Keistimewaan Buluh di Tadom Hill Resorts Banting - Ana Suhana

Apr 3, 2018

Keistimewaan Buluh di Tadom Hill Resorts Banting


Keistimewaan Buluh di Tadom Hill Resorts Banting | Assalamualaikum. Minggu lepas Ana sekeluarga berpeluang untuk menginap di Tadom Hill Resort Banting setelah bertahun plan untuk ke sini. Hari ni Ana nak berkongsi dengan korang semua tentang Keistimewaan Buluh di Tadom Hill Resorts Banting ini.
Tadom Hill Resort Banting
Tadom Hill Resort Banting
Keistimewaan Buluh di Tadom Hill Resorts Banting

Tadom Hill Resorts Banting ni pernah viral sekitar tahun 2014 kerana keunikan resorts dan "lombong" yang ada di sini. Kemudian timbul desas-desus yang mengatakan bahawa "lombong" tersebut tercemar dengan kencing tikus. Sampai Ana pun terkesan dengan berita tersebut dan cancel plan untuk ke sini sampai lah baru-baru ni. Lama juga kan. Betul atau tidak desas-desus tersebut korang kena baca perkongsian Ana di bawah ni.

Untuk pengetahuan korang, Tadom Hill Resorts ini dibina di atas TANAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SUKU TEMUAN yang berkeluasan 40 ekar secara keseluruhannya. Idea asal penubuhan resorts ini adalah UNTUK MEMBANTU ORANG ASLI DARI SEGI PEKERJAAN DAN KEWANGAN.

Orang Asli Suku Temuan dan Buluh

Kalau korang yang dah pernah sampai sini, korang mesti boleh nampak yang lebih dari separuh pekerja di resort ini ialah orang Asli dari Kampung Bukit Tadom. Menarik kan? Nak lagi menarik, macam Ana bagitau dekat atas tadi yang Ana nak berkongsi info tentang Keistimewaan Buluh di Tadom Hill Resorts Banting ini kan. Apa kena mengena buluh dengan orang Asli?
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Haa..Kalau korang nak tau, bangunan-bangunan yang ada di resort ini dibina dari buluh secara keseluruhannya. Konsep buluh ini diinspirasi dari budaya perkampungan orang Asli itu sendiri. In fact, buluh-buluh yang diguna pun dibeli dari orang Asli. Dan setiap bulan pihak resort akan menempah buluh bernilai lebih dari RM10,000 dari orang Asli sekaligus ini menjana pendapatan orang Asli di perkampungan Bukit Tadom ini.

Melawat Perkampungan Orang Asli

Bercakap tentang orang Asli, korang tau tak yang korang boleh request dengan pihak resort untuk melakukan aktiviti MELAWAT PERKAMPUNGAN ORANG ASLI di Bukit Tadom ni. Nanti masa lawatan tu korang akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan suku Temuan. Pihak resort juga sedang dalam perancangan untuk membina homestay di perkampungan tersebut bagi pelancong atau tetamu yang ingin merasai pengalaman tinggal didalam masyarakat suku Temuan.

Pihak luar yang bercadang ingin melakukan PROGRAM SUKARELAWAN (volunteer program) bersama orang Asli juga sangat di alu-alukan di sini. Antara aktiviti yang  dirasakan sangat berguna untuk orang Asli ialah pendedahan dari segi kemahiran berkomunikasi, membentuk keyakinan diri serta kepentingan perancangan masa hadapan. Ini kerana masih terdapat banyak lagi orang Asli yang mundur, tidak berfikiran jauh serta kurang keyakinan bila bersama dengan masyarakat luar.

Aktiviti di Tadom Hill Resorts

Bila sebut Tadom Hill Resorts, orang yang biasa dengar akan terbayang aktiviti utama di sini ialah aktiviti air. Tapi sebenarnya masih banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuk aktiviti share-out-knowledge.

1. AKTIVITI AIR
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Aktiviti wajib bila datang ke Tadom Hill Resorts. Antara aktiviti air yang boleh dilakukan ialah bamboo raft, tarzan swing, 5m bamboo diving dan bamboo water swing. Kalau untuk team building, korang boleh jalankan aktiviti seperti perlumbaan bamboo raft dan misi merentas tasik.

Untuk tujuan keselamatan, semua pengunjung yang ingin turun ke tasik wajib memakai life jacket sepanjang masa. Dan 3-4 orang well-trained life guards akan sentiasa ada di life guard hut untuk tujuan keselamatan. Dan setiap pagi sebelum ianya dibuka kepada orang ramai, recreation team Tadom Hill akan menjalankan pemeriksaan serta melakukan pembersihan kawasan tasik untuk keselesaan dan keselamatan semua.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Haa korang perasan tak Ana tulis TASIK BUKAN LOMBONG. Haaa..Menarik tentang tasik di Tadom Hill Resorts ni ialah ianya di gali sedalam 20 kaki sehingga keluar mata air yang kemudiannya mata air tersebut mula memenuhi tasik seperti sekarang ni. Ianya bukan kawasan lombong seperti yang diperkatakan. Setiap bulan sampel air tasik ni akan di bawa ke jabatan yang berkenaan di Shah Alam untuk diuji kandungannya demi keselamatan para pengunjung. Jadi takde isu air tasik dicemari dengan kencing tikus dan sebagainya kerana sepanjang resorts ni beroperasi, tidak pernah lagi resorts diarah tutup kerana kes kencing tikus.

2. ATV
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Dah puas main aktiviti air, apa kata korang try berATV pula. Laluan sejauh 2.5km  termasuk laluan kering dan berselut menanti korang di sini. Ana first time naik ATV dekat sini. Memang sangat mengujakan.

3. AKTIVITI TEAM BUILDING & FLYING FOX
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Untuk yang plan nak buat aktiviti team building ala ninja warrior, ada lapangan khas untuk aktiviti tersebut. Terdapat pelbagai cabaran yang menguji kemahiran dan stamina boleh dilakukan di lapangan yang bersebelahan dengan trek ATV.
Tadom Hill Resorts Banting
Tadom Hill Resorts Banting
Aktiviti flying fox pun ada juga di sini. Korang akan merentasi tasik semasa berflying fox tu nanti. Jangan lupa bawa action camera sekali tau masa naik tu.

4. AKTIVITI SANTAI
Tadom Hill Resorts Banting
Tadom Hill Resorts Banting
Nak aktiviti santai pun boleh seperti bermain ping pong, bola tampar, uno stako,  badminton pun boleh. Nak buat game tarik tali pun boleh sebab ada kawasan yang sesuai dan luas disediakan untuk aktiviti tersebut.
Tadom Hill Resorts Banting
Tadom Hill Resorts Banting

5. SHARE-OUT-KNOWLEDGE
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Aktiviti ni masih ramai yang tak tahu. Di Tadom Hill Resorts korang boleh BELAJAR TENTANG BULUH. Rata-rata antara kita masih belum ramai yang tahu tentang buluh serta kegunaannya. Paling kuat yang kita tahu buluh digunakan untuk masak lemang dan buat tabung kan.

Sebenarnya buluh juga boleh digunakan dalam INDUSTRI PEMBINAAN. Macam Ana bagitau dekat atas yang penginapan di sini diperbuat dari buluh. Sisa-sisa buluh dari pembinaan tersebut tidak dibuang terus sebaliknya sisa-sisa tersebut akan dibakar menjadi arang yang akan digunakan dalam aktiviti BBQ di sini.

Sisa arang BBQ tu pula kemudian akan diguna sebagai baja untuk tanaman yang ada disekeliling resorts. Menarik kan? Semua buluh yang diguna memang fully utilised. Takde istilah membazir.

Selain digunakan secara fizikal,  buluh jenis buluh madu turut ditanam di sekitar resort. Ini kerana buluh secara semulajadinya dapat menyerap pencemaran dan meningkatkan penghasilan oksigen serta menyamankan udara di sekitar resort.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Ni lah hasil tanaman menggunakan sisa arang buluh BBQ - buah markisa. 4-5 tahun akan datang korang bolehlah menginap dan berpesta durian sebab sekarang ni sebanyak 30 pokok durian Musang King telah ditanam di belakang resort. Wow sangat kan.

Macam mana, menarik kan Keunikan Buluh di Tadom Hill Resorts Banting. Selain digunakan untuk menjana ekonomi orang Asli, sisa-sisa buluh digunakan dengan sebaik mungkin tanpa ada pembaziran. Next entri Ana nak share pula tentang jenis-jenis penginapan yang ada dekat Tadom Hill Resorts ni serta pakej-pakej yang ditawarkan.  Stay tune.





52 comments:

  1. Tahniah dan syabas kepada orang yang fikirkan idea asal untuk membantu orang asli dari segi pekerjaan tu nampak sangat berhasil.

    Nampak seronok untuk mereka yang suka aktiviti luar dan santai macam ni.

    ReplyDelete
  2. Macam best lah Ana kalau dapat datang sini..

    ReplyDelete
  3. Banyak info dan aktiviti menarik ni...

    ReplyDelete
  4. Antara dalam wishlist akak jugak...menarik sebenarnya aktiviti kat sini..mencabar dan sesuai untuk mereka yang suka aktiviti lasak...

    ReplyDelete
  5. best boleh bawak famili bg yg suka suasana alam semula jadi dan aktiviti ekstrem boleh try dtg sini

    ReplyDelete
  6. menarikkan tempat ni. Jadikan buluh sebagai bahan tarikan dengan buat seni bina mengikut suku kaum asli disitu. Cantik dan tenang tempatnya. nice sharing

    ReplyDelete
  7. Seronoknya tapi tempat macam ni kena pergi ramai2 baru meriah. Teringin nak pergi sini tengok tv pun ada rancangan pergi sini menarik betul

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya.. Kita teringin nak pergi tmpt yg berdasarkan buluh... Lagi2 tmpt penginapannya.. Menarik sangat... Xsangka tmpt2 cmni byk aktiviti yg boleh dibuat... Bolehlah nk mencuba nnti..

    ReplyDelete
  9. Tadom Hills ni yang dalam cerita Upin Ipin Jeng jeng jeng tu kan? Dulu pernah juga cancelkan pergi situ sebab kawan kata dia balik badan bengkak sebab mandi kat situ. Tapi dulu lah.

    ReplyDelete
  10. Aktiviti lasaknya nampak best. Kawan ira ada plan nak gi sini. Boleh passing dia buat blog akak sebagai rujukan ni hehe.

    ReplyDelete
  11. seronoknya kat Tadom Hill..memang nak kena pergi nanti nii..

    ReplyDelete
  12. bestnya. ainy pergi pergi ke sini dulu dengan sahabat Projek Travel. tapi pergi balik hari je, tak bermalam pun. nanti bolehlah plan ke sini untuk bermalam pulak. macam best je tempat menginap dia. unik!

    ReplyDelete
  13. takut nak mandi.. hahaa maklumla org yg tak reti berenang memg gini

    ReplyDelete
  14. Yang palung best aktiviti ATV tu Ana. Mimi dah lama teringin nak buat ATV tuh tau.tenfok orang lain buat seronok. Boleh uji kita nih lasak ke tak...

    ReplyDelete
  15. Semua aktiviti kat sini best dan baru tau ia dibina untuk tlg ekonomi org asli. Bagus dan sokong sangat

    ReplyDelete
  16. Banyak aktiviti menarik boleh buat di Tadom Hill. Belum pernah check in duk lalu lalang jew

    ReplyDelete
  17. Banyak juga aktiviti boleh di buat kat sini ya..pernah sekali dua je datang Banting..rupanya ada tempat best boleh explore kan..

    ReplyDelete
  18. Menariknyaa fakta tentang tasik di tadom hill serta keistimewaan buluh..
    wahh sukanya sesambil tu boleh juga tengok life orang asli kan :D

    ReplyDelete
  19. Best nya resort ni.. nampak very cool!~ I pun nak pergi tengok keistimewaan nya~

    ReplyDelete
  20. Menariknya Tadom ni. Penuh dengan trivia. Suka dengan konsep resort ni yang membantu ekonomi orang asli dengan membeli buluh daripada mereka

    ReplyDelete
  21. Bestnya tempat ni..kalau bwk anak sis ni sure dia suka, banyak aktiviti leh buat

    ReplyDelete
  22. tsk pernah pi tandom hill ni lagi. banyaknya aktiviti best. nak pulak naik ATV tu salah satu impian TB.. adoi.. bila la dapat merasa

    ReplyDelete
  23. Tak pernah ke tadom. Masa viral hari tu pon belum rasa nak ke sini. Sebab anak kecil.lagi

    ReplyDelete
  24. Ade satu perkampungan orang asli dekat tempat kita ni pun nak buat macam tadom hill ni jugak. Semakin maju orang asli sekarang

    ReplyDelete
  25. unik juga bangunan dibina dari buluh. bukan selalu boleh tgk kehidupan org asli

    ReplyDelete
  26. Cantik tpt nii... sesuai bw family beriadah

    ReplyDelete
  27. Menarik betul tandom hill ni...mcm2 aktiviti boleh buat dengan family kan

    ReplyDelete
  28. Bestnyaaaa!! alangkah indahnya kalau Hana join sekali *eh?! haha thank you for the review kak Ana ^_^

    ReplyDelete
  29. Kita pernah pergi kat sini tapi tak bermalam kat sini teringin sangat rasa nak bermalam kat sini hehehe best banyak aktiviti...

    ReplyDelete
  30. Pengunjung yang datang dapat menikmati keselesaan dan dekat dengan alam...penduduk sekitarnya dapat perbaiki taraf hidup dan ekonomi mereka...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  31. syoknya ana,semua aktiviti boleh buat kat sini,takdelah boring kan..Bestlah..kalau pergi dalam group ni lagi best,..

    ReplyDelete
  32. suka lah aktviti atv ngan flying fox tu..best tempat ni
    lau ada rezeki boleh dtg sini insyallah

    ReplyDelete
  33. dekat banting rupanya. menarik jugak ni. kalau dari kl takdelah jauh mana kan. blh plan bawa anak2 datang ke sini satu hr nanti

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum, Ibu singgah blog walking ke blog sis ana.

    Menarik tu. Ibu pun baru tau pasal tadom ni

    ReplyDelete
  35. Memang duduk area berdekatan je ni. sana memang sejuk lah bila time malam tiba. suasana pun hutan2 gitu. hee

    ReplyDelete
  36. Bestnya tempat ini.. Nak datang time durian lah.. kikiki.. Boleh melepak dna makan durian.. Anak-anak Sha pun dah besar dan boleh melasak..

    ReplyDelete
  37. best nya. belum berkesempatan lagi jejak kaki di tadom hill

    ReplyDelete
  38. baru je akak pergi nak survey2 kat tadom nih, sesuai tak untuk warga tua dan kanak2

    ReplyDelete
  39. byk tentang buluh yg akak kena belajar lagi ni. bestnya tempat ni sgt close to nature

    ReplyDelete
  40. bestnyaaaaa. dah lama teringin nak datang sini. tak sampai2 lagi ni

    ReplyDelete
  41. Bestnya..penah dgr tandom hill ni. Tgk gmbr2 yg org share, mcm menarik je tmpt dia.

    ReplyDelete
  42. banyak benda menarik yang kami tak explora waktu datang tadom ni. datang pun sebab mandi main terjun terjun. Hehe lepas tu main rakit. Pastu balik haha. tak stay pon,😉😉..

    ReplyDelete
  43. Dah lama teringin nak kesini. Nampak macam menarik sangat ada banyak aktiviti dan of courselah view dia sangat awesome

    ReplyDelete
  44. pernah viral tandom hill dan plan nak g sana..byk juga aktiviti boleh buat..masuk dlm wishlist

    ReplyDelete
  45. Harap sangat 1 day dapat pergi Tadom Hill. Sebab teringin nak buat aktiviti kat sana & rasa pengalaman menginap di sana.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  46. Bestnya! harap one day dpt berATV jugak.. hihi.

    ReplyDelete
  47. Teringin jugak nak pergi sini sebab ramai yang cakap best. Heheh :)

    ReplyDelete
  48. tapi dengar cerita tak dpt kelulusan tourism. betul ke

    ReplyDelete
  49. Cantik kan tempat ni k.ana. teringin nk p.hr tu kawan aina pun ada p sini jugak, best dia kata.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤