Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia


Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia | Assalamualaikum. Quaker Oats menjadikan hidangan raya lebih mudah untuk dinikmati dengan resipi baharu yang mengandungi lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral!
Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia 

Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum, Quaker Oats hanya menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dapat dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan:

Bran (lapisan paling luar)
- tinggi dengan Beta-Glukan dan vitaminB

Endosperma Oat
- tinggi dengan karbohidrat dan protein

Lapisan Germa Oat
- tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia

“Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa kandungan nutrisi adalah sangat penting. Hidangan tradisional juga boleh digabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh - dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan dan dalam masa yang sama masih mendapat nutrisi-nutrisi penting," kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. "Resipi baharu termasuk lah resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sangat sesuai untuk seisi keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan" tambah beliau. 

NIKMATILAH HARI RAYA YANG SIHAT BERSAMA QUAKER OATS 
 Padat dengan nutrisi, oat adalah makanan yang serba boleh dan mudah digunakan dalam pelbagai resipi manis dan berempah!

Hari Raya ini, jom kita cuba resipi Quaker Oats yang baru seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Sup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat dengan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Campuran Bijiran Beri Biru dan Biskut Oat Onde-Onde! Resipi seperti di bawah :

Biskut Campuran Bijiran Beri Biru

Saiz Hidangan: 40
Kredit: www.quaker.com.my 

Bahan-Bahan
1. 125g marjerin
2. 100g gula kastor
3. 1 biji telur
4. 150g tepung naik sendiri
5. ½ sudu teh soda penaik
6. 60g beri biru kering
7. ½ sudu teh garam laut
8. 120g Quaker Multigrain Cereal

Cara Masakan :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas silikon.

2. Pukul marjerin dan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan berkrim. Tambahkan telur. Masukkan tepung, beri biru dan garam. Gaul hingga sebati.

3. Tuangkan Quaker Multigrain Cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh doh biskut. Golek doh dalam campuran bijiran supaya disaluti bijiran dan menjadi bentuk bebola.

4. Letakkan bebola atas dulang dengan jarak satu inci antara satu sama lain untuknya mengembang.

5. Bakar selama 15-18 minit atau sehingga warnanya keemasan. Alihkan ke redai kuih untuk disejukkan.

Biskut Oat Onde-Onde
Saiz Hidangan: 35
Kredit: www.quaker.com.my 

Bahan-Bahan : 
1. 130g Quaker Instant Oatmeal
2. 130g tepung
3. 20g kelapa parut kering
4. 20g serbuk santan
5. ½ sudu teh soda penaik
6. ¼ sudu teh garam
7. 125g marjerin
8. 30g gula perang
9. 50g gula kabung (gula melaka), diparut
10. 60ml minyak canola
11. 1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
12. Gula melaka cair (untuk hiasan)
13. Kelapa parut kering (untuk hiasan)

Cara Masakan :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.

2. Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam ke dalam mangkuk. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering sedikit demi sedikit.

4. Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.

5. Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk.


Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oats dan promosi terkini, acara dan resipi, korang layari facebook di www.facebook.com/QuakerMalaysia.

Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia Reviewed by Ana Suhana on June 14, 2018 Rating: 5

7 comments:

  1. WoW!!! Bestnyee... Memang banyak khasiat Quaker Oat ni... Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Ana

    ReplyDelete
  2. macam2 boleh kita buat dgn oat ni..kalau akak, buat minuman jer sebagai sarapan pagi

    ReplyDelete
  3. Husniey suka quaker oat, masa puasa ni pagi2 memang sahur ni je kenyang dan tahan lapar..banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  4. Banyak khasiat quaker oats ni.. bagus juga dijadikan hidangan kuih muih raya sbb menyihatkan setelah makan mcm2 makanan berkolestrol. Salam Aidilfitri :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.