SAFI DERMASAFE Rangkaian Produk “Mesra Kulit” Terbaru dari Safi - Ana Suhana

Sep 4, 2018

SAFI DERMASAFE Rangkaian Produk “Mesra Kulit” Terbaru dari Safi


SAFI DERMASAFE Rangkaian Produk “Mesra Kulit” Terbaru dari SAFI | Assalamualaikum. Kalau sebut produk SAFI, Ana yakin korang semua mesti familiar dengan produk-produk dia kan? Tapi korang tau tak baru-baru ni satu majlis pelancaran SAFI DERMASAFE Rangkaian Produk “Mesra Kulit” terbaru dari SAFI telah berlangsung. 
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE Rangkaian Produk “Mesra Kulit” Terbaru dari SAFI 

Korang mesti perasan kan yang sekarang ni ramai wanita yang obses nak wajah yang cantik, berseri dan mempersona. Ni sebab mereka percaya  kulit yang sihat adalah umpama kanvas yang membiaskan keyakinan diri mereka. Disebabkan faktor itu lah wujudnya lambakan produk kecantikan di pasaran pada hari ini. Namun tak semua produk tersebut dapat memenuhi keperluan khusus kulit muka masing-masing sebab kulit kita semua tak sama. 

Ada juga yang berangan nak menjaga kecantikan kulit dengan amalan semulajadi. Namun ia tak semudah yang disangka kerana bahan-bahan yang sentiasa segar bukan mudah untuk di cari selain daripada faktor kekangan masa. Akhirnya tinggal angan-angan je. 

Memahami keperluan para wanita yang bersungguh mencari produk penjagaan wajah yang mesra kulit dan bebas alergen dengan formulasi manfaat kecantikan semulajadi, SAFI - Jenama Halal No.1 Malaysia telah mencipta SAFI DERMASAFE. Rangkaian SAFI DERMASAFE adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation) makmal produk HALAL terbesar di dunia.
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE merupakan rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit” yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen  dan diperakui halal, mempunyai kadar pH yang seimbang, pencuci muka tanpa paraben, kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi, pewarna, alkohol, minyak mineral dan bebas ujian keatas haiwan.
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian SAFI DERMASAFE turut merumuskan khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar dan bermaya
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE
Selain dari itu, SAFI DERMASAFE adalah sebahagian daripada komitmen berterusan SAFI dalam mendidik para wanita pentingnya memulakan rutin penjagaan wajah dari usia muda serta kepentingan formulasi produk yang sesuai dengan keperluan kulit.
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE
Dalam majlis pelancaran tersebut, Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan  telah dijemput dan beliau telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang & tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah serta formulasi produk yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE

“Diantara faktor utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat terdedah kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit serta bersolek untuk tempoh yang lama. Selain daripada itu gaya hidup seseorang invidu itu juga turut memainkan peranan dalam masalah ini”. Tambah beliau lagi, “Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam, jerawat yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah adalah hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus menyebabkan kulit menjadi sensitif"

Oleh itu rangkaian produk dengan formulasi bebas Alergen dan “mesra kulit” adalah jawapan rawatan untuk semua jenis kulit. Pencegahan awal dengan rutin produk penjagaan kulit yang betul juga dapat mengurangkan risiko kulit sensitif yang lebih teruk.

Bagi melengkapkan rutin penjagaan wajah dengan produk yang mesra kulit dan bebas alergen dengan formulasi manfaat kecantikan semulajadi, rangkaian SAFI DERMASAFE adalah jawapanya. Rangkaian ini terdiri daripada 5 jenis produk iaitu :

1. SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah.

Formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya.

CARA PENGGUNAAN :
Pam jumlah yang memadai ke tapak tangan dan urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM28.90 (150 ml)

2. SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.

CARA PENGGUNAAN :
Picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit dengan air sehingga berbuih, urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM19.90 (100 g)

3. SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama.

CARA PENGGUNAAN :
Pejamkan mata dan sembur ke muka 1 – 2 kali dan biarkan ia kering dengan semulajadi. Ia boleh digunakan sepanjang hari sebagai penyembur solekan untuk memastikan solekan tahan lama atau untuk memberikan rasa kesegaran segera .

Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM 39.90 (100 ml)

4. SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam.

CARA PENGGUNAAN :
Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

HARGA: RM35.90 (50 g)

5. SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur.

CARA PENGGUNAAN :
Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

HARGA: RM48.90 (50 g)


Bagi yang ingin mencuba rangkaian produk SAFI DERMASAFE, korang boleh dapatkan hanya di farmasi WATSONS berdekatan atau korang boleh beli secara atas talian di https://www.watsons.com.my.
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, korang boleh layari laman sesawang  dan media sosial SAFI seperti di bawah ini :


Laman Web :

Facebook :

Instagram :


16 comments:

  1. Menarik Safi ni...brand sepanjang zaman..dari akak kecik dh wujud dah...nak cuba la Safi Dermasafe ni..

    ReplyDelete
  2. Menarik kan Safi terbaru nie Ana.. harga pun tak mahal sangat..

    ReplyDelete
  3. Macam² dah rabgkaian produk safi kan. Tapi jenama ni mmg legend sbb dh lama berada di pasaran. Tapi keluaran baru ni mcm menarik minat hati. Leh usya ni nnti.

    ReplyDelete
  4. Nampak mcm best hat ni, putih berseri

    ReplyDelete
  5. Wahh terbaharu dari Safi tak sabar nak cari dan try...

    ReplyDelete
  6. safi antara produk yang bagus dgn harga mampu milik..nak dapatkan pun mudah je..

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik packaging dia. Nani baca dekat Twitter ramai jugak yang bagi review best best. Nanti boleh lah try jugak.

    ReplyDelete
  8. Dah banyak produk Safi ni kan. packahing dermasafe ni menarik

    ReplyDelete
  9. Wah menarik lah.mcm2 keluaran safi skrg ek.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤