Petal Velvet Sunaway Perlindungan Terbaik Daripada Sinar UV - Ana Suhana

Nov 15, 2018

Petal Velvet Sunaway Perlindungan Terbaik Daripada Sinar UV


Petal Velvet Sunaway Perlindungan Terbaik Daripada Sinar UV | Assalamualaikum. Ingat tak hari tu Ana ada cerita yang muka Ana rentung teruk akibat terdedah lama bawah matahari masa bercuti di Pangkor. Tak nak kes rentung tu berulang Ana terus search sunscreen yang sesuai untuk Ana. Akhirnya Ana jumpa dengan Petal Velvet Sunaway Perlindungan Terbaik Daripada Sinar UV. 
Petal Velvet Sunaway
Petal Velvet Sunaway
Petal Velvet Sunaway Perlindungan Terbaik Daripada Sinar UV

Ala normal lah bergelap lepas balik bercuti kan. Tapi tu lah dah keje kita as a blogger kan, kena lah "jual muka" bila client request untuk kita berselfie dengan produk dorang. Tapi kalau muka dah gelap macam tak sesuai pula kan.

Sebenarnya bukan Ana nak jaga muka semata tapi ada kesan buruk bila kita terdedah pada sinar UV tanpa sebarang perlindungan. Antara keburukan sinar UV ialah boleh menyebabkan kesan penuaan ke atas kulit kita, kerosakan pada mata dan paling teruk jika tiada rawatan boleh menyebabkan kanser kulit. Takut kan dengar. Semoga di jauhkan dari kita. Amin.

So hari ni Ana nak share lah tentang sunscreen Petal Velvet Sunaway Perlindungan Terbaik Daripada Sinar UV yang korang boleh beli di website Althea. Kenapa Ana kata ianya Perlindungan Terbaik Daripada Sinar UV? Jom sambung baca. 

Selalunya bila Ana nak beli produk sunscreen ni Ana akan berdepan dengan dilema sama ada produk ni sesuai atau tak dengan kulit muka Ana. Dan masalah utama bila dah apply, muka akan rasa melekit dan tak selesa. Tak suka sangat. 
Petal Velvet Sunaway
Petal Velvet Sunaway 
Tapi bila guna sunscreen dari Petal Velvet Sunaway ni Ana dah tak risau semua masalah dekat atas ni. Sebabnya lepas pakai beberapa kali Ana rasa sangat selesa sepanjang hari dan tak melekit dekat muka. Kadang tu tak terasa seperti kita tengah pakai sunscreen sebab tekstur nya yang ringan, lembut dan transparent. Pada masa yang sama kulit kekal lembap terutama ketika cuaca panas. Masalah kulit berminyak pun berkurang lepas pakai sunscreed Petal Velvet Sunaway ni. Memang best lah senang citer.

Keistimewaan Petal Velvet Sunaway
Petal Velvet Sunaway
Petal Velvet Sunaway

1.  Ekstrak Bahan Semulajadi

Petal Velvet Sunaway mengandungi ekstrak Damask Rose yang bertindak untuk melembap dan melicinkan kulit wajah
Petal Velvet Sunaway
Petal Velvet Sunaway
Damask Rose dikatakan mempunyai komposisi nanomolecular semulajadi yang kaya dengan vitamin untuk menembusi jauh ke dalam kulit, melegakan kulit sensitif dan menjadikan kulit lebih berseri.

2. Tekstur Selembut Kelopak Bunga

Tekstur sunscreen Petal Velvet Sunaway ni sangat lembut ke atas kulit kita seperti kelopak bunga. Yang penting sunscreen ni dapat melembapkan kulit muka tanpa rasa melekit dan berminyak.
Petal Velvet Sunaway
Petal Velvet Sunaway
Nak lagi best bila pakai tak nampak langsung tompokan atau belak putih dekat muka. Tak macam sesetengah sunscreen bila pakai muka dah macam tepung gomak daaa. Haha.

3. Formula Yang Ringan (Light Weight Formula)

Petal Velvet Sunaway ini diformulasi dengan pelindung formula bukan kimia yang memberi tekstur yang ringan ke atas  kulit kita dan pada masa yang sama ianya mampu memberi perlindungan SPF 50+ PA++++ terbaik daripada sinaran UVA dan UVB berbahaya.

Pelindung formula bukan kimia merupakan proses membina lapisan pelindung matahari ke atas permukaan kulit dan seterusnya membiaskan cahaya UV secara lembut terutama pada kulit sensitif tanpa bahan kimia.

4. Teknologi Terkini
Petal Velvet Sunaway
Petal Velvet Sunaway
a) Micro Powder Barrier™

Zarah-zarah mikro akan menyerap sebum dan minyak yang berlebihan untuk memberi kesan cerah dan kemasan baldu.

Asid hyaluronik yang ada di dalam kandungan tersebut akan menambah kelembapan dan menghidratkan kulit secara mendalam.

b) Hydrating Fresh Formula

Hydrating Fresh Formula menggunakan Micro powder system yang membantu mengawal sebum yang berlebihan pada kulit. Manakala asid hyaluronik berfungsi dengan memastikan kulit sentiasa kekal terhidrat sepanjang hari.

c) Advanced Non-chemical UV Filter

Advanced Non-chemical UV Filter dengan transparent formula akan memastikan pemakaian sunscreen ke atas kulit nampak lebih natural dan kemas tanpa meninggalkan sebarang kesan tompokan putih.

5. Sesuai Untuk Kegunaan Harian

Bagi korang yang sentiasa terdedah pada sinaran UV especially yang selalu kena kerja luar, korang patut pakai Petal Velvet Sunaway ni. Sebabnya sunscreen ni sangat sesuai untuk kegunaan harian dan untuk jangka masa yang lama kerana ianya sangat baik untuk perlindungan kulit.

6. Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Sesetengah kulit sensitif agak sukar nak dapatkan sunscreen yang sesuai. Tapi dengan Petal Velvet Sunaway korang tak perlu risau sebab ianya bersifat lembut dan sesuai untuk semua kulit termasuk kulit sensitif.

Cara Penggunaan Petal Velvet Sunaway
Petal Velvet Sunaway
Petal Velvet Sunaway 
Mudah je nak guna Petal Velvet Sunaway ni. Hanya sapu ke seluruh muka dengan jumlah yang secukupnya setiap pagi. Tapi make sure korang goncang dulu sebelum guna tau. Dah selesai sapu boleh lah keluar rumah dengan hati yang girang.

Promosi Petal Velvet Sunaway

Korang mesti suka bila masuk bab-bab promosi ni kan. Ana tau lah sebab Ana pun sama. Hehe. Ok straight to the point, kali ni Althea menawarkan diskaun sebanyak 10% jika korang beli Petal Velvet Sunaway ni dengan mana-mana satu Petal Velvet Powder.

Petal Velvet Powder merupakan translucent loose powder yang diformulasi dengan zarah mikro halus untuk membantu melindungi penampilan masalah liang roma dan garis halus. Paling Ana suka ialah tekstur bedak yang ringan, lembut dan halus menjadikan solekan nampak lebih natural. Bagi Ana bedak ni sangat sesuai pada yang suka pada solekan yang simple dan tak heavy.
Petal Velvet Powder
Petal Velvet Powder
Petal Velvet Powder
Petal Velvet Powder
Petal Velvet Powder terdapat dalam 3 pilihan warna iaitu #0 Translucent, #23 Warm Beige dan 3rd Anniversary Limited Edition #Pink Lavender.
Petal Velvet Powder
Petal Velvet Powder
Untuk pengetahuan korang, Petal Velvet Powder ni dihasilkan menggunakan minyak dari Althea seed yang berfungsi untuk mengawal pengeluaran sebum tanpa mengeringkan kulit kita. Hasilnya masalah kulit berminyak dapat di atasi dan kulit kelihatan lebih segar dan cerah. Yang penting solekan kekal cantik sepanjang hari. Dengan saiz yang comel mudah nak selit dalam mana-mana beg.
Petal Velvet Powder
Petal Velvet Powder


Harga :
1. Petal Velvet Sunaway : RM43.00

2. Petal Velvet Powder ( Translucent / Warm Beige) : RM16.00

Petal Velvet Powder (Pink Lavender) : RM17.00

3. Petal Velvet Set ( 1 unit Sunaway + 1 unit Powder) : RM53.10

Bagi yang berminat untuk membeli atau nak info lebih lanjut boleh klik SINI




24 comments:

  1. Suka dia punya tekstur petal velvet sunaway tu.. rasa macam tak berminyak muka.. lepas pakai rasa lembut je muka.. lepas tu bila dha kering betul letak petal velvet powder.. smooth je kulit.. rasa tak selesa dan tak rasa melekit pun muka

    ReplyDelete
  2. Memang hari- hari guna sebagai salah satu keperluan dalam make up..hehehe..bau dia sedap dan cepat serap kat kulit tu yang best..pas tu kulit tak berminyak kan...

    ReplyDelete
  3. Bila guna tak berminyak dan ringan di kulit tu yang selesa.Nampaknya kena cuba juga ni..

    ReplyDelete
  4. suka kan pakai ni sebab pakai pun nampak cm tak pakai pape

    ReplyDelete
  5. Zaza pun baru je nak mula pakai set althea petal ni kak.. Velvet sunaway tu suka dgn bau dia

    ReplyDelete
  6. Harga dia berbaloii sangat tuu.. 😍
    Comell semua gambar Ana

    ReplyDelete
  7. Sunscreen mmg patut pakai.. Kalau xpakai rosaklah skin barrier kita ni.. Even skincare dah lengkap step dh betul, kalau sunscreen xde rosak kulit..

    ReplyDelete
  8. Murahnya powder dia! Saya memang jenis yang suka pakai bedak jenis macam tu. Nampak sangat bedak die jenis halus dan ringan. Sesuai nak pakai dekat malaysia yang panas ni

    ReplyDelete
  9. I love the sunscreen texture. Absorp well to my skin. Finish off with Petal powder and you are good to step out. Love your review.😘

    ReplyDelete
  10. Nak cari la sunscreen ni. Nampak sweet je produk ni. Ada bunga ros?. Kalau orang lama kata bunga ros ni ada effect awet muda.

    ReplyDelete
  11. ramai yang dah guna produk semuanya puji sebab berkesan..suka bau bunga ros sebab ianya menenangkan ..bolehlah cuba nanti, beli satu heheh

    ReplyDelete
  12. i dah cuba and totally love it bau dia sangat sweeet dengan haruman aroma ros gitu, dia punya powder tu dah la murah dan i memang suka pakai lepas sapu foundation memang i tak pakai dah compact foundation

    ReplyDelete
  13. Ramai yang tengah memperkatakan tentang produk ni. Ayu pun jadi tak sabar pulak nak cuba

    ReplyDelete
  14. oh the simple and pastel packaging is so nice, I like them. haven't try this out but I believe its good because I saw many ppl share about it lately.

    ReplyDelete
  15. Read a lot about them and I guess gonna try this out... Soon...

    ReplyDelete
  16. Akak suka sunaway ni sebab bau dia wangi and takdak kesan putih2 mcm pkai sunblock lain tu...best sebb ringan sama

    ReplyDelete
  17. Tak pernah guna lagi sunscreen jenama ni. Nampak macam menarik dan boleh cuba ni untuk next time. Nanti nak carilah satu

    ReplyDelete
  18. Memang best... bawak pi travel memang best pakai sebab boleh control skin muka kita dengan cucaca yang tak menentu di Negara orang. Paling best wangi he he he

    ReplyDelete
  19. Byknyaaa kebaikan produk nie. Bestnyaaa produk from althea . <3

    ReplyDelete
  20. Sunaway nih memang best guna. Tak oily dna mudah meresap

    ReplyDelete
  21. comel2 gambar ana buat hihihi... detail molek dah faham kebaikkan pasal sunway ni

    ReplyDelete
  22. harga yg sngt berpatutan dan packaging dia sngt cute. hehe

    ReplyDelete
  23. Macam best ja Ana.. nanti nak cuba juga produk dari Althea nie lah..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤