Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam - Ana Suhana

Oct 2, 2018

Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam


Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam l Assalamualaikum. Hi korang. Baru-baru ni Ana sekeluarga termasuk mak ayah dan adik-adik Ana berkesempatan untuk pergi bercuti. Alhamdulillah sangat tercapai wishlist Ana nak bawa mak ayah jalan-jalan. Last bercuti dengan dorang rasanya masa ke Erya Suria Country Hills di Janda Baik hujung tahun lepas. Kalau di Erya ayah dapat memancing dekat sungai tapi kali ni ayah dapat memancing dekat tepi laut pula. Bukan main suka dia. Memandangkan Ana stay sana 3 hari so hari kedua Ana ajak semua Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam. Apa yang dapat dalam masa 2 jam??
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam

Pagi hari kedua, lepas je sarapan kami dah gerak ke jet. Dari hotel yang Ana nginap nak ke jeti Marina Island sangat lah dekat. Kalau jalan kaki dalam 5 minit je tapi sebab mak tak larat jalan jauh so kami guna perkhidmatan shuttle van hotel. Sekejapan je lah sampai dekat jeti dlkan. Sebab kami sampai awal dalam pukul 9 macam tu, memang tak ramai orang. Beratur pun masa nak naik feri tu je. So lepas beli tiket terus kami boarding ke dalam feri.
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Harga tiket untuk 2 hala RM14 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Perjalanan hanya mengambil masa 10 minit je. Dekat kan? Mana tak nya dari balkoni hotel dah boleh nampak Pulau Pangkor ni. Hehe.
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Memula Ana plan nak sewa kereta. Tapi kena sewa 2 kereta lah sebab kami ada 9 orang termasuk Syafi. Masa nak survey kereta sewa ada sorang pakcik ni approach untuk bawa kami siar-siar dengan van pink dia. Dia kata 2 jam je dah boleh habis pusing satu pulau.
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Dia caj RM100 untuk  2 jam explore Pangkor tu. Kira punya kira on lah. Sebab nak jalan-jalan je kat sini. Bukan nak buat aktiviti air pun. Kalau ikut standard rate dalam RM80 je tapi dia kata sebab public holiday mahal sikit. hhhmmmm. Tapi ok lah RM100 tu. Kalau bahagi dengan 8 orang dewasa sorang jatuh dalam RM12.50. Nak nampak berbaloi lagi bahagi dengan 2 jam so sorang jatuh RM6.25. Kira ok sangat lah kan. Lagi pun pakcik tu ngam dengan ayah Ana. Memang borak sakan lah depa. Hehe.

Destinasi pertama kami hari tu ialah Masjid Al-Badr Seribu Selawat. Unik kan nama ni. Nama ni bersempena dengan 1000 ukiran selawat di dinding-dinding masjid. Dan merupakan masjid terapung pertama di Perak. Nanti Ana story lebih lanjut dekat next entri ok. 
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Kemudian kami ke tapak peninggalan Kota Belanda yang merupakan tempat wajib singgah bila di Pangkor ni. Selalu nampak orang ke sini kan so kali ni wish list checked. Cewahhh. Kecik je tempat dia pun korang oi. Ada lah 2-3 kedai jual sourvenir dan makanan ringan dekat kawasan tu. Lepas snap sana snap sini kami ke destinasi seterusnya. Tak leh lelama sebab hujan.
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Fu Ling Kong Temple merupakan next pit stop. Actually Ana tak nak pun ke sini tapi pakcik tu dah bawa kan. Dia kata ada replika tembok Besar China dekat dalam tu. So Ana pun masuk lah juga. Tapi tak masuk tokong pun just terus pergi dekat taman di sebelah tokong tu. Cantik rupanya kawasan dekat sini sebab serba hijau kemudian ada kolam kecik lagi.
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Haaa ni lah replika Tembok Besar China tu. Comel he jaaa. Tapi sayang lalang tinggi dekat sekeliling replika tu. Huhu.
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Selain daripada replika tu, Ana tertarik juga dengan seni bina pagola yang ada dekat sini. Teringat cerita-cerita kungfu China yang Ana pernah tengok dulu. Ok lah tak dapat ke negara China dapat ke taman ni pun boleh. Hehe.
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Kwmudian kami di bawa ke Muzium Pangkor. Saja lah Ana turun nak tengok apa yang ada dalam tu. Lama rasanya tak jejak kaki ke muzium. Tak de mende sangat pun sebenarnya dalam muzium tu. Yang ada hanya alatan dan barang zaman dulu, koleksi duit-duit lama, beberapa barang zaman awal Pangkor, dan juga alatan nelayan.
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Last tempat yang kami singgah ialah di Pantai Pasir Glam. Tak dapat buat aktiviti air dapat tengok orang main pun ok dah. Lagipun sepanjang hari hujan kan. Ombak pun agak kuat. Tapi aktiviti air tetap berjalan. Ada yang ber banana boat, naik matrix sampai melambung-lambung, ber jet ski semua. Seronok layan tengok dorang naik semua tu. Dari tepi ni boleh nampak Pulau Giam juga tau. Ramai yang tengah snorkeling dekat sana. Aishh bila lah nak merasa snorkeling ni.
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Sebelum balik ke jeti kami singgah lepak minum kejap dekat kedai-kedai yang ada dekat sana. Pakcik tu siap promote kedai sedara dia. Ana pun apa lagi lepak lah dekat kedai tu. Support lah sikit kan.

Akhirnya masa untuk kembali ke daratan gitu lepas 3 jam tawaf satu pulau. Ye 3 jam total perjalanan hari tu. So memang berbaloi sangat. Lagi lagi pakcik tu halal kan sejam tu. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga.

Kalau masa datang tadi tak perlu beratur kan, kali ni nak balik amik ko. Punya panjang que. Hampir 30 minit juga beratur. Tapi ok lah sebab feri setiap 10 minit dah ada. Cuma kesian kat mak lah. Lenguh dia berdiri.

Part naik feri masa balik ni best sikit sebab boleh lepak dekat bahagian luar atas feri. Tak lah terasa lemas duduk dalam feri tu. Boleh mual juga jadinya. Duduk dekat luar ni memang syok sebab boleh layan view laut. Cuma tak tenang part orang merokok dekat luar tu. Aishhh geram Ana. Tak nampak ke ada budak kecik. Rasa nak tampor je. Selamat open air so Ana duduk jauh dari si perokok tu.
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam
So berakhirlah Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 jam Ana sekelarga. Tercapai akhirnya hajat nak ke Pangkor walau sekejap. Adik beradik Ana semua happy dan enjoy trip tu walau balik tu semua kecapekan. Kalau ada rezeki next time nak stay dalam Pangkor pula. InsyaAllah.

18 comments:

  1. cantiknya masjid seribu selawat tu..liez pun belum smp pangkor..
    nnt Liez nak jelajah pangkor gak la..

    ReplyDelete
  2. rabia tak pernah pergi lagi pulau pangkor

    ReplyDelete
  3. Cantiklah masjid tu kak Ana..kalau tak silap PC masjid tu baru je siap..

    ReplyDelete
  4. Kecil dan best sbb rasa relax jer kan kat Pangkor
    Pangkor fav place akak utk holiday..dah lama tak ke sana tapi harap dapat berkumpul end of the year kat sana...InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. Aah la, lebih kuRang macam deka china jer, nanti nak pergi sana jugak!

    ReplyDelete
  6. alah tembok cina tu cantik dah.. cuba perlu maintain tempat bg lawa je kan.. tak pernah explore habes pulau pangkor ni.. last pegi bertahun lama dah.. kena repeat lagi ni..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah sampai lagi pulau pangkor ni. Nnt nk bawa family holiday sini jugaklah. Byk port cantik amik gambar

    ReplyDelete
  8. Pangkor best..dulu masa husband keja kat lumut kerap jugak pi pangkor..last pi masa 2007..lama kannnn.. 😅

    ReplyDelete
  9. Cantiknya masjid tu Ana.. nak kena repeat lagi nie ke sana. Ada tempat baru ya kat sana.. macam menarik ja Ana..

    ReplyDelete
  10. seronoknya... yg jambatan tu dah macam dalam kdrama. hehe

    ReplyDelete
  11. Wishlist memang nak explore Pangkor ni, macam menarik sangat sekarang bebeza dengan dahulu... cantik-cantik gambar Ana ambik... tak sabar nak pergi he he he

    ReplyDelete
  12. tak pernah sampai lagikkk!!menarik jugak idea 2 jam ni..haha

    ReplyDelete
  13. 2 jam tu... kalau mia, rasa macam tak puas pulak, nak kena stay...

    ReplyDelete
  14. ok gak travel macam ni, banyak tempat boleh explore jimat masa

    ReplyDelete
  15. Makin banyak tempat menarik untuk diexplore.. Sha yang dekat pun tak terjejak lagi..

    ReplyDelete
  16. wahhh seronoknya. Dah lama tak jenjalan ke Pulau Pangkor. Last jejak kaki ke sini tahun 2010 rasanya. Hahahha makin banyak tempat menarik. Boleh masuk list gak ni.

    ReplyDelete
  17. ari tu aida ke tanah besar nyer je, ana.
    tak ke pulau pangkor.
    next time maybe.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤