar laki lalu belakang hihi
Assalam Anna.. Kacang nya nampak sedap Insyallah belum buat ni tuk puasa nanti. Thanks again.
ReplyDeleteauuummmm-- terliur mak nok !!
ReplyDeleteterliur nya <3
ReplyDeletedlu mak selalu buat.. hehe. ni boleh simpan untuk puasa ni. hehe. sedap!
ReplyDeletetak yah nasi pun boleh kunyah2 telan..kunyah2 telan..hehe
ReplyDeletesimple but nice..makan macam jajan jak ni
ReplyDeletesekali duduk ja ni, terus habis 😍 dah lah sy suka kacang 😁
ReplyDelete