Assalamualaikum..
Pada 2-6hb Oktober baru2 nie telah berlangsungnya HalalFest 2013 di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan.. Halalfest 2013 ini merupakan ekspo halal terbesar di Malaysia.. 
So Sabtu lepas kami pun tak melepaskan peluang ke ekspo tersebut.. nak gak tau ape yg ada kat sana.. sebenarnya dah setahun kami register pra-pendaftaran secara online.. tp br 2 minggu lepas dapat no pendaftaran.. so time nak masuk ke ekspo tersebut, bg yang belum berdaftar, kena daftar dulu.. di sbbkan kami dh ada no pendaftaran, kami boleh masuk terus after dptkan sticker pelawat di kaunter yang disediakan..
Banyak booth di sediakan..terdiri dari produk makanan, kesihatan, pakaian sampailah hiasan rumah..semua ada.. beli je yang mana berkenan.. tak cukup duit xpe, atm machine di sediakan di dalam ekspo tersbut..;p
Tapi sebelum tue, jom kita baca dulu apa itu Halal:
Halalan toyibban membawa maksud makanan yang dibenarkan atau diberi 
kebenaran untuk dimakan, bergantung kepada undang-undang Syariah selagi 
ianya selamat dan tidak memudaratkan. 
Haram atau tidak halal adalah 
berlawan dengan halal di mana ia bermaksud sesuatu yang dilarang atau 
ditegah. Sebarang makanan atau minuman yang berada dalam bahagian yang 
samar-samar dan tidak secara langsung berada dalam kategori Halal atau 
tidak Halal dikategorikan sebagai 'Syubhah', atau dikenali sebagai 
was-was atau disangsikan. Rasulullah SAW telah memberikan panduan 
berkenaan perkara-perkara Syubhah. Dari Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, 
Ibn Majah dan Darimi r.a. berkata, Rasulullah bersabda:
          
          Bermaksud:
Apa yang Halal adalah jelas. Apa yang Haram juga adalah jelas. Dan di 
antara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakkan manusia 
tidak mengetahui. Maka barang siapa yang menjaga dirinya dari perkara 
yang samar, maka ia telah membersihkan kehormatannya (dari dosa). Barang
 siapa yang terjatuh dalam melakukan perkara samar, maka ia telah 
terjatuh dalam melakukan perkara yang Haram.
          
          
            
              |  | 
              | 
 | 
              | 
 | 
                
                  | "Setiap 
Muslim diwajibkan memakan makanan yang Halal dan menggunakan 
produk-produk Halal kerana mereka bukan sekadar makan dan menggunakan 
barangan untuk keseronokan tetapi menjalankan kewajipan, tanggungjawab 
dan misi dalam dunia ini." |  |  | 
              | 
 | 
          
          Menurut ajaran Islam, prinsip umum berkenaan makanan ialah 
semua adalah Halal kecuali kotoran (atau telah bercampur kotoran), 
memudaratkan dan memabukkan. Oleh itu, adalah wajib bagi seorang Muslim 
memakan makanan yang baik dan menyihatkan dan mengelakkan semua yang 
dilarang seperti yang telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.
 Penjelasan yang lebih terperinci tentang prinsip Halal dan Haram boleh 
dibaca dalam buku yang ditulis oleh tokoh Islam yang dihormati, Dr Yusuf
 al-Qaradawi iaitu "The Law and Prohibited in Islam".
          Sumber-sumber halal yang bernyawa atau tidak bernyawa 
mempunyai pandangan yang berbeza oleh setiap Mazhab di dalam Islam (4 
Mazhab Sunnah utama: Maliki, Hanafi, Hanbali dan Shafeii). Anda boleh 
dapatkan maklumat lanjut tentang isu ini dalam penerbitan yang bertajuk 
"Fiqh al-Islami wa adillatuhu (Dimashq, 1989) Vol. 3, oleh Al-Zuhayli, 
Wahbah. Tambahan lagi, keputusan tentang kehalalan sesuatu isu juga 
telah ditekankan di dalam fatwa sama ada dari Malaysia atau 
negara-negara lain.
          Agama Islam telah memperkenalkan konsep penyembelihan, di mana
 haiwan-haiwan yang asalnya Halal hendaklah disembelih dengan betul 
terlebih dahulu sebelum dimakan. Perbuatan menyembelih ini adalah bagi 
memastikan daging yang disembelih berkualiti dan bagi mengelakkan 
pencemaran mikrob, yang mana secara asasnya meliputi bahagian toyibban 
dalam halalan toyibban. Sebagai contoh, haiwan yang mati tetapi tidak 
disembelih selalunya dikaitkan dengan penyakit. Kebanyakkan penyakit 
terhasil atau dibawa oleh darah haiwan. Oleh itu, tindakan menyembelih 
adalah untuk memastikan kesemua darah dikeringkan daripada badan haiwan,
 seterusnya meminimakan peluang dijangkiti mikrob. Ini bersesuaian 
dengan konsep keseluruhan kebersihan yang sering ditekankan dalam Islam.
 Selain daripada memastikan kebersihan makanan, Islam melarang 
penggunaan bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan mental atau rohani 
seseorang, seperti penggunaan alkohol, dadah dan lain-lain. Memandangkan
 agama Islam sentiasa menggalakkan pengikutnya memilih makanan halal, 
baik dan bersih, kesedaran ini selalu disebarkan dalam komuniti-komuniti
 Islam. Kesedaran ini telah diperkukuhkan dengan ilmu yang tersebar 
luas, dengan memuji-muji kebaikan memakan makanan yang bersih dan halal,
 serta hubungannya dengan amalan ibadat seharian kita.
          Selain memenuhi undang-undang Syariah, yang mana wajib bagi 
setiap umat Islam, keselamatan makanan memainkan peranan penting dalam 
menentukan toyibban, contohnya aspek kebaikan (selamat, bersih, 
berkhasiat, berkualiti) makanan tersebut.
"Bagi memastikan aspek-aspek tersebut tidak dipandang 
remeh, Malaysia telah menetapkan makanan Halal melalui MS1500:2004: 
Makanan Halal – Pengeluaran, Penyediaan, Pengurusan & Penstoran – 
Panduan kUmum (Rujukan Pertama) sebagai makanan yang dibenarkan di bawah
 undang-undang Syariah dan memenuhi syarat-syarat berikut."
          
          
          
          
          
          
            
              |  | 
              | 
 | 
              | 
 |  |  | 
              |  | 
          
      Definisi ini jelas menunjukkan bahawa produk yang tidak selamat, 
memabukkan dan membahayakan tidak akan disahkan Halal di bawah Piawaian 
Malaysia.
Keselamatan makanan sentiasa menjadi faktor penting dalam pengeluaran 
makanan dan produk-produk boleh makan yang lain. Lebih daripada 200 
penyakit berpunca daripada makanan telah dikesan dan jumlah ini adalah 
sangat tinggi jika pengeluar dan pembuat makanan tidak sedar tentang 
peningkatan jumlah tersebut. Panduan dan syarat ke atas keselamatan 
makanan telah dirangka di seluruh dunia untuk menyelesaikan isu ini. 
Organisasi-organisasi dan agensi seperti WHO, FAO, USFDA, EU dan juga Malaysia mempunyai panduan yang berlainan bagi memastikan aspek keselamatan makanan diberikan keutamaan.
Sumber: Isi kandungan daripada HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (HDC)
Yang nie antara yang sempat kami tangkap kat ekspo tersebut....
|  | 
| Kami dah ada sticker...;) | 
|  | 
| Dengan mascot champs.. | 
|  | 
| Mascot coolblog.. dah tak stabil plak kami tgk..hehe | 
|  | 
| Simply Siti pun join..time nie semua berkerumun nk tgkp gambar ngan Dato Siti..nak tgk dr jauh pun tak nampak..hehe.. | 
|  | 
| Halal info center... | 
|  | 
| Kiosk yang menjual pelbagai coklat..kami tak beli pun sbb coklat beli dari Langkawi tempoh hari pun tak berusik lg dlm peti ais tue.. | 
|  | 
| Kek lapis sarawak... 1 bungkus RM25.. 2 bungkus RM40.. so kami beli 2..macam2 perasan ada.. masam2 manis, tembikai, blueberry cheese, TV3 pun ada.. | 
|  | 
| Yang cmnie sekotak RM19..sesuai utk di jadikan sourvenir.. | 
|  | 
| Produk berasaskan Roselle.. Ada kordial, jus dan halba..  Sebotol kordial Roselle tue RM15.. kalau beli semua yang ada dlm bakul tue, ada sebotol kordial, 2 paket jus dan 2 paket halba RM20.. so kami amik yang RM20 tue la.. Roselle nie rasa ala2 air Ribena.. masam2 manis...sedap... | 
|  | 
| Nie sampel yang ada.. boleh cuba dulu bang..hehe.. | 
|  | 
| Brahim's pun ada..di sebabkan kami mmg suka kari ayam dia, so kami beli la 3 kotak..sekotak RM5..kalau kat luar RM6.50..kat Tesco RM5.99 tak silap..so alang2 dah ada kat sini, beli je la terus... | 
|  | 
| Kat kiosk nie kami beli roti bom segera..sepaket RM7 ade 8 ketol.. makan dgn kari Brahim's td.. | 
|  | 
| Antara produk yang mmg byk di promosikan kat Ekspo nie.. Acai Beri.. tp satu pun kami tak rasa sampel tue..hehe | 
|  | 
| Kiosk Minsyam.. ada jual olive lotion, kapsul habbatus sauda, kapsul minyak zaitun etc. | 
|  | 
| Salah satu produk Minsyam yang mmg kami guna..olive oil..sesuai utk melembapkan kulit... | 
|  | 
| Jeli halal pertama keluaran PERDA.. kenyal2 manis..dan berbau wangi.. kami beli  3 paket RM15.. boleh ngonyel2 time nonton movie...hehe.. | 
|  | 
| Demo masakan dari Chef Wan dan Marsha... | 
Sebelum blk singgah kat The Mines shopping mall.. Makan2 kat Sakura Kristal, jalan2 lepas tue balik... 
|  | 
| The Mines shopping mall..  teringin nak naik bot tue tp rasa tak berbaloi pulak.. ;) | 
~TAMMAT~
 
hala dan haram bab makan minum ni perlu dijaga betul2..hu3
ReplyDeletesetuju sgt2..at the end apa yg di makan akan menjadi darah daging kita..
Deletebestnya.. ritu tak sempat nak pergi :)
ReplyDeleteLiza...next year kalau ade lg make sure pergi tau..;) ley jmpe nnti..
Deletetempat camni best.. byk food tester..
ReplyDelete