Food Review : Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang - Ana Suhana

Jul 14, 2017

Food Review : Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang



Food Review : Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang l Assalamualaikum. Korang mesti ada favorite cafe atau restoran bila teringin nak makan sesuatu kan? Macam Ana kalau rasa nak makan ala western dan tak mahu keluar jauh, Ana akan ke Kafe Suria Station di Bandar Baru Selayang. Hanya 5 minit dari rumah kalau semua traffic light hijau. Sekarang Bandar Baru Selayang dah membangun sangat-sangat. Lebih-lebih lagi sejak jalan di Selayang Mutiara di buka dan boleh menghubungkan banyak kampung di sekitar Selayang.

Baca juga : Char Keow Teow Bonda Kg Bendahara

Food Review : Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang 

Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang
Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang
Kafe ni dah lama di buka. Tak silap sekitar tahun 2008-2010 macam tu. Masa tu Ana tengah study lagi so tak mampu nak makan dekat sini. Hehe. Selain dari makanan ala western, Kafe Suria Station ni juga menghidangkan menu tempatan.  So korang boleh lah order samada nak hidangan western atau local. Harga pun sangat berpatutan. Standard harga kafe di luar sana. Ruang makan pun selesa dan terbuka. Tak lah rasa beruap jer duduk dalam tu kan. Wifi pun di sediakan di sini. Tapi jarang lah nampak orang dok lepak buat kerja dekat sini macam selalu yang kita nampak dekat Old Town tu.
Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang
Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang 

Menu 1 : Spaghetti Carbonara - RM15.90
Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang
Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang 
Antara menu wajib bila ke sini. Selalunya Ana akan share berdua dengan Syafi. Ana start order spaghetti carbonara since 2 tahun yang lepas. Mula-mula ragu-ragu juga nak order sebab takut akan muak macam  dekat restoran atau kafe lain. Tapi staff dekat situ kata kuah carbonara dekat sini tak memuakkan sangat so Ana pun try. Dah makan sekali, terus suka. Memang tak memuakkan sangat. Lagi best kalau makan masa masih panas. Kuah dia tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Just nice untuk masuk ke dalam mulut Ana ni.

Menu 2 : Chicken Chop De Suria Special - RM18.90
Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang
Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang 
Ni juga menu wajib order. En Suami memang suka sangat makan chicken chop ni. Dalam menu ni ada ayam, sayur, fries dan telur. Memang complete dish dan semestinya akan kenyang. Mushroom sauce dia pun sedap. Memang kena  bila makan dengan ayam tu.

Menu 3: Suria Mamak Fried Mee - RM8.90
Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang
Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang 
Mee mamak ni pun tak kurang sedap. Cukup rasa lah orang kata. Mee dia penuh dengan bahan.  Sesekali tukar selera kan. Kalau mee mamak di kedai Mapley agak kering kan tapi dekat sini mee mamak dia basah. Kalau takut muak, perah limau sikit macam Ana selalu buat. Mee mamak tu rasa lagi sedap tau. Confirm tak sedar dah habis sepinggan mee tu. Hehe.

Menu 4 : Chinese Style Seafood Fried Rice - RM10.90
Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang
Kafe Suria Station Bandar Baru Selayang 

Antara menu pilihan untuk Syafi sebab tak pedas.  Memang sesuai untuk kanak-kanak. Mak kanak-kanak pun suka juga. Cuma kena tambah cili potong atau cili sos sikit. Baru ada ummpph bila makan dengan telur dan nasi sekaligus. 


Menu 5: Mash Potato - RM6.90

Side dish ni Ana selalu order bila makan dengan chicken chop. Pelengkap menu orang kata. Sesuai untuk anak-anak juga. Selalunya Ana akan request gravy di letak asing so Syafi bolehlah makan plain mash potato tu. Tapi walaupun plain tetap sedap. Rasa lemak-lemak gitu. Tapi maaflah, gambar takde dalam simpanan. 

So tu lah cerita menu pilihan Ana kalau ke Kafe Suria Station ni. So far setiap kali pergi, semua memuaskan. Pada yang tak pernah ke sini, boleh lah cuba nanti. Waze je Kafe Suria Station. Nanti sampai terus depan kafe. Kefe ni di buka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 1 pagi. 



18 comments:

  1. sedap tgk spegetti cabonara tu ana.. fav kitorg tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. fav ana dan syafi ni Dilah. selalu kongsi berdua je.

      Delete
  2. Mee Mamak memang sentiasa menjadi pilihan..tgok gambar ana ni rasa nak makan mee mamak plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari lah kan lunch ni. mee mamak sesekali makan memang sedap.

      Delete
  3. Banyak juga order ni. Portion dia nampak sesuai untuk dihabiskan. Ada cafe yang bagi portion banyak sangat, tak mampu menghabiskannya. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kompilasi menu masa makan dekat sini. selalu akan order 2 menu je. banyak2 memang tak kan mampu nak habiskan.

      Delete
  4. Replies
    1. cuba lah leya kalau ke selayang. mana tau kena dengan selera leya kan.

      Delete
  5. nasib baik la akk ni baru lepas makan nasi lemak rendang kerang..tapi terliur la jugak tengok cabonara tu...sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sedap menu lunch tu kak. kang confirm mata berat nak buat keje. hehe

      Delete
  6. wooo0oo0oo dtg sini mesti tgk pic makanan.. adehh.. semua sedap dan menyelerakan.. Nasiblah jauh.. ape boleh buat.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. chicken choppp tuuuu. sedapppp! terliur.. hehe

    ReplyDelete
  8. Chicken chop kuah (sos) dia main peranan kan Sis...kalau kuah (sos) sedap....memang ummmmphh la..berbaloi baloi..

    ReplyDelete
  9. tengok gambar, sy x tau nak makan yg mana 1 😂 semua nampak sodap 😍

    ReplyDelete
  10. Sedapnya menu dia.. Mujur dekat selayang.. Hehehe..

    ReplyDelete
  11. sedap2 nampaknya menu yang ana tunjuk ni. terliur plak malam2 buta macam ni. kalau ke bandar baru selayang boleh lah singgah.

    ReplyDelete
  12. menyelerakan menu yang terhidang tu xD

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤