Resipi Biskut Alien Viral - Ana Suhana

Mar 11, 2018

Resipi Biskut Alien Viral


Resipi Biskut Alien Viral | Assalamualaikum. Viral kan sekarang biskut alien viral ni. Semalam mak mertua dengan adik ipar Ana sama turun padang belajar dan buat Resipi Biskut Alien Viral ni. Bahan-bahan sangat lah mudah cuma bab nak membentuk biskut tu je yang agak jenuh sebab kena bentuk manual. Rasa dia lebih kurang macam biskut bangkit. Budak-budal confirm suka. Moh ler korang cuba juga.
Resipi Biskut Alien Viral
Resipi Biskut Alien Viral
Resipi Biskut Alien Viral

BAHAN-BAHAN

1. Tepung Jagung - 400g
2. Susu Pekat - 1/2 tun
3. Butter - 1/2
4. Susu tepung - 4 sudu besar
5. Coklat - hiasan
CARA-CARA

1. Uli semua bahan sehingga menjadi doh.

2. Bentuk doh menjadi alien yang korang nak kemudian hias dengan coklat dan susun di dalam dulang. Cadangan dalam 5-8 gram setiap satu unit.

3. Kemudian bakar selama 15-20 minit pada suhu 165 darjah celcius. (ikut oven masing-masing)

4.
Resipi Biskut Alien Viral
Resipi Biskut Alien Viral



30 comments:

  1. Senangnya bahan dia
    Sedap x sis?
    Nak cuba la rasa semua bahan dah ada dekat rumah

    ReplyDelete
  2. Wah Ana dah try..Mimi tunggu raya nanti baru buat..

    ReplyDelete
  3. dok tengok kat page masak apa hari ini. macam geramm sangat nak buat hiii.. sekali tengok mcm nak nak suka tengok bentuk biskut ni =D

    ReplyDelete
  4. Wah dah cuba ya, bahan macam senang ja tu Ana..

    ReplyDelete
  5. ramai sungguh yang mencuba biskut ni.rajin sangat.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  6. Bila comel-comel gini....tak kurang 5 alien di makan sekelip mata.....hehehe...insyaAllah nak buatlah...

    ReplyDelete
  7. ha ha ha terkenang aida satu post kat fb.
    memacam pesen biskut alien tu, ana. kelakar bila dikenangkan.
    aida x pernah buat biskut sendiri.
    biasa nya tolong kakak sulung buat utk raya.
    thn ni mcm semangat nak buat skit-skit.
    sebab ada masa in shaa Allah :)
    tapi buat biskut cekut-cekut jer la, ana.
    buat bentuk-bentuk tak pandai ha ha ha...

    ReplyDelete
  8. Nampak comel je ni, teringin nak buat
    bahan bahan pun tak banyak mana 😊

    ReplyDelete
  9. Teringin nak buat..tapi mood membaking tu belum masuk lagi.hehe

    ReplyDelete
  10. Rajinnya ana baking n masak. Pos sket kat akk ye 😉

    ReplyDelete
  11. Wowww, comeynya... Cumanya kan, bab nak membaking tuh. Apa2 pun kita save dulu resepinya. Thanx

    ReplyDelete
  12. Comellah pulak biskut ni..nanti nak cuba resepi ni..bahan pun senang je

    ReplyDelete
  13. wahhhh kak ana punya biskut alien comel2 walaupun ada seketul dua yang ganas :P

    ReplyDelete
  14. tgk rmi juga yg dok buat biskut alien ni...hehe...ni ana plak update

    ReplyDelete
  15. Ana mana pic selepas bakar? Nak tgk kejadian

    ReplyDelete
  16. Alah comel nya biskut alien ni...

    ReplyDelete
  17. Kikikiki.. Comel sangat biskut dia.. memang viral habis..

    ReplyDelete
  18. Ooo...simple je bahan die rupanya... Boleh test ni.. Buat biskutraya tahun ni..hehe..

    ReplyDelete
  19. viral betul biskut alien ni. takde masa nak cuba je skrg ni.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  20. Comel plak akak tgok biskut ni..sampai sayang nak makan..boleh la simpan resepi utk nak raya nanti...suruh adik akak buat

    ReplyDelete
  21. Kreatif macam Nerdy Nummies heehe :3 thank you for the recipe kak Ana ^_^

    ReplyDelete
  22. jadi cantik la ye..tak macam yg orang lain buat jadi melting tu hihihi

    ReplyDelete
  23. kite tak tau pulak biskut ni viral sis

    ReplyDelete
  24. mudah je ruapanya kan. cuma malas dan rajin je .

    ReplyDelete
  25. comel2 smuanya..xsngup nak mkn hahah

    ReplyDelete
  26. biskut tngh viral ni.. hehe. comel2 ja tngokkk. geram!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤