Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam - Lokasi Strategik Untuk Menginap - Ana Suhana

Jun 21, 2018

Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam - Lokasi Strategik Untuk Menginap


Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam - Lokasi Strategik Untuk Menginap | Assalamualaikum. Lama rasanya tak review hotel. Haruslah lama sebab last bercuti pun bulan 4 yang lepas. Lepas tu busy dengan buffet Ramadan dan terus masuk ke bulan Ramadan. Memang stop semua aktiviti untuk ke event kecuali satu je Ana amik. Tu pun dekat Shah Alam dan masa kebetulan bersesuaian dengan jadual En Suami. Memandangkan event tu habis malam Ana decide untuk tidur di Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam - Lokasi Strategik Untuk Menginap.
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam - Lokasi Strategik Untuk Menginap

Kalau ikutkan Selayang - Shah Alam dekat je dalam 40-60 minit memandu. Tapi sebab seharian berpuasa, badan jadi letih. Event pula habis dalam pukul 11 lebih so kesian nak minta En Suami drive balik tu yang menginap dekat Shah Alam tu. Lagi satu event tu ramai orang so Ana tak nak bawa Syafi sekali memandangkan dia baru baik demam. Tak kan nak biarkan Syafi dan En Suami duduk dalam kereta selama 3 jam lebih tu kan. Lagipun tempat parkir pun takde sebab memang jem giler Shah Alam malam tu. Orang pakat shopping minggu terakhir tu.  So biarkan dorang duduk hotel. Lagi selesa kan. Lagipun dari hotel ke tempat event tu 5 minit je jarak dia. Ok sangat lah tu. 

Hotel ni Ana book guna Agoda. Semalam dalam RM130. Ada 2 lokasi Hotel de Art ni. Satu dekat area Icity dan satu lagi dengan tasik Seksyen 7 tu. Yang Ana amik ni dekat tasik tu. Memula plan nak amik dekat ICity tu tapi bila pikir nak cari makan untuk berbuka dan sahur agak susah so cancel terus yang tu walau bilik dekat sana lagi besar.

Baca juga : Hotel Pegasus Seksyen 15 Shah Alam

Nama pun Hotel de Art so memang art (berseni) sungguh hotel ni. Dari tempat receptionist sampai lah ke dalam bilik. Penuh dengan hasil seni di dinding-dinding hotel. Kaki selfie mesti layan duduk sini. Kawasan receptionist yang paling Ana suka. Fefeeling macam dalam Alice in Wonderland pun ada gitu. Hehe. Selesa lah nak menungguh sementara En Suami uruskan proses check in. Oh ya masa check in kena letak deposit tau sebanyak RM50 saja.
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam

Hotel ni hanya 2 tingkat je. Ana dapat tingkat 2 lah macam biasa. At first bilik yang kitorang book tu bilik takde tingkap. Memang pasrah dah. Nak jadi rezeki masa check in dapat upgrade bilik yang ada tingkap. Alhamdulillah. Memang lega sangat sebab tak lah rasa terperuk je dalam bilik tu. Hehe.
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam

Ana booked bilik Triple Art di mana ada 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik tak lah luas mana tapi masih lagi selesa nak bergerak ke sana sini. Fasiliti yang disediakan standard hotel lain termasuk free wifi. Ada coffee and tea, kettle, sejadah, almari, tv (free channel & few Astro channel), hair dryer dan toiletries. Toilet dia sangat luas. Yang penting semua bersih. :) Cuma aircond bilik agak lambat nak sejuk. Dah lah cuaca panas masa tu. Bertabahlah kejap. Bila dah tengah malam baru terasa sejuk sebab masing-masing tarik selimut. Haha.

Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam
Hotel de Art Seksyen 7 Shah Alam

Harga yang Ana bayar tu takde breakfast. Tapi takpe sebab bawah hotel ni ada restoran mamak 24 jam. So senang nak beli untuk sahur. Untuk berbuka pula nak jadi cerita ada bazar Ramadan dekat depan hotel tu. So memang senang sangat. Dari tingkap bilik dah boleh usher gerai-gerai yang ada dekat bazar tu. Tinggal nak turun beli je. Dobi layan diri dan mini supermarket pun ada dekat sebelah hotel ni. Memang senang cerita lah orang kata. Semua ada. Tak yah nak pergi jauh-jauh kalau nak beli apa-apa.

Secara keseluruhan memang Ana sekeluarga puas hati lah bermalam dekat sini. Pekerja hotel peramah, lokasi strategik, tempat parkir senang dan banyak, bilik bersih dan hotel  pun cantik. So korang yang ada urusan di Shah Alam dan perlu untuk menginap boleh lah cuba Hotel de Art Seksyen 7 ni. Selamat menginap di alam fantasi :)


30 comments:

  1. Cantik la hotel ni ana..nangi nak masukkan dlm wishlist la..cantik bergambar kat semua sudut

    ReplyDelete
  2. ramai yg pergi icity pun duduk sini.. not bad juga lah kan

    ReplyDelete
  3. Cantik..plan ntnk k cni gak
    Nkgi i cty

    ReplyDelete
  4. Suka tengok decoration dia.. Cantik..

    ReplyDelete
  5. cantiknya deko hotel ni ana.. sesuai sgt dgn namanya.. murah jugak tu..

    ReplyDelete
  6. amboi ana.. sakan.. meh la dtg umah beraya.. hehee

    ReplyDelete
  7. Dah dekat rumah akak tu Ana..
    Rumah akak blkg tu aje 😊

    Salam aidilfitri ana..

    ReplyDelete
  8. cantik hotelnya..ada tgk kwn2 pegi stay sini..bilik ada mcm2 tema

    ReplyDelete
  9. cantiknya hotel dia! Harga pun berbaloi dengan service :D

    ReplyDelete
  10. Memang boleh fefeling pwincess kalau bermalam kat sini haa :D

    ReplyDelete
  11. Wahhhhh....cantik menarik betul seni hiasan hotel ni... Harga pun berpatutan. Bolehlah ajak Incik Suami bermalam di sini nak rasa tido nanti.. Hehe..

    ReplyDelete
  12. okay kak ana... cantik sangat!!!!!

    ReplyDelete
  13. Wuuuu!! gempaknya! heheh :D nice review kak Ana comel!! >_<
    .
    Selamat Hari Raya!! ^^

    ReplyDelete
  14. Selamat malam Ibu ucapkan, singgah blog walking blog sis ana. Hotel ni dekat tasik sebelah kompleks belia ni

    ReplyDelete
  15. Cantiknya interior dia... Menarik betul. Boleh plan dengan suami stay dekat sini ni.

    ReplyDelete
  16. cantiknya hotel ni,kalau ke shah alam nanti,boleh menginap kat sini

    ReplyDelete
  17. Hotel ni nampak selesa nnt boleh try bermalam dekat sini.

    ReplyDelete
  18. Teringin juga nak pergi shah alam.sebab my cousin tinggal dekat shah alam

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu ibu ucapkan. Sambung raya hari cuti ni. Selalu nampak hotel ni di shah alam. tak pernah masuk

    ReplyDelete
  20. Menarik hotel ni.. nampak kemas, bersih dan kelas. Boleh masuk list ni. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  21. Mama singgah raya petang ahad ni. Semoga sis ana. Wah seronoknya raya raya tinggal kat hotel warna warni ni

    ReplyDelete
  22. Ceria sungguh hotel nya. Sesuai dengan nama hotel dia ni. Hehehe..

    ReplyDelete
  23. Memang penuh hasil seni hotel ni ya seiring dengan nama dia de-art ;-)

    ReplyDelete
  24. Cantiknyaaa. boleh la try stay sini lak nanti..

    ReplyDelete
  25. Cantik la hotel nie Ana, suka Kak Sue..

    ReplyDelete
  26. cantik sangat hotel ni, nanti tak lepas amik gambar la.dekat j rupanya boleh la ajak en hubby ke sini..

    ReplyDelete
  27. cantiknya hotel dia kak ana. suka tngok deco yg dia susun.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤