200 Hidangan Mewah Iftar Ramadan Dengan Harga Serendah RM59 Hanya di Bangi Golf Resort - Ana Suhana

Apr 17, 2018

200 Hidangan Mewah Iftar Ramadan Dengan Harga Serendah RM59 Hanya di Bangi Golf Resort


200 Hidangan Mewah Iftar Ramadan Dengan Harga Serendah RM59 di Bangi Golf Resort | Assalamualaikum. Sila lah percaya!! Ini fakta bukan auta. Lebih dari 200 Hidangan Mewah Iftar Ramadan Dengan Harga Serendah RM59 hanya di Bangi Golf Resort. Apa hidangan yang mewah sangat tu? Nak tau kena lah scroll baca dekat bawah ni.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
200 Hidangan Mewah Iftar Ramadan Dengan Harga Serendah RM59 Hanya di Bangi Golf Resort

Untuk pengetahuan korang, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) memang terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik dengan menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur pada harga terendah di pasaran tetapi masih tetap menjaga kualiti pada tahap yang tertinggi. Restoran BGR juga telah disahkan halal oleh JAKIM dan telah mendapat mengiktirafan sebagai Restoran Paling Patut Halal di Selangor dari Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun 2017. Tahniah buat pihak BGR. 

Ok lah Ana excited sebenarnya nak kongsi dengan korang menu-menu yang ada dekat sini. Yang pastinya setiap juadah tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan juga pastinya akan memenuhi citarasa para tetamu yang berbuka di sini.

Ana mulakan dengan sajian eksklusif paling popular di Restoran BGR ini iaitu Kambing Bakar. Ini bukan kambing bakar biasa je tau korang. Kambing bakar dekat sini antara yang terbaik. Tekstur daging kambing bakar serius sangat lembut sebabnya kambing tu dipanggang perlahan di atas api sehingga masak sepenuhnya. Sos bbq dia pun sedap sangat i tell u. No wonder orang sanggup beratur panjang demi sepinggan dua pinggan tiga pinggan kambing bakar ni. Di stesen yang sama juga para tetamu boleh menikmati Sup Kambing Mamak yang sangat pekat dan penuh perisa.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Alang-alang dah cerita tentang panggang bakar ni, ni ada lagi satu menu yang tidak kurang hebatnya - satay ayam dan satay daging. To be frank, masa Ana attend food review ni Ana tengah sakit gigi so susah sangat nak mengunyah. Tapi satay ayam dekat sini antara menu yang Ana makan banyak malam tu sebab isi ayam tu lembut dan mudah kunyah. Memang kenyang makan satay je malam tu.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Bagi yang teringin nak makan masakan kuali panas, korang kena try kuew teow goreng dan mee mamak yang akan disediakan secara langsung depan mata korang. Baru lah ummpphh dan terhangat di pasaran.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Nak tau apa yang lagi ummpphh dari masakan kuali panas tu? Haa mesti lah masakan Melayu dan Tradisional - all time favorite rakyat Malaysia. Istimewanya masakan Melayu dan Tradisional di Restoran BGR ni ialah bahan-bahan mentah yang digunakan adalah di tanam sendiri di "Kebun dalam Bandar" di BGR itu sendiri - organik dan segar.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Nasi Kerabu antara menu tradisional yang wajib korang cuba di sini. Ulam-ulam yang digunakan adalah dari "Kebun dalam Bandar" tadi. Warna nasi kerabu juga adalah menggunakan pewarna asli dari kelopak bunga telang yang ditanam sendiri oleh BGR. Selain dari nasi kerabu, menu tradisional yang turut dihidang ialah Laksa Sarawak dan Laksa Singapura yang pasti membuat para tetamu tersenyum kepuasan.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Menu tradisional Ana dah kongsi,  sekarang Ana nak kongsi tentang sajian Timur pula. Kalau korang nak tau, sajian Timur di BGR disediakan dengan sangat sempurna menggunakan pakar teknologi terkini di mana Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan - setiap ketulan ayam dimasak sempurna memberikan rasa empuk dan berjus. Nasi ayam pula sangat empuk dan diperkaya dengan lemak ayam menjadikannya berkilau dan penuh rasa. Dilengkapkan pula dengan sos bawang putih dan halia serta cili yang pasti buat korang bertambah makan.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Untuk hidangan eksklusif Barat, jangan lupa untuk cuba signature dish dengan sentuhan gastonomik yang paling mendapat tempat di hati para tetamu - Sous  Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Tak kan jumpa dekat tempat lain. Sangat lah sedap. Confirm tak cukup 2 biji sorang. Serius ni. Kalau korang nak layan pasta pun boleh. Ada Lasagna Ayam dan Sphageti Carbonara untuk dinikmati bersama.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Dah selesai makan?? Apa kata korang cuba pula pelbagai pencuci mulut yang disediakan. Paling istimewa ialah Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat dan Tiramisu Itali. Jangan lupa cuba gelato perisa durian dan bunga kantan yang disediakan segar dan unik.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Selain itu, pencuci mulut baru juga akan dihidangkan untuk bufet Ramadan 2018 seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese CakeBlueberry Creme Brulee CakeTalas Salted CornThe Patissier Mocha Fudge CakeRed Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort


Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Ok baru selesai bab menu-menu istimewa yang ada dekat sini. Sebenarnya banyak lagi tapi tak dan Ana nak upload banyak-banyak. Kang korang pula terseksa tengok. Hehe.

Harga Istimewa Durian
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Oh ya, ini bagi peminat durian korang berpeluang untuk beli durian Musang King dan D24 masa singgah berbuka di BGR. Tapi korang kena lah tempah awal-awal lah di https://www.bgrrest.com/product/durian/.
Harga sekotak durian Musang King ialah RM110 manakala sekotak D24 ialah RM55.

CSR Restoran Bangi Golf Resort

Sepanjang bulan Ramadan tahun ni, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan.

Restoran BGR juga mengamalkan konsep SIFAR PEMBAZIRAN di mana Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan yang masih elok dari bufet Ramadan untuk diberi kepada yang memerlukan.

Harga dan Cara Menempah

Untuk memeriahkan suasana iftar, persembahan muzik secara langsung akan di adakan bermula pukul 6.30 petang -9.30 malam. Untuk keselesaan para tetamu, ruang surau dan ruang parkir yang luas turut disediakan. Bagi yang berminat untuk BERIFTAR di Restoran BGR, korang boleh membuat tempahan sekarang di nombor hotline di bawah ini :

Harga :
RM59 - dewasa
RM29.50 - kanak-kanak

Hotline :
1-700-81-8557

Email :

Laman Sesawang :

Facebook :

Instagram :
















43 comments:

  1. Amboi sedap nyaaa. terliur rasa hehe
    btw, salam singgah.
    jemput join segmen blogwalking saya
    https://mushyzaini.blogspot.my/2018/04/segmen-blogwalking-musfirahzn.html

    ReplyDelete
  2. Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma menu ni paling fav sbb tkde kt tmpt lain...yummmy...bgr menu meriah..harga pn murah

    ReplyDelete
  3. puas makan ada banyak pilihan makanan dan pencuci mulut

    ReplyDelete
  4. Murahnya harga buffet ramadhan di BGR nie ye Kak Ana. Tak sabar nak bawak family berbuka pusa di sini. Betul, sous vide egg tu sangat mendapat tempat di hati pengunjung. Signature dish BGR. Sangat recommended !

    ReplyDelete
  5. Berbaloi sangat harga tu dengan makanan yang disediakan..

    ReplyDelete
  6. Wah, tempat paling murah tawaran harga bufet Ramadhan yang saya tahu sekarang ni. Bolehlah nak cuba nanti. Tak pernah pergi lagi sini.

    ReplyDelete
  7. fulamak.. sampai 200 tuh.. tak termakan dah ni tak tau nak mula dgn mana satu semua sedap2

    ReplyDelete
  8. Perghhh! merana segala usus perut hahah >_<
    .
    Nice review kak Ana ^^


    ReplyDelete
  9. Iris mmg tiap tahunn book buka puasa kat sini.. Nampaknye tabun ni macam da bertambah menu yang sedap2.. Harga pun mampu milik hihi

    ReplyDelete
  10. menu2 dia mmg best..harga pun mampu bayar..murahhh sgtt

    ReplyDelete
  11. Alaaa... Kejam nya entry pasal makan-makan ni. Banyak betul sampai lebih dari 200 jenis hidangan. Rambang mata sebab banyak sangat makanan. Harga pon murah juga ni.

    ReplyDelete
  12. masa pergi haritu teringin sangat nak cuba Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma tapi time tu dia tengah masak lagi so sad sampai tertinggal pula bag adelia...
    adush tak sabar ni nak tunggu tahun ni punya ramadhan tak lama lagi ni..

    ReplyDelete
  13. Tudiaaa kemain banyak menu berbuka puasa dekat sini. Semua nampak sedap pulak tu, harga pun murah :)

    ReplyDelete
  14. Harga buffet memang diantara yang terendah lah. Kalau nak solat terawih boleh gi kat Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi yang dekat juga dengan BGR ni. Cuma harap2 ramadan ni kalau boleh tak lah packed sangat pengunjung sampai tak rasa selesa pulak. Seleksi makanan memang ok.

    ReplyDelete
  15. ana, kalau la dgn baca blog boleh gemok, aida da obesiti dah ni tau :) ha ha ha
    untung la ana bersilih ganti ke review buffet ramadhan.
    alhamdulillah... bgr ni aida perati every year jemput blogger ekk.
    mcm berkenan plak nak gi berbuka sana, ana.
    aida kan skang tiap minggu naik bangi, blaja hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  16. Selamat berpuasa nnt! Harga buffet Ramadhan BGR ni pelbagai dan jugak ada pasta kegemaran ank sy MR ni, blhlah enjoy mkn skali dgn keluarga dan kawan2.

    ReplyDelete
  17. Harga kasih sayang ni...lebih murah harga...lebih terbuka luas peluang untuk setiap kita menikmati buffet Ramadhan..terutama yang mempunya ahli keluarga yang ramai dan besar....setahun hanya sekali (sebulan)

    ReplyDelete
  18. Every year pergi sini memang banyak pilihan makanan..sampai kadang tak tau nak mula makan yang mana satu..well kambing panggang tetap win la dalam mana- mana buffet ramadhan

    ReplyDelete
  19. Ana, hari itu, I pun ada pergi ke Bangi. Enjoy sangat makanan kat situ. Lot of varieties and the price is affordable too.

    ReplyDelete
  20. menu yang ditawarkan tak mengecewakan pengunjung. terbaik!

    ReplyDelete
  21. sedapnyaaa smua menu ni kak anaa.. harga pun berpatutan..

    ReplyDelete
  22. Ya ampun Kak Ana. Ni semua menu yang Kak Ana kat FB tu kan? Lapar perut kita. Banyak menu diorang offer kali ni kan. Berbaloi la dengan harganya.

    ReplyDelete
  23. perghh sampai 200 menu tu..kalau jamah sikit sikit pun belum tentu boleh rasa kesemua menu tu kan. Tapi sangat berbaloi dengan harga rm59 tu.

    ReplyDelete
  24. uih..siap ada durian lagi..menu pun pelbagai..mau fengsan kekenyangan ni...

    ReplyDelete
  25. Salam selasa, Saya singgah blogwalking. Mewah betul berbuka puasa, tapi menghayati semangat ramadhan atau tidak?

    ReplyDelete
  26. Wah, murahnya harga iftar nie dan nampak semua makanan menyelerakan..

    ReplyDelete
  27. bgr ni antara tempat berbuka yg agak murah klu dibandingkan dgn tempat lain. Berbaloi sbb ada byk jns makanan yg ditawarkan kat situ

    ReplyDelete
  28. perghhh murah dan banyak menu best2

    ReplyDelete
  29. Mama tumpang lalu petang petang ni. Banyak nya lauk. Elakkan pembaziran. Makan biar habis

    ReplyDelete
  30. Sous vide egg with mushroom espuma memang sedapkan Ana. Menyesal plak ambil satu je. nak tambah lagi segan pula.tapi memang menu semua best best

    ReplyDelete
  31. Harus bulan puasa ni sis akan ke sana lagi. Memang rugi kalau tak gi..makanan dia pelbagai and sedap-sedap pulak tu

    ReplyDelete
  32. Tahun ni tak dapat ke preview buffet ramadhan di BGR. Sedih yang amat sangat,huhu.... Apapun, harga dia memang power gila! Murahhhhh dan sangat berbaloi!

    ReplyDelete
  33. Seriously RM59 jer utk lebih 20o hidangan???omgeee murah n berbaloi kot...patut la ramai orang suka berbuka dekat sini bawak kaum family kan

    ReplyDelete
  34. RM 59 utk 200 hidangan. Memang best. Cuma BGR ni stail macam Pasar Malam. Sepadat-padat manusia. Meja rapat-rapat dan makanan habis cepat, top up lambat. Dah la manusia ramai. Itu pengalaman ruby masa berbuka dengan keluarga. Dua meja bulat kami booking. Harap tahun ini mereka lebih teratur. Makanan memang sedap. Itu terbaik.

    ReplyDelete
  35. tak sangka, iftar dekat Bangi Golf Resort, murah gilerrrrr.... Patutlah setiap tahun penuh je....

    ReplyDelete
  36. mau berpinar mata tengok semua makanan makanan kat sini hahaha

    ReplyDelete
  37. Puashati kan kat sini, banyak pilihan dan harga pun berbaloi sangat..

    ReplyDelete
  38. Bayar rm59 untuk 200 hidangan? Berbaloiii

    ReplyDelete
  39. fulamak sedapnya.. banyak plak tu menu dia kalau akak tak tau dah nak mula dgn yg mana satu.. rambang mato

    ReplyDelete
  40. cerianya tengok desserts dekat sini! Satay kalau lembut memang happy nak makan banyak :D

    ReplyDelete
  41. Sedap-sedap pilihan makanan kat sini. Berselera betul.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤