Citarasa Mexico Dengan KFC Mad Mex Twister - Ana Suhana

Jul 10, 2018

Citarasa Mexico Dengan KFC Mad Mex Twister


Citarasa Mexico Dengan KFC Mad Mex Twister | Assalamualaikum. Hi korang. Sihat ke? Ana doakan semoga semuanya sihat ye. Dan tolong doakan mak Ana juga ye yang tengah warded sejak Sabtu lepas sebab tahap oksigen dalam badan hanya 30% saja dan dalam paru-paru ada air. Semoga mak Ana diberi kekuatan dan semoga cepat sembuh dan boleh discharge. Amin.  Balik dari melawat mak, Ana ke KFC untuk lunch. So hari ni Ana saja lah nak kongsi dengan korang tentang Citarasa Mexico Dengan KFC Mad Mex Twister - menu terbaru di KFC yang Ana cuba semalam. 
KFC Mad Mex Twister
KFC Mad Mex Twister
Citarasa Mexico Dengan KFC Mad Mex Twister

Ada yang dah rasa ke? Ana baru tau tentang KFC Mad Mex Twister ni bila ke KFC semalam. Ana tertarik lah nak mencuba sebab tertarik dengan packaging dia - striking dan  nampak menyelerakan untuk dicuba.

Macam biasalah, mana-mana menu di KFC ni ada harga ala carte dan juga harga set. Untuk KFC Mad Mex Twister ni, harga ala carte ialah RM7.50 dan harga kombo ialah RM10.90 bersama Crispier Fries dan minuman ringan. 

KFC Mad Mex Twister kali ini mengetengahkan citarasa Mexico sebagai satu kelainan dalam menu twister mereka namun masih mengekalkan ciri-ciri twister yang lepas iaitu dengan menggunakan "wrap" sebagai balutan utama. Bezanya kali ni bahan-bahan yang digunakan adalah seperti kacang ginjal merah, kacang kuda, jagung dan sos Keju Pedas Mexico istimewa di atas kepingan KFC Zinger. Sound interesting kan? :)
KFC Mad Mex Twister
KFC Mad Mex Twister
Rasa dia? Masa gigitan pertama tu Ana dah boleh rasa kacang ginjal merah dan kacang kuda yang kuat. Memang sangat berbeza dengan rasa twister sebelum ni. Cuma bila rasa kacang tu dah kuat, Ana notice yang rasa keistimewaan sos Keju Pedas Mexico tu tenggelam. Lagi satu maybe sebab Ana makan dengan sos Thai yang sedia pedas. So Ana kena try lagi dan makan kosong tanpa sos pula kan. Tapi dari segi saiz, memang boleh mengenyangkan. And worth to give a try.
KFC Mad Mex Twister
KFC Mad Mex Twister
KFC Mad Mex Twister
KFC Mad Mex Twister
Ana order juga KFC Cheezy Twister sebab Ana dah pernah makan sebelum ni dan Ana suka sangat dengan rasa dia. Ana try juga makan dengan sos Thai tu. Dan hasilnya Ana masih lagi terpikat dengan KFC Cheezy Twister ni. Rasa masam sos Cheezy Mayo dia memang terasa habis. Maybe sebab Ana penggemar keju masam, jadi buat Ana prefer KFC Cheezy Twister ni lagi.

Ni saja nak tunjuk. Budak yang suka sangat makan dekat KFC. Pandai sangat nak makan dekat sana. Tak sama rasa dengan makan KCC dekat rumah katanya. Layan kan je lah.
KFC Mad Mex Twister
KFC Mad Mex Twister
Korang yang nak try rasa KFC Mad Mex Twister boleh lah cuba cepat-cepat tau sebab katanya menu ni hanya untuk masa terhad saja. Mana tau citarasa Mexico KFC Mad Mex Twister ni boleh jadi menu favorite menu korang kan. Selamat mencuba.

22 comments:

  1. Lama dah tak makan KFC..kena pi terjah gak nanti ni...terus lapar bila tengok entry ni..ish..kena diet skit lagi ni...skit je lagi

    ReplyDelete
  2. wow sodapnyaa kak ana. ritu ada nampak gak tapi tak cuba try set ni

    ReplyDelete
  3. Saja tau dera emosi kita si penggemar twister ni hukhuk πŸ˜‚

    ReplyDelete
  4. ada menu wrap baru kt kfc...lps raya xsinggah kfc lg

    ReplyDelete
  5. Tak try lagi kak ana. Moga mak kak ana cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  6. Ade baca jugak dari Blog Hans Hanis.. Tapi LeYa masih belum berkesempatan lagi nak cuba KFC Mad Mex twister ni. Errmmm....tengok la bila free nanti kan..
    Apa-apa pun semoga mak kak ana cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  7. kfc dekat rumah takdak menu ni, kena kluar jauh huhuhu

    ReplyDelete
  8. Mudah mudahan mak kak Ana cepat sembuh, amin :) Ohh ada kacang ke dalam tu, Nani sejenis yang tak berapa suka sangat kalau kacang merah tu. Hahah!

    ReplyDelete
  9. wahhhhh.. mesti sedap ni :)

    ReplyDelete
  10. Aduh yang sblm ni tak mencuba lagi...dah lahir yang baru lagi...hehe...agresif sungguh KFC ni....

    ReplyDelete
  11. Nakkk pergi kfc lagi..hari tu makan ayam kfc yg baru jugakk.yg ni tak try lagi.mcm sedappp tu

    ReplyDelete
  12. semoga mak ana cepat sembuh.. Dilah ada nampak jugak menu baru ni, mcm nak try aritu tp last2 order yg lain pulak.. haha.. nanti la nect time try kalau ada lagi..

    ReplyDelete
  13. Teringin nak makan tapi saya tak tahan pedas..

    ReplyDelete
  14. Menariknya menu baru kfc ni
    Terliur pulak tengok gambar close up tu Ana 😍
    Nanti nak try rasalah!

    ReplyDelete
  15. tak rasa lagi tapi tak pernah happy dengan twister KFC

    ReplyDelete
  16. teringat dulu dengan member masa zaman bujang kami try makan menu baru KFC iaitu perasa tomyam menggantikan spicy..yang ori still ada lagi. Langsung tak best perasa tomyam tu sampai sanggup minta kertas komplen dekat staf dorang untuk minta perasa spicy dikembalikan hehehe

    ReplyDelete
  17. betul lah tu
    kalau makan dekat rumah dah tak sedap sebab sejuk
    Hans kalau fast food lebih suka makan di kedai tu sendiri
    kfc mad mex nih untuk hans rasa sederhana jer lah
    mungkin sebab hans kurang suka makan kacang-kacang tu kut

    ReplyDelete
  18. dah lama tak ke KFC,last haritu bulan lepas..entah sempat ke idok nak merasa ni..

    ReplyDelete
  19. Semoga Mak Ana cepat sihat ya. Nampaknya tak sempat dah kut Kak Sue nak merasa nie..

    ReplyDelete
  20. Fuhh nampak sedap ni.. adehh terbuka selera. Ok, nnti nak dapatkan jugalah hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤