Hanya Tuhan Yang Tahu 2018 by Fitri Haris - Ana Suhana

Jul 11, 2018

Hanya Tuhan Yang Tahu 2018 by Fitri Haris


Hanya Tuhan Yang Tahu 2018 by Fitri Haris | Assalamualaikum. Korang minat lagu nasyid tak? Atau pernah minat lagu nasyid? Kalau ada kita geng. Nak cerita tentang lagu-lagu nasyid ni, Ana start suka ketika form 4 / 5. Masa tu lagu yang buat Ana "jatuh cinta" dengan lagu nasyid ialah lagu Kasih Kekasih nyanyian Kumpulan Inteam. Kira lagu hit juga lah masa tu. Lepas tu masa Ana form 5 keluar pula lagu Hanya Tuhan Yang Tahun dari  kumpulan Unic pula. Pun jadi lagu hit juga sampai lagu ni menjadi lagu nasyid pilihan anugerah Era 2003. 
Hanya Tuhan Yang Tahu 2018
Hanya Tuhan Yang Tahu 2018
Hanya Tuhan Yang Tahu 2018 by Fitri Haris

Kumpulan Inteam dan Unic antara 2 kumpulan nasyid yang memang Ana minat "giler". Macam pernah Ana cerita dekat ig, lagu-lagu daripada 2 kumpulan ni pernah menjadi sebahagian dalam hidup Ana sebabnya setiap hari selama 3 tahun zaman diploma, hari-hari Ana study ditemani dengan lagu-lagu mereka. 

Paling win satu hari tu masa tengah study dekat library sambil dengar radio dekat walkman (study sengsorang kan cepat ngantuk) tetiba dengar yang UNIC ada album baru - See You di IPT. Memang kena sangat lah dengan life Ana masa tu. Cewah. Dan lagu popular dalam album tu ialah Demi Cinta Suci. Best pulak tu. Apa lagi terus tutup buku, tunggu bas depan kampus UiTM Lendu dan pergi ke Pekan Alor Gajah semata nak beli kaset UNIC tu. Dah dapat je kaset tu balik semula ke library sambung study sambil dengar lagu album baru tu. Haha. Korang pernah tak macam tu? Tapi sedihnya...masa pindah rumah dan masa tu Ana tengah study di Shah Alam, kaset-kaset tu semua hilang. Nangis woo. Dah lah guna duit loan PTPTN beli tu. Sekarang gigih juga. Gigih membayar hutang. Hahaha.
Hanya Tuhan Yang Tahu 2018
Hanya Tuhan Yang Tahu 2018
Dan baru-baru ni, salah seorang bekas ahli kumpulan UNIC - Fitri Haris atau lebih mesra dengan panggilan Angah masuk pertandingan Gema Gegar  Vaganza 2018. Dan nak jadi rezeki Angah jadi juara GGV tu. Maka keluar lah lagu Hanya Tuhan Yang Tahu 2018. Kira come back Angah dalam industri lah lepas bertahun "menyepi". Gambar atas tu masa jualan murah fi Haqqi Shah Alam. Angah sekarang jadi duta Haqqi.

Hanya Tuhan Yang Tahu 2018 merupakan lagu ciptaan Isman Isam dari Kumpulan Hijjaz dan diberi nafas baru sentuhan Along Exist, Ujang Exist dan Wan Saleh. Lagu ni pada pendapat Ana menceritakan tentang cinta dan kasih sayang sesama insan. Kalau dulu Ana tafsir lagu ni lebih kepada cinta pasangan yang bercinta tapi sekarang ni bila dah tua-tua ni kan, perspektif cinta tu jadi lebih meluas. Maksudnya lagu ni bukan hanya dituju untuk pasangan yang bercinta saja tapi lebih dari tu. Boleh jadi cinta kepada ibu bapa, anak-anak dan sahabat handai. Love is universal. Cewah. :)

Untuk lagu yang pernah jadi kegilaan Ana suatu masa dulu, bila digarap dengan yang nafas yang baru, surely Ana akan compare dengan lagu yang lama kan. Selalunya Ana akan lebih suka yang lama sebab dah sebati dengan kita tapi untuk lagu HTYT2018 ni, Ana boleh katakan Ana suka dengan sentuhan yang baru ni sebab kedengaran lebih segar dan matang. Dan Ana boleh "hafal" rentak lagu ni lepas 2-3 kali dengar. Macam biasa, suara Angah masih sama macam 15 tahun yang lepas especially masa korus tu. Video klip pun lebih simple dan kemas. Cuma bab bila ada suara latar ramai-ramai tu Ana rasa tak puas sebab tak dapat dengar sangat suara Angah. Tapi overall best. Sedap atau tak terserlah pada pendengaran masing-masing kan. Ada yang suka dan pasti ada yang tak suka. Terserah. Janji saling hormat menghormati.

Korang yang belum pernah dengar lagu HTYT2018 ni jom lah dengar sesama. Mana tau boleh jatuh suka juga kan. Yang penting mesej yang ingin di sampaikan tu tercapai dan masuk ke jiwa pendengar. InsyaAllah.

"CINTA adalah ketika kebahagiaan insan lain lebih penting daripada kebahagiaan kamu sendiri, sebarkan fitrah CINTA ini kerana Ilahi - Fitri Haris"


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

[Chorus:]
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang ku sayang

[Chorus:]
Dihati ini hanya tuhan yang tahu
Dihati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau insan pilihanku

[Repeat Chorus]
Kerana batasan
Adat dan syariah
Menguji kekuatan
Keteguhan iman
Insan yang berkasih

13 comments:

  1. Yes...PC salah seorang penggemar lagu nasyid...UNIC,INTEAM,SAUJANA dan lain2lah....dulu kat sekolah bila ada persembahan nasyid...memang lagu2 mereka menjadi pilihan...hehe...kawan2 siap ada buku khas buat tulis lirik lagu yg hits...hebat...

    ReplyDelete
  2. Kin pun peminat UNIC, tapi yg lagu ni kin lagi suka yang asal. hehe

    ReplyDelete
  3. terbaek.. mesti best lagu ni :)

    ReplyDelete
  4. Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/blog-list-segment-august-edition-by-da.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/misha-omar-sampai-bila-ost-jangan-benci.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/aktiviti-badminton-7-julai-2018.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/mari-belajar-bahasa-sarawak-part-16.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  5. okay Hans tak kenal
    hahaha
    tapi lagu dia sedap juga lah

    ReplyDelete
  6. Fuh mengimbau kenangan betul lagu HTYT2018 ni...

    ReplyDelete
  7. Mama singgah bertandang ke blog sis petang rabu ni.Suka lagu ni ya ana

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sis, maznee tumpang lalu. Singgah blog walking. Dulu minat, sekarang tak.

    ReplyDelete
  9. akak pun suka kumpulan UNIC dan dulu selalu dengar doa Dhuha diaorg saban pagi..

    ReplyDelete
  10. Lagu ni dari dulu lagi sukaa dengar. Heheh :)

    ReplyDelete
  11. Sedap lagu nie, zaman top lagu Nasyid dulu kerap kan lagu nie keluar kat radio..

    ReplyDelete
  12. Kira antara lagu nasyid yg popular juga ni :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤