[ REVIEW ] Barang-barang dari EzBuy memang terbaik!

Assalamualaikum.


Thank You EzBUy
Sebelum ni sis ada share satu entri tentang EZBUY iaitu satu pusat beli belah yang wajib di terjah oleh online shopper sebabnya semua barangan yang di jual best giler okey. Bayangkan sis yang memang kategori "kuat iman" dalam bab-bab shopping ni pun boleh tergoda dengan barangan di EzBuy ni. Fuuhhhh memang lain macam betul penangan si EzBuy ni. Berjaya dia meruntuhkan benteng hati sis yang sado ni. 

Kisahnya hari minggu pada 23 April yang lepas, En Suami dengan rela hati amik kerja lebih masa sebab nak kumpul cuti katanya. Sis pula bila weekend kena duduk rumah feel dia kain sikit sebab selalu memang akan outing sama-sama kan.  Bila dah terperap dekat rumah apa lagi, terasa lah kebosanan yang melampau. Kebetulan handphone pula dekat tangan, godek punya godek tertekan EzBuy Apps pulak. Dari sini lah bermulanya rentetan hati sado sis runtuh. Sob sob sob. 

Memang betul lah kata orang, sekali dah rasa memang akan terjebak. Seharian tu sis tak boleh berhenti dari scroll barangan yang ada di EzBuy. Memang tak jadi kerja lah senang kata hari tu. Mana taknya satu-satu barang sis "belek". Akhirnya buat pertama kalinya sis bejaya shopping dengan hanya bersilang kaki di rumah saja.  

Ezbuy Apps

Yang bestnya di EzBuy Apps ni kita boleh pantau tau status barangan kita. Kita akan nampak proses barangan tu bermula dari pesanan diterima oleh penjual, barang telah di hantar ke kargo, barang telah ready untuk di terbangkan sehinggalah status tracking number pos laju ke rumah kita. Best sangat okey.  Sis yang teruja ni hari-hari dok check status barang-barang sis ni.

 Notifikasi dari Ezbuy

5 barang yang sis beli tu termasuk caj kapal terbang dan pos laju tak sampai pun Rm100. Memang murah giler. Kalau pergi KWC atau GM Plaza tak tentu boleh dapat harga macam ni. Dengan kos minyak dan makan lagi kan. Haha. 


Details payment di Ezbuy


Jom tengok barangan EzBuy yang selamat mendarat di rumah sis pada 3 Mei lepas (8 hari bekerja je dah sampai). Ok ke idok kan kualitinya. Sama tak dengan dalam gambar 

Item 1: Waterproof Travel Wash Pack - RM20

Ezbuy - Waterproof Travel Wash Pack

Dah lama sebenarnya sis cari beg ni. Masa pergi DiY ada je beg macam ni tapi tak menarik pula design dia. Sekali tengok EzBuy pun ada jual terus sis add to cart lepas baca details dia. Best tau ada beg ni sebab bila nak travel senang nak sumbat semua toiletries dan make up kits dalam ni sekali gus. Siap boleh gantung dalam toilet lagi. Kualiti kain pun tebal. Memang puas hati. 


Ezbuy - Waterproof Travel Wash Pack

Item 2: Multi-function Travel Bag- RM17



Ezbuy - Multi-function travel bag
Lagi satu travel bag yang sis suka sangat. Pertama kali nampak terus sis suka. Nampak kecik tapi bila dah buka zip boleh tahan besar dia. Sesuai nak letak baju dan pampers Syafi in case emergency senang nak buka tanpa perlu punggah beg besar. Beg ni lebih kurang mini travel bag lah senang cerita sebab fungsi dia sama macam beg beroda yang besar tu. Beg ni kita boleh jadi sling bag juga sebab ada tali panjang di beri sekali. 


Ezbuy - Multi-function travel bag

Item 3 & 4: Baby Boy Summer T-Shirt - RM28


EzBuy - Baby Boy Summer T-shirt

EzBuy - Baby Boy Summer T-shirt


Hadiah untuk bos kecik sebab well behave dan memudahkan sis untuk berblog. Lagipun memang nak belikan dia baju baru sebab baju lama dah banyak tak muat. Cepat nau membesar. Ingat nak jadikan baju raya tapi macam tak sempat je sebab dia asyik request nak pakai baju tu selalu. Hehe. Mula-mula sampai baju ni sis risau takut kain dia nipis sekali amik ko. Memang cun habis. Kain tebal dan design sebijik macam dalam gambar. Puas hati giler. 

Item 5: Multi-function Handle Brush - RM9


EzBuy - Multi-function Handle Brush

Yang ni saja je sis beli dengan harapan dapatlah memudahkan kerja-kerja bersihkan tandas. Tak perlu lah lagi nak membongkok sampai sakit-sakit pinggang. Nak masuk dinding pun boleh sebab brush dia adjustable.


So tu lah barang-barang yang berjaya sis beli secara atas talian buat pertama kalinya.  Dan sekarang jadi addicted. Sikit-sikit dok scroll EzBuy Apps tengok kalau ada promosi menarik lagi kan. Korang yang belum pernah beli dengan EzBuy boleh lah cuba juga. Banyak barang yang di jual pada harga yang sangat murah. Kena rajin belek setiap barang yang ada. InsyaAllah puas hati. 

[ REVIEW ] Barang-barang dari EzBuy memang terbaik! Reviewed by Ana Suhana on May 09, 2017 Rating: 5

66 comments:

  1. hensem nya bos kecik. pandai bergaya lagi tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. posing tu susah nak dpt. ikut mood dia. hehe.

      Delete
  2. Bestnye ana... cepat pulak tu sampai.. risau betul kalau shopping dari oversea ni takut barang tak sampai.. tp bila dia selalu update status bagus la tu.. xdela kita risau kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Dilah. kadang2 kita risau kalau barang tak sampai kan kalau beli dr oversea ni. so bila dah ada status brg2 tu kita jadi senang nak pantau. then kalau ada apa2 boleh je terus hantar query kita dekat pihak ezbuy. mereka akan tolong kita.

      Delete
  3. Pling suka yg travel wash pack tu. Sng kalo nk g travel mne2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu ana beli. satu beg boleh letak semua barang. jimat space dan senang nak organise. hehe

      Delete
  4. Akhirnya tumpas jugak ye Ana.....
    Nampak gayanya macam nak soping lagi je tu hihi....
    Travel wash packs tu mcm menarik jugak tp kena tahan napsu.....takut terjangkit Ana pulak nanti hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak. tewas akhirnya hati sy yg sado ni. hehe.

      tp memang murah brg2 dia kak. kualiti pun baik. puas hati sgt lah. kena rajin scroll tgk promosi. baru boleh jimat banyak. hehe

      Delete
  5. Akak selalu terjebak..selalu beli brg mekap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana bakal ikut jejak akak nampaknya ni. hehe

      Delete
  6. Tumpas juga Ana ye..
    Comellah tshirt tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpas teruk Sha. tak pernah macam ni. hehe.
      baju tu kain dia elok juga Sha. tebal dan design pun menarik. suka sgt budak kecik tu.

      Delete
  7. Replies
    1. bukan main suka dia CM. hari2 request nak pakai baju baru. padahal beli untuk pakai raya tp nampaknya tak sempat lah tu. hehe

      Delete
  8. Replies
    1. terima kasih Hernee. tu yang ana berkenan dan terbeli tu. kain dia pun tebal dan best. puas hati dan harga pulak murah sesangat. berbaloi2.

      Delete
  9. Wahh macam best je.nti nk try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah sis. Kena rajin tgk satu2 sebab semua pun murah dan cantik2.

      Delete
  10. haaa nak kena terjah ezbuy jugak la cari travel wash bag tu sbb yg ada tu dah tak boleh guna zip dia dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjah jgn tak terjah. Alang2 tu shopping lah benda lain sekali. Hehe. Baru jimat duit shipping dan pos laju. Hehe

      Delete
  11. woahh suka tgk baju tu, ssuai sgt dgn syafi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafi lah paling happy dpt baju baru. Hari2 minta nak pakai. Hehe :P

      Delete
  12. Bestnyaaa. Haha syafi memang win laa bab posing.

    Ezbuy memang takde kenakan cas trsembunyikan kak? Yg kita byr masa online shopping tu jerlaa kan? Hihi risau pulak bila oversea punya barang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far takde ana. Apa yg di tulis tu je yg kita bayar. Harga tu termasuk shipping / airline cost dan kos pos laju. Sama konsep macam Lazada je Ana.

      Delete
  13. kejap pulak barang sis sampai kannn. sy punya dekat 3 minggu x'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe saya order dari tempat yang sama semuanya. Tu yg cepat dapat kot. Tp memang 8 hari bekerja (10 hari termasuk weekend). 2 hari awal dr expected date yg EzBuy bagin

      Delete
  14. Huihhh.. anis baru pangkah EZbuy ni tadi.. hahahahha.. Hari tu test beli kasut 1, selesa gileee.. Ni td saje tngok magic pan, dr RM1++ jadi RM3+.. Memang automatic beli la cite dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat pangkah boikot. Hehe. Nk kena tgk juga lah ni nampaknya. Hehe

      Delete
  15. Suka tengok baju anak ana tu.. Smart.. Nanti nak try usha jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pun suka sebab kualiti kain tu tebal dan cantik. Tak menyesal beli kan dia. Bukan main suka. Hehe.

      Delete
  16. Amer tak pernah lagi beli deat ezbuy nih. Biasalah student ni payah skit hahahaha.. Kna jimat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham. Kak ana pun sama je Walaupun bukan student. Hehe. Tapi dia ada brg under rm30 even rm20 pun ada tau. Boleh lah try ushar kot2 ada yg berkenan dan mampu milik kan :)

      Delete
  17. Amboi sakan shopping ya Ana.. hihihi 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time kak. Rasa ketagih pula rasanya. Bahaya sungguh :)

      Delete
  18. Comel lah gambar kucing tu ��

    Siqah berkenan dengan beg waterproof. Boleh terjah ezbuy nanti. Tak pernah beli lagi kat sini. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing tu suka suki je nak interframe. Hehe.

      Cubalah Siqah. Ada yang memang murah betul. Shipping cost pun murah sgt. =)

      Delete
  19. memang bagus sungguh part yang termasuk kos penerbangan pun harga still bawah seratus. hihi. mmg selalu nak check tracking no lah dibuatnya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sgt dear. Bukan kata harga barang2 je murah, kos penghantaran pun murah juga. Cubalah nanti. InsyaAllah puas hati. :)

      Delete
  20. Airah selalu jugak sgah ezbuy tp xbeli pape pun. Scroll tengok brg je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada yang berkenan kot. Mana tau nanti jumpa satu kan. Boleh lah cuba membeli. Hehe

      Delete
  21. hensem nyer bos kecik.
    sporting abis, ana :) hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kalau mood ok, tak payah suruh pandai nak bergambar. Kalau tak, boleh jadi gaduh. Hehe :D

      Delete
  22. Tak mau godek-godek barang di ezbuy. Mesti banyak yang comel-comel. Pastu mesti sy tak dapat tahan hati nak beli 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sekali sekala ok lah dear. Murah2 je brg2 di EzBuy 🙈

      Delete
    2. Sebab murah2 la tak dapat nak tahan dari membeli 😂 Kah! 😁 Tapi sekarang, bajet duit untuk novel 😏

      Delete
  23. Kemah beg waterproof travel tuu,baju2 syafi pun cantik design 😍

    Boleh tahan murah jugak shopping di EZBuy.. Barang banyak cenggini baru 100+ 😍

    Nak pergi cuci mata sekaranggg jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sumbat semua dalam beg tu Husniey. Jimat ruang dan senang nak cari. Cubalah tgk2 mana tau berkenan kan :)

      Delete
  24. Amboi syafi tak bau raya dah eh baju dia hehe. Ira berkenan betul dengan waterproof travel pack tu. Pernah cari dekat giant tapi tak hado jumpa pun hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah rasmi dulu baju2 tu semua. Kena cari baju raya baru nmpknye. Huhu.

      Cubalah tgk di EzBuy. Ada yg berbaloi2 tau.

      Delete
  25. Replies
    1. ikut mood tu. kalau tak, memang dia tak layan pun. huhu

      Delete
  26. tak pernah shopping kat sni lg..biasa dkt lazada, 11 street je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah Syuhada. ada yang berbaloi2. so far brg dia semua berkualiti dan murah :)

      Delete
  27. kemain comel anak tu ..part dia senyum tu cair di buatnya . cia cia cia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sekali tgk gigi rongak. Lariiiiii. Haha

      Delete
  28. Ana, nak tanya. Brg akan sampai tak kalau masa tu kita cuti. Contoh dari hari khamis sampai ahad mggu ni? 31hb Ogos - 3hb Sept? Sbb tgk ETA 2hb Sept.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf nadiah Ana tak sure lah. Kalau ikut masa tu cuti kan. Tp kalau guna ninja van dorang hantar je barang rasanya.

      Delete
    2. Dia call tak kalau pintu tutup or takdak org? Risau plk. 😭

      Delete
    3. Selalunya dia akan call. Kalau pos laju minggu cuti esok sampai ahad. So kalau guna pos laju isnin br resume pos barang.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.