Resipi Brownies Kedut Mudah Ibu Mertuaku - Ana Suhana

Aug 21, 2019

Resipi Brownies Kedut Mudah Ibu Mertuaku


Resipi Brownies Kedut Mudah Ibu Mertuaku l Assalamualaikum. Amboi kemain tajuk - Resipi Brownies Kedut Mudah Ibu Mertuaku. Dah macam tajuk filem dolu-dolu pulak rasanya. Macam dia sorang je ada ibu mertua ye. Haha. Sekali sekala apa salahnya kan. Dah kebetulan ibu mertuaku dah jadi kaki baking, apa salahnya sedut ilmu yang ada sementara berkesempatan ni.
Resipi Brownies Kedut Mudah Ibu Mertuaku
Resipi Brownies Kedut Mudah Ibu Mertuaku
Resipi Brownies Kedut Mudah Ibu Mertuaku

Ibu mertua Ana sejak pencen 3 tahun lepas, bukan main rajin dia mem-baking. Ada je resipi baru yang dia akan buat. Seminggu boleh kata 3-4 kali lah projek dia dekat dapur tu.

Kalau memula dulu, ibu mertua Ana giler meroti. Lepas tu up pulak buat cheese tart dan biskut. Ni antara resipi biskut yang Ana pernah buat dengan ibu mertua------>>> Resipi Biskut Alien Viral.

Sekarang dah expert buat kek dan brownies pula. Kemain sedap brownies dia. Ana rasa sekali terus rasa addicted. Punya lah rangup dekat luar dan lembut dekat bahagian dalam. Ana ingat lagi first brownies yang dia buat, brownies oreo. Perghh terangkat rasa dia. Ana dengan Syafi makan macam makan nasi. Bahaya woo.

Sebab dah suka sangat dengan brownies yang ibu mertu Ana buat tu, so terus minta resepi kot terajin nak buat satu hari nanti kan. So ni resepi yang dikongsi dengan Ana. Please be noted resipi ini sesuai untuk loyang saiz 8x8" dengan ketebalan brownies 0.8-1".

Bahan-bahan Brownies

1. Butter - 125g
2. Dark choc - 200g
3. Gula perang - 150g
4. Gula kastor - 25g
5. Telur - 2 biji
6. Tepung naik sendiri - 50g
7. Serbuk koko - 30g

Cara Memasak

1. Masak butter dan dark choc secara double boil.
2. Campurkan gula perang dan gula kastor. Kemudian masukkan 2 biji telur dan kacau rata. Kacau pakai spatula atau senduk je.
3. Masukkan butter dan dark choc yang telah dicairkan tadi ke dalam adunan gula dan telur di atas.
4. Masukkan tepung naik sendiri. Kacau rata. 
5. Kemudian masukkan pula serbuk koko.
6. Kacau kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
7. Alas loyang dengan parchment paper atau gris dengan sedikit butter.
8. Masukkan adunan ke dalam loyang.
9. Bakar pada suhu 150degreee selama 40 minit.
10. Sejukkan dan siap dihidang.


19 comments:

  1. seronok la mak mertua anak tu ye.
    releks lepas pencen. baking. terbaik lah :)
    brownies ni aida lom pernah buat sendiri, ana.
    ada je resepi. resepi kakak. memang dia punyer brownies kena dgn tekak aida.
    tak berat sgt.
    tak kecoklatan sgt.
    tapi tu lah. resepi ada, buat nyer tak juga, anak :) hi hi...

    ReplyDelete
  2. nak trylah .. macam best je resepi ni ..

    ReplyDelete
  3. Aduhhhh sedapnya. Nora suka makan brownies. nak buat tak terbuat lagi tau.. Thank you share resepi

    ReplyDelete
  4. gambar brownies tu cantikk... waa dah hebat ana baking sekarang .. chaiyokkkk

    ReplyDelete
  5. Menarik dan ringkas ni. Boleh dicuba. Tq kak Ana share resepi..

    ReplyDelete
  6. feveret ni ha... tp x pandai buat..hehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kak Ana. Ruby sukaaaa.

    Tapi ruby tak pandai baking² ni.

    Tq share step by step

    ReplyDelete
  8. mudahnya resepi brownies mak mertua akak ni..boleh cubalah nanti.Tq share

    ReplyDelete
  9. Sedapnya..asyik save je recipe xpernah try lagi ni. Kena beli bahan2 ni.hehe.

    ReplyDelete
  10. Wah menjadi tu..akak ni nama je baru beli oven..tp x try lagi buat kek ke apa...duk grilled ayam ngan ikan je..kena gak la belajar baking

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaaaa. ray dah lama x merasa brownies ni

    ReplyDelete
  12. Syoknya baking.. Rajin betul mertua Ana.. Thank you share resepi disini 😍

    Boleh try nanti

    ReplyDelete
  13. Teringin nak buat. Nanti la tunggu segala kelengkapan ada

    ReplyDelete
  14. wow menggoda betul la tgk gambar tu. tgk resepi mmg nampak mudah boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  15. Seronok kan bila ada mertua rajin baking nie boleh lah kita pun merasa dan masak sama-sama kan Ana.. nampak sedap Brownies tu..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤