BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar - Ana Suhana

Jun 29, 2019

BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar


BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar l Assalamualaikum. Siapa kata orang lelaki tak suka bergaya? Kadang dorang ni lebih cerewet dari orang perempuan. Hehe. Bila cakap tentang bab kecantikan kaum lelaki ni, salah satu produk yang wajib ada dalam list dorang ialah pomade. Tapi korang tau tak ada 4 jenis pomade di pasaran dan salah satunya yang Ana nak cerita adalah tentang BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar.
BIOCHO Pomade
BIOCHO Pomade
BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar

Apa tu pomade?? Pomade pada asasnya merupakan produk penggayaan rambut yang diformulasi daripada minyak, lilin atau bahan air. Apa yang membuatkan pomade semakin mendapat tempat di pasaran adalah kerana ianya tahan lama bila dipakai dan mudah untuk digayakan dalam apa juga gaya rambut yang diinginkan.

Namun tak semua pomade elok dan sesuai untuk dipakai especially untuk jangka masa panjang sebab kandungan bahan-bahan yang ada dalam pomade tu sendiri. Macam Ana cakap dekat atas tadi, ada 4 jenis pomade yang dijual di pasaran. Nanti Ana explain satu persatu dekat bawah ni.
BIOCHO Pomade
1. Pomade Jenis Gel

Dihasilkan dari bahan-bahan kimia seperti lilin sintetik, hair fixates, polimer, alkohol dan karbome. Pomade ni senang untuk digayakan dan mudah dicuci TETAPI boleh mengakibatkan kekeringan rambut yang melampau, dermatitis kulit serta menyebabkan kehilangan rambut. Pomade ni juga tak sesuai untuk kulit sensitif kerana boleh menyebabkan psoriasis, dermatitis, kelemumur dan kegatalan.

2. Pomade Orthodox Berasaskan Air

Pomade ni merupakan kombinasi gel rambut dan minyak tradisional yang juga mudah untuk dibentuk dan dicuci. NAMUN pomade ni masih mengandungi baham kimia yang boleh mengeringkan kulit kepala, menyingkirkan minyak semulajadi rambut dan menyebabkan kegatalan.

3. Pomade Unorthodox Berasaskan Air

Pomade ni merupakan campuran lilin dan minyak dengan air menggunakan synthetic emulsifer yang mudah untuk digayakan dan dicuci. Walaupun pomade jenis ni mampu melembap dan melindungi rambut NAMUN kandungan bahan kimia seperti paraben dan pewangi sintetik boleh memberi kesan buruk kepada kulit kepala.

4. Pomade Berasaskan Minyak

Dihasilkan daripada lilin seperti Beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi atau minyak mineral.  Tidak mengandungi bahan kimia dan baik untuk kulit kepala dan rambut. TETAPI masalah utama pomade jenis ni ialah  ianya sukar dibasuh rambut  dan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang tersumbat.
.
.
.
.
.
Sekarang dah tau kan 4 jenis pomade yang ada di pasaran. Tapi takde satu pun pomade yang sesuai untuk digunakan setiap hari untuk jangka masa yang lama kan. Memahami masalah tu, RenoSkin International Sdn Bhd sebuah syarikat yang mengeluarkan produk yang berasaskan bahan semula jadi telah menghasilkan BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar

Oh ya lagi satu kalau korang nak tahu, pengasas RenoSkin ni memang ada kelayakan dalam bidang kimia dari UMP untuk menghasilkan produk yang selamat tau. So korang tak perlu nak ragu-ragu dah bila guna produk-produk di bawah label mereka.
BIOCHO Pomade
BIOCHO Pomade
BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar ini dirumus khas menggunakan Beeswax tanpa bahan kimia dan bahan pengawet untuk mengekalkan segala kebaikan pada kulit kepala dan rambut. Antara kandungan lain yang ada dalam BIOCHO POMADE adalah  :
BIOCHO Pomade

1. Minyak Argan

Kaya dengam nutrien untuk rambut seperti asid lemak dan vitamin E. Antara manfaat minyak Argan ialah ianya mampu menjadikan rambut lebih sihat, lembut, bersinar serta mudah digayakan. Asid lemak di dalamnya penting dalam mengurangkan keradangan kulit dan mencegah kekeringan.

Minyak Argan juga berfungsi sebagai perapi rambut untuk mengatasi masalah rambut mengerbang dan bercabang.

2. Minyak Rosemary

Minyak Rosemary kaya dengan antioksidan hasil daripada unsur kimia utamanya seperti carnosol, carnosic acid, ursolic acid, rosmarinic acid dan caffeic acid. Antara fungsi minyak Rosemary ialah menggalakkan pertumbuhan rambut serta membantu bertindak sebagai ejen semulajadi anti keguguran rambut.

3. Minyak Zaitun Tulen (Virgin Olive Oil)

Antara manfaat Minyak Zaitun Tulen ialah mengurangkan masalah rambut bercabang & kerinting, menguatkan rambut dari akar ke hujung rambut, mengunci kelembapan rambut dari dalam, melindungi rambut dari sinar UV, mengawal keguguran rambut serta berfungsi sebagai perapi semulajadi rambut.

4. Minyak Kelapa Dara (Pure Coconut Oil)

Seperti yang kita tahu, minyak kelapa mempunyai khasiat yang sangat baik untuk rambut kita. Antara manfaat minyak kelapa ialah mampu menjadikan rambut lebih tebal dan bersinar, melindungi rambut dari kehilangan protein, bertindak sebagai anti kelumumur semulajadi, meningkatkan kesihatan kulit kepala, melawan jangkitan & kulat dan menyokong pertumbuhan rambut.

5 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan BIOCHO Pomade ni? 
BIOCHO Pomade

1. Dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia seperti paraben, pewangi sintetik dll.

2. Rambut lebih mudah untuk digayakan, tahan lama serta senang untuk dicuci tanpa meninggalkan sebarang lekatan.
BIOCHO Pomade
3. Tekstur pomade yang tidak melekit mudah untuk diramas pada rambut.

4. Memberi khasiat dan manfaat kepada rambut  agar lebih sihat, lembut dan bersinar secara semulajadi.

5. BIOCHO pomade ni sangat sesuai untuk lelaki yang ada masalah kulit sensitif, kelumumur dan kegatalan kulit kepala. Sebab kandungannya berkhasiat untuk kulit kepala dan tidak menyebabkan sebarang keradangan.

Untuk Membeli BIOCHO Pomade

Macam Ana bagitau dekat atas, tak rugi beli dan guna BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar ni. Nak jadikan hadiah untuk adik lelaki, suami atau kawan-kawan pun sesuai sangat. Harga pomade pun mampu milik sangat. Dengan kandungan minyak semulajadi, harga yang dijual hanya RM45 (RM49 SS) sahaja. Berbaloi-baloi sebab sebotol pomade ni boleh tahan sehingga 4 bulan kalau guna 2 kali sehari. Jimat kan???

Bagi korang yang berminat nak beli atau nak jadi pengedar produk BIOCHO, korang boleh order melalui WhatsApp di http://www.wasap.my/60164907155/pomade atau beli di Shopee Shop di SINI.

Untuk maklumat lanjut tentang BIOCHO Pomade dan produk-produk lain korang boleh layari laman web atau FB page seperti di bawah : 

16 comments:

  1. Smart tengok orang pakai pomade ni.. tapi ada dengar rambut cepat gugur pakai pomade ni.. sebab ada bahan kimia dalam tu.. tapi kalau BIOCHO ni dibuat dari bahan organik dan herbal tak risau lah orang lelaki nak mencuba kan

    ReplyDelete
  2. Menarik nie Ana.. guna bahan organik lagi. Boleh lah cuba untuk anak teruna Kak Sue nanti..

    ReplyDelete
  3. Murah tu rm45..org laki mmg wajib kan ada pomade ni..anak buah zaza pun guna.. Blh la zaza share dgn dia psl pomade terbaru ni

    ReplyDelete
  4. Baru nk cuba. Harap2 menjadi. Agar nampak bergaya nanti.

    ReplyDelete
  5. baru tahu yg pomade ni pun ada bnyk jenis! Tapi elok la kalau ada pomade ngan bahan semulajadi gini... barulah rambut tak rosak

    ReplyDelete
  6. Ada pelbagai jenis pomade rupanya.PC baru tahu kak..sebabnya suami PC dan adik ipar dan biras PC tak guna pomade..tu yang tak tahu..kalau mereka pakai boleh juga tanya-tanya ambil tahu..terima kasih kak perkongsian.

    ReplyDelete
  7. Wah baguslah pomade berasaskan bahan natural. Bolehlah pakai tanpa was was ye tak. Tak perlu risau masalah rambut yang lain timbul sebab pomade

    ReplyDelete
  8. Terbaik! perkongsian menarik

    Jemput singgah : www.cikza.com

    ReplyDelete
  9. menarik pomade ni dan sesuai untuk jejaka-jejaka yang mementingkan ketrampilan..banyak khasiat dalam pomade rupanya

    ReplyDelete
  10. wowdh ada yg organik.. malangnya husband liez takde rambut.. klau tak mmg beli ni.. sebab selamat hihih

    ReplyDelete
  11. Nak bagi tahu boyfriendlah dia mmg pengguna pomade ni. Mana tau dia berminat nak cuba

    ReplyDelete
  12. Wah smart la pakai pomade ni

    ReplyDelete
  13. First time ni dengar pasal pomade daripada bahan2 natural.. nanti nak suggest dekat encik suami

    Penapis Air Terbaik

    ReplyDelete
  14. Wah, macam best ja pomade organik ni ya k.ana.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤