Bandung : Day 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah Khamis - Ahad lepas, kami sekeluarga berpeluang bercuti di Bandung. Perjalanan hanya mengambil masa 2 jam dari KLIA2. 

Nie first time naik flight dari KLIA2. Dulu2 dekat LCCT jer kan. Kira dah tau la selok-belok dekat situ. Dekat KLIA2 nie kami loss kejap. Yang pasti banyak peringkat scanning dekat sini tau. Memula nampak simple je time kastam scan, tapi rupanya bila jalan sikit kena scan lagi. 3  kali scan kalau tak silap.


Time nak check imigresen yang agak teruja sikit. Bagi penumpang yang tak ada anak kecik, boleh terus ke pemeriksaan menggunakan autogate. Sangat senang dan simple.

Memula kena tunggu pintu terbuka dulu. Kemudian letak passport di tempat yang di sediakan. Lepas tu berdiri tegak untuk pemeriksaan ala2 kawad cam kemudian letak ibu jari di mesin imbas untuk final verification. Kalau lulus pintu akan terbuka sendiri. Senang jer. Tak sampai 2 minit pun. Bagi yang bawa anak kecil kena beratur macam biasa.


Autogate imigresen di KLIA2


Kami naik Malindo Air . Tiket seorang RM452 pergi balik. Baby pulak RM92 sahaja. Tapi kena pangku lah.

Kalau ikut jadual asal, flight kami pukul 12 tengahari . Kemudia retime ke pukul 1.40 petang. Time nak check in ke boarding area, petugas di pintu inform yang flight retime sekali lagi ke pukul 2.30 pulak. Sebab flight dari Kuching delay tadi. Sabar jer la. Penantian satu penyiksaan. Dah la perasaan nak naik flight kali nie punya la teruk after 3 air planes incidents last year. Bila delay lagi, perasaan tue jadi lagi teruk. Tapi tak pe la, tak kan nak balik pulak kan.

**Kalau baca review pun, Malindo memang selalu retime. 

Kalau compare Malindo dengan Air Asia, Malindo lagi selesa. Tempat letak kaki lagi luas. Siap ada screen monitor lagi kot2 nak layan movie kan. Teruja plak rasa. Snek pun dapat juga. Tapi dalam2 teruja tue doa tak putus2 baca semoga selamat sepanjang perjalanan.


Wefie sementara tunggu boarding time 
Pic amik dari En Google. 
Subhanallah.. Indah ciptaan Allah.. Taakut2 pun sempat gak snap pic..


Perjalanan pergi kami Alhamdulillah semuanya lancar. Tak ada pun rasa gegar yang teruk. Lega bukan main bila dah touched down di lapangan terbang antarabangsa Husein Sastranegara. Kecik jer lapangan terbang tue. Mula2 tengok macam tak percaya kecik macam tue sebab ialah airport dia standard antarabangsa kan. Rupanya airport tue airport tentera, kerajaan Indonesia sewa airport dari tentera. Patutla time landing agak kasar sebab landasan dia pendek.


Kelegaan yang tak dapat di ungkap..

Sepanjang 4h3m kat sini kami upah supir. Caj untuk 10 orang plus 5 kali makan sepanjang kat sana RM 1800. Senang sikit sebab semestinyadorang mahir selok belok kota Bandung nie kan. Lagipun, Bandung memang terkenal dengan traffic jammed yang sangat2 teruk. Jammed di KL nie 10x baik dari sini. Seram jer tengok cara dorang drive. Ganas2 kot. Dekat sini, peraturan jalan raya dorang buat sendiri. Bayangkanlah, tengah2 jalan boleh buat u-turn. Berderet pulak tue yang mengekor. Lepas tue jarak antara satu kereta dengan kereta yang lain hanya dalam 2 inci jer. Dahsyat kot. Tapi yang kagumnya, takde satu kemalangan pun yang kami nampak. Lagi satu org2 kat sini semuanya menyabar. Takkan dengar pumya bunyi hon panjang macam kat KL nie. Bunyi hon tanda nak jalan adalah.

Berbalik pada cerita asal, aktiviti pertama kami ialah makan. Lapar bangat kot sebab tak makan dari tengahari tadi. Kat Bandung nie lewat sejam dari KL. Pak Wan (supir) pun heran sebab selalu orang2 Malaysia kalau sampai2 jer terus ke Mall untuk shopping. Tapi kami cari makanan dulu. Nampak sangat tak boleh handle dah tahap kelaparan tue.








First time kami makan masakan Indonesia. Kebanyakkan rasa masakan dekat sini sama macam masakan Melayu kita. Cuma bezanya menu bercili mesti ada.

Lepas makan kami sempat singgah ke salah satu factory outlet di sini iaitu Glow. Pelbagai barangan ada di jual di sini. Harga kat sini boleh la tahan jugak. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Lebih kurang sama dengan KL. So just cuci2 mata je dekat sini.

** Penjual jalanan punya la ramai. Kat mana2 pun ada. Belum sempat turun van, dorang dah beratur keliling. 









Idr125k bersamaan dengan lebih kurang RM40.


Next destination check in hotel. Kami menginap di hotel yang agak  baru iaitu Serela Cihampelas. Rate satu malam dalam RM150+. 










Sebelum tidur, kami sempat jalan2 ke Cihampelas Walk. Hanya 3 minutes walking distance from hotel. Cihampelas Walk nie ala2 Pavilion la kalau kat KL. Tempat libur anak2 muda bak kata Pak Wan. 





Borong roti untuk kudapan dalam bilik.



** Sepanjang jalan Cihampelas nie, terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai barangan. Dari makanan hingga pakaian semua ada. Harga kena pandai tau. Kalau tak memang kena tipu jer la. Lagi2 dorang tau kita pelancong kan. 

Wah, panjang lebar betul entry untuk hari pertama nie. Ikutkan nak taip pendek2 jer sekali tengok balik, mak ai. Haha. Nak tau ke mana kami hari ke-2, kena lah tunggu yer. Nak tarik nafas dulu. Kasi lapang sikit. Stay tuned. 


Bandung : Day 1 Reviewed by Ana Suhana on March 23, 2015 Rating: 5

4 comments:

  1. seronoknya dapat g cuti...nnti update la lg..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ade sikit rezeki utk kami.. Byk nk update nie.. Hehe.. Tq for dropping by :)

      Delete
  2. Seronoknyaaaa cuti cuti. Nak ke bandung jugakkk laaa nanti.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Tuan,puan,abang dan kakak.
    Jom gi bandung!! Kami Irdi Tour, Punya pakej terbaru untuk menemani perjalanan Tuan/Puan Di Bandung, Jakarta, Jogyakarta.
    Di Bandung mulai dari harga Transfort Rp 300.000 Tuan/ Puan Bisa menghabiskan masa seharian di Bandung.
    Harga sudah include :
    * Minyak
    * Driver/ Guide ( Setia menemani tuan/ puan )
    * Parking
    * Private Transfort
    * Tol

    Exclude
    * Entrance Fee ke tempat- tempat pelancongan untuk persons dan kereta.

    List Harga sewa Transfort/ kereta perday nya.

    * Suzuki Apv Rp 300.000/ Rm 94
    * Toyota Avanza Rp 300.000/ Rm 94
    * Toyota Inova Rp 400.000/ Rm 125
    * Nissan Evalia Rp 350.000/ Rm 110
    * Van Elf Short Rp 600.000/ Rm 187
    * van Elf Long Rp 800.000/ Rm 250
    * Pregio Rp 500.000/ Rm 157

    * Untuk tempat lawatan boleh ikut tentatif program yang sudah di sediakan atau ikut plan sendiri.

    Bila berminat boleh berurusan dengan saya melalui :
    Whatsapp : +6281214741600 / +6281220477335
    FB Syarikat : Irdi wati
    Fanspage : IRDI TOUR BANDUNG
    Email : irditourbandung@gmail.com
    Blog : www.keretamurahpelancongan.blogspot.com

    Yuk segera boking dijamin Harga yang kami tawarkan pun boleh kira jimat sangat dan berbaloi,
    dan layanan yang di berikan sangat baik dan jujur sehingga Tuan/ Puan bisa menikmati cantiknya kota Bandung.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.