Sakit Bukan Berpunca Dari Pemakanan Semata? - Ana Suhana

Jun 3, 2018

Sakit Bukan Berpunca Dari Pemakanan Semata?


Sakit Bukan Berpunca Dari Pemakanan Semata?  | Assalamualaikum. Ana dapat artikel ni dari group WhatsApp. Rasa macam elok untuk dikongsi dengan semua untuk renungan bersama. Mana yang boleh kita amal kan, boleh lah sama-sama mencuba kan. Tak salah pun nak mencuba sebagai salah satu ikhtiar. Semoga bermanfaat buat kita semua.
Sakit Bukan Berpunca Dari Pemakanan Semata? 

Penyakit bukan berpunca dari pemakanan semata mata tapi dari mental, fizikal dan pemikiran!! Seorang Profesor Muslim di Jepun melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani. Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah :

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

Menarik kan?? Jom kita baca hasil dari kajian beliau.

1. Penyakit Appendiks

Ternyata masalah appendiks bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan

2. Penyakit Darah Tinggi

Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi.

3. Masalah Kolestrol

Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak berlapis.

4. Penyakit Asthma

Asthma bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. Penyakit Diabetes

Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. Penyakit Hati

Penyakit liver (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. Penyakit Jantung

Penyakit jantung bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.


Maka benarlah firman ALLAH : 
"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah" QS : As-Syuura 42 :30-31
Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur sombong, angkuh dan lain-lain. Semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik supaya kita dapat terus beribadah dengan sempurna. InsyaAllah. Amin. 

8 comments:

  1. Hakikatnya banyak faktorkan kak. Terima kasih perkongsian ini kak.

    ReplyDelete
  2. yeay i love this. thnk you kak ana

    ReplyDelete
  3. Berdasarkan pemerhatian akak terhdp org2 disekeliling, akak tak berapa setuju dgn kajian profesor tu bhw spiritual 50%. Akak rasa semuanya sama penting. Ramai yg sgt spiritual & mudah berkawan (sosial), tetapi dpt mcm2 penyakit sbb akak tengok x jaga pemakanan & x cukup senaman. Mslhnnya, dorang sendiri x sedar atau x kisah yg dorg dah overweight, dan x buat pemeriksaan perubatan. By the time dorang 40, dah dpt diabetes, darah tinggi, gout, dll. Lagi sedih, bila dorang x nak dengar nasihat kwn2 & family. Susah nak kawal nafsu makan. Ada jg kajian yg mengatakan ini petanda yg mrk sebenarnya ada mslh psikologi (stres kerja/rumahtangga/dll). Wallahu A'lam. :D

    ReplyDelete
  4. semoga ramadan kali ini dapat mensucikan hati dan menjadi muslim sejati

    ReplyDelete
  5. biar beserdehana dalam apa jua yang kita lakukan, insyaAllah bukan kita tidak akan sakit, tetapi sekurang-kurangnya sakit itu susah nak singgah ke badan kita.

    ReplyDelete
  6. Semoga kita dijauhkan dari penyakit hati.. Selalu kena check hati ni banyakkan istighfar dan muhasabah diri.. Ingat dunia ni hanya sementara..

    ReplyDelete
  7. Faktor-faktor yang penting untuk dijaga.. bukan sahaja spiritual tapi pemakanan dan juga kesihatan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤