Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency - Ana Suhana

Jul 12, 2018

Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency


Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency | Assalamualaikum. Hari ini, kita dapat lihat yang Shah Alam merupakan salah satu bandar yang sedang pesat membangun. Kalau dulu, bandar Shah Alam dipandang sepi kerana tiada sebarang aktiviti yang boleh dilakukan. Tapi kini, Shah Alam dikategorikan sebagai salah satu bandar pelancongan di mana pelbagai tempat menarik diwujudkan untuk menarik pelancong tempatan dan luar negara. Dari taman tema air hingga lah ke dunia digital yang berwarna-warni. Bagi pengunjung yang tiada kenderaan atau yang menaiki pengangkutan awam ke sini serta mempunyai masa percutian yang singkat, cara terbaik untuk terokai bandar Shah Alam adalah dengan menyewa Kereta Sewa Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency.

Kereta Sewa Shah Alam
Kereta Sewa Shah Alam
Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency

Ingat lagi  masa Ana study di sini 10 tahun lepas, susah nak cari perkhidmatan kereta sewa. Kalau ada pun semuanya di luar bandar Shah Alam. Memang susah lah bila memerlukan kerja luar. Terpaksa guna bas atau pun teksi. Tapi hari ni, bila-bila masa korang nak cari Kereta Sewa Shah Alam, korang boleh gunakan Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency ni.

Memulakan operasi pada tahun 2010, perkhidmatan Sewa Kereta Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency semakin dikenali dan berkembang dari masa ke semasa. Sejajar dengan perkembangan tersebut, pihak Sf Car Rental Agency turut melebarkan sayap perkhidmatan kereta sewa di bandar-bandar berdekatan Shah Alam seperti Klang, Subang, Petaling Jaya, Damansara, Setia Alam dan Puncak Alam bagi mememuhi permintaan yang tinggi sekaligus memudahkan urusan penghantaran kereta buat pelanggan.

Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency

1. Harga  Yang Murah 
Kereta Sewa Shah Alam
Kereta Sewa Shah Alam
Harga perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam  yang ditawarkan adalah murah dan berpatutan mengikut masa, saiz dan jenis kereta. Untuk harga terperinci boleh klik SINI.

Bagi yang merancang untuk menyewa dalam satu tempoh masa yang panjang, jangan risau kerana harga berpatutan berupa diskaun akan diberikan.

2. Pengambilan dan Penghantaran Kereta Yang Mudah
Kereta Sewa Shah Alam
Kereta Sewa Shah Alam
Menarik tentang perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam ini ialah pengambilan dan penghantaran kereta boleh dibuat terus ke depan rumah, hotel atau kolej kediaman pelanggan serta di stesen-stesen pengangkutan awam di sekitar Shah Alam.

3. Kondisi Kereta Yang Baik
Kereta Sewa Shah Alam
Kereta Sewa Shah Alam
Bagi memastikan keselesaan dan kepuasan para pelanggan, setiap kereta yang disewakan oleh Kereta Sewa Shah Alam merupakan kereta baru. Selain itu, penyelenggaraan dan kebersihan kereta sentiasa dijaga dengan sebaiknya. Keselamatan pelanggan adalah perkara yang dititikberatkan pihak Sf Car Rental Agency.

4. Pelbagai Variasi Kereta Disediakan

Terkini, terdapat 7 model Kereta Sewa Shah Alam yang disediakan mengikut permintaan pelanggan iaitu Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Axia, Perodua Myvi. Perodua Bezza, Perodua Alza dan Saga Flx. Kesemua kereta tersebut didatangkan dengan transmisi automatik sahaja.

5. Proses Tempahan Yang Senang

Selain daripada harga yang murah dan kondisi kereta yang baik, proses tempahan Kereta Sewa Shah Alam amatlah mudah. Hanya dengan mengisi beberapa butiran serta dokumen peribadi, para pelanggan dah boleh menempah jenis kereta yang mereka inginkan.

Cara Menempah Kereta Sewa Shah Alam

Bagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam, tempahan kereta boleh dilakukan melalui sms atau WhatsApp dengan memberikan butiran seperti :

1. Nama Penuh
2. No. Kad Pengenalan
3. No. Telefon
4. Model Kereta
5. Kegunaan kereta untuk sekitar mana
6. Tarikh dan masa ambil kereta
7. Tempoh sewaan (jumlah hari)
8. Alamat penuh kediaman / pejabat

Setelah lengkap butiran di atas diberikan, para pelanggan diperlukan untuk menyediakan beberapa dokumen seperti di bawah :

Untuk Para Pelajar :

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Lesen Memandu
3. Salinan Kad Pelajar.
4. Salinan Kad Pengenalan Saksi (kawan / saudara)

Untuk Yang Bekerja :

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Lesen Memandu
3. Salinan Bil Utiliti
4.  Salinan Id Kerja / Pas Kerja / Kad Perniagaan / Slip Gaji Terbaru
5. Salinan Kad Pengenalan Saksi (kawan / saudara)

Bagi setiap tempahan yang berjaya, pembayaran deposit sebanyak RM100 perlu dibuat di atas nama :
Kereta Sewa Shah Alam
Kereta Sewa Shah Alam
Kemudian slip pembayaran deposit tersebut perlu dihantar melalui WhatsaApp kepada kakitangan bertugas untuk tujuan rekod. Deposit tersebut akan dipulangkan dalam tempoh 4 hari dari tarikh pemulangan kereta untuk tujuan semakan saman pihak berkuasa tempatan (jika ada).

Lokasi Pengambilan dan Penghantaran Kereta Sewa Shah Alam

Lokasi Pengambilan dan Penghantar Kereta Sewa Area Shah Alam meliputi kawasan berikut:

Pengambilan Kereta :

1. Pejabat Sf Car Rental Agency
2. Penghantaran terus ke depan kediaman / pejabat / kolej
3. KTM Padang Jawa
4. KTM Shah Alam
5. Stesen Bas Shah

Penghantaran Kereta :

1. Pejabat Sf Car Rental Agency
2. Kawasan Shah Alam Seksyen 1 - Shah Alam Seksyen 20
3. Luar Kawasan Shah Alam **

** bayaran tambahan sebanyak RM10 +  RM2/km akan dikenakan. Caj penghantaran perlu dibuat semasa pelanggan menerima kunci kereta.

Namun perlu diingatkan sebarang urusan  penghantaran Kereta Sewa Shah Alam hanya dilakukan pada waktu pejabat sahaja iaitu pada pukul 9 pagi - 10 malam setiap hari kecuali waktu puncak (4 petang - 8 malam).

Hubungi Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency
Kereta Sewa Shah Alam
Kereta Sewa Shah Alam
Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan Sewa Kereta Shah Alam oleh Sf Car Rental Agency ni korang boleh terus berhubung dengan pihak mereka melalui nombor WhatsApp atau layari laman web seperti di bawah :

Kereta Sewa Shah Alam - Sf Car Rental Agency
Jalan Kristal Tiga 7/76c,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor

No Tel : 
017-2449251

WhatsApp : 



Twitter :



25 comments:

  1. Murahlah sewa. Dulu eyqa sewa kereta waja buruk pun mahal gila!

    ReplyDelete
  2. terbaek.. seronok la student2 kat sana.. mudah nak ke mana2 lps ni :)

    ReplyDelete
  3. Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/pengalaman-pertama.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/halamak-x-sempat-nak-wefie.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/entry-yang-menyumbang-pageviews-paling.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  4. dlu asenye lagi mahal klo nak sewa..dlu xde kete lain..antara myvi atau viva..

    ReplyDelete
  5. kalau melancong lebih mudah kalau guna kereta sewa. lebih2 lagi student. huhu

    ReplyDelete
  6. Zaman Zaman akak dulu mahal kereta sewa..zaman skrg dh dh ah plak..sebab apa erk..pas tu condition kereta pun pun tip top..bagus macam ni..senang nak plan dan pilih kereta mana satu utk perjalanan jauh

    ReplyDelete
  7. Murah juga boleh tahan harga ni jadi nanti kalau nak jalan-jalan boleh lah sewa kereta kat sini musim perayaan mesti banyak kereta habis di sewa....

    ReplyDelete
  8. awal jugak eh kena hantar sebelum pukul 10

    ReplyDelete
  9. Kalau datang Shah Alam lepas ni xpayah risau mengenai kereta dah. Boleh sewa dari SF Car Rental Agency je. Driving kereta ni lain skit suasana dia berbeza dengan naik public transport kan.

    ReplyDelete
  10. Bagi yang masih belum mempunyai kereta atau kereta rosak..bolehlah gunakan khidmat kereta sewa kat sini. Harga pun tak lah mahal sangat.

    ReplyDelete
  11. Wowwwww! Puncak Alam pun boleh hantar gak eh. Dulu sebelum masa ada kereta onie memang guna kereta sewa area puncak alam. Tatau la masih ada lagi ke tak. Puncak alam ni susah dengan public transport dan ini sangat membantu.

    ReplyDelete
  12. Kereta sewa mudah and loan free. Just bayar monthly je and maintenance and all that well taken care off. Look like this is another option who prefer short term commitment.

    ReplyDelete
  13. Wahhh Shah alam pon dah ada car rentl service. Mudah je pulak tu nak menyewa. Okay lepas nie kalau ada kawan roger cari kereta sewa area shah alam, kita suggestkan service dari mereka nie

    ReplyDelete
  14. mudah ada perkhimatan macam ni.. tapi kat area shah alam je ke..jauh pulak tmpat sy

    ReplyDelete
  15. Memang sesuai buat di Shah Alam sebab student UiTM dan Unisel selalu nak pakai kereta sewa untuk jalan2. Pernah jadi student kat sana dulu, sebab tu tau :D

    ReplyDelete
  16. Wah bestnya baru tahu perkhidmatan kereta sewa di shah alam. Senang dan murah jugaklah rate dia. Boleh share kat member2 nanti

    ReplyDelete
  17. Menarik, nak bookmark nanti senang nak bagi info dekat kawan-kawan dan mana tahu untuk disewa untuk diri sendiri juga!

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas perkongsian Ana. Bagus ada khidmat sewa kereta ni. Harga perkhidmatan kereta sewa tu pon berpatutan.

    ReplyDelete
  19. it's time to rent for a car.. hehe~ great service by this sf car rental agency.. looks great..

    ReplyDelete
  20. I love car rental services and use them often when required. The pricing is really not bad, either, with the car models that are available. Will consider this company next time.

    ReplyDelete
  21. Senang dah sekarang nie, siap boleh tempah guna whatapps lagi kan..

    ReplyDelete
  22. Sgt memudahkan bila ada perkhidmatan mcm ni dan harganya pun berpatutan.

    ReplyDelete
  23. I need it for my next trip. The renting price is reasonable and no worries of the car condones it have been maintained. Thanks for sharing this.

    ReplyDelete
  24. Apabila family Rawlins datang melawat dari Sarawak, memang Rawlins perlukan kereta sewa. Thanks sebab bagi recommendation perkhidmatan kereta sewa. InsyaAllah boleh rujuk kemudian.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤