Pelancaran Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask - Ana Suhana

Mar 17, 2018

Pelancaran Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask


Pelancaran Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask| Assalamualaikum. Ana yakin ramai di antara kita yang suka pakai mask kan. Tahu tak yang penggunaan mask yang teratur dapat mengekalkan kelembapan dan seterusnya menjadikan kulit kita lebih cantik dan sihat. Oleh itu bagi peminat kecantikan yang arif, Pelancaran Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask dapat membantu korang untuk mendapatkan apa yang diidam.
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Pelancaran Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask

Jumaat yang lepas Ana berpeluang untuk menghadiri masjlis Pelancaran Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid di TTDI. Majlis pelancaran berjalan dengan sangat meriah dengan kehadiran istimewa Dr. Jou itu sendiri serta Venice Min - ikon media sosial. Venice Min turut berkongsi kepada para tetamu tentang pengalaman beliau menggunakan rangkaian mask Dr. Jou ini.
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Untuk pengetahuan korang, mask Dr. Jou merupakan mask berteknologi tinggi yang tertumpu kepada penciptaan aktif yang baik untuk kecantikan kulit kerana mask ini adalah dari makmal yang sama dengan mask Dr. Morita yang terkenal kerana rangkaian masknya yang berkesan. Hasilnya adalah setaraf dengan pusat kecantikan professional.

Rangkaian mask ini di asaskan dari bahan semulajadi dan juga ramuan warisan Asia seperti sarang burung tremella dan roselle khas untuk kulit orang Asia serta terdapat juga 6 intipati Asid Hyaluronik yang berbeza yang diimport dari Jepun dalam kesemua rangkaian mask Dr. Jou iaitu :

✅  Sodium Hyaluronate
✅  Hyaluronate Sodium Hyaluronate
✅  Asid Hyaluronik Hidrolisis
✅  Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate
✅C12-13 Alkyl Glyceryl Hydrolyzed Hyaluronate
✅  Sodium Acetylated Hyaluronate.

Rangkaian mask Dr. Jou Essence Hyaluronic Acid ini terdiri dari 6 jenis mask iaitu:

1. Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Mengandungi Hyaluronic Acid dengan pelbagai saiz molekul untuk penyerapan yang lebih baik, ekstrak Squalane, Vitamin B5 dan Tremella untuk kulit yang lebih lembap.

Jenis Kulit : Semua jenis kulit, terutamanya kulit kering. Gunakan sebelum make-up untuk kulit yang lebih cantik dan menawan.

2. Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Whitening Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Ekstrak Squalane, asid tranexamic, mulberi putih, hempedu naga Eropah dan alga besar yang bekerja secara sinergis untuk hasil kulit yang lebih putih.

Jenis Kulit : Semua jenis kulit, terutamanya kulit kusam.

3. Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Brightening Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Untuk kulit yang lebih cerah dan berseri dengan ekstrak Squalane, pati mawar tulen, asid salami, hypericum, aesculus, hazel dan ivy.

Jenis Kulit : Kulit kering dan kulit kusam.

4. Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Revitalizing Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Kulit yang letih boleh bertenaga semula dengan ekstrak makanan wain, susu soya, Luo Shen Hua, barli, sarang burung, Q10, royal jeli dan zarah platinum.

Jenis Kulit : Semua jenis kulit, terutamanya kulit kering dan dehidrasi.

5. Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Soothing Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Ekstrak susu soya, luo shen hua, barli, ekstrak sarang burung, Q10, ekstrak royal jeli dan zarah platinum berfungsi untuk merawat keradangan kulit serta baik untuk kulit sensitif.

Jenis Kulit : Semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak, kulit sensitif dan kulit berjerawat. Baik untuk kulit yang terbakar akibat sinaran matahari.

6. Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Luminous Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Pengekstrakan squalane, ekstrak daisy, ekstrak lily, ekstrak licorice, dan ekstrak mengekalkan pori-pori yang bersih dan menghaluskan serta melicinkan kulit.

Jenis Kulit : Semua jenis kulit, terutamanya kulit kering dan kulit sensitif

Kesemua produk Dr. Jou kini boleh didapati di Watsons di seluruh negara pada harga RM38.90 sekotak (5 helai mask). Untuk maklumat lanjut, sila layari  :


Instagram :


Latarbelakang Tentang Dr. Jou ( CEO Dr. Jou Biotech Co., Ltd & Ketua Perunding Penyelidikan Dr. Morita)

Sejak 1998, Dr. Morita telah menggunakan teknologi Jepun dalam penciptaan mask kecantikan dan produk penjagaan kulit untuk memenuhi keperluan pengguna di Taiwan. Lebih daripada 200 jenis mask telah dihasilkan sejak itu.

Pada masa ini, mask kecantikan ini boleh didapati di lebih daripada 10 negara di seluruh dunia. Jenama ini diakui sebagai salah satu pakar penjagaan kulit gred perubatan. Matlamat jenama ini adalah untuk memberikan pengguna dengan produk yang selamat, berkesan dan mudah diguna. Jenama ini sangat mementingkan kualiti pada produknya.
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask
Pilar labelnya adalah Dr. Jou itu sendiri. Dr. Jou bukan hanya seorang doktor perubatan klinikal tetapi juga Ketua Eksekutif Dr.Jou Biotech Co. Beliau kini mengetuai jabatan penyelidikan dan pembangunan mask dan produk penjagaan kulit. Beliau adalah ahli Persatuan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Persatuan Taiwan. Atas usaha dan semangatnya yang berterusan, beliau telah menghasilkan lebih daripada 10 bahan ramuan yang telah dipatenkan dan menerbitkan beberapa tesis akademik berdasarkan penyelidikanya.

Pada tahun 2016, Dr. Jou telah melancarkan rangkaian produk sulungnya, Dr. Jou 6 Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask yang terdiri daripada 6 jenis ramuan Botox mask dan barang penjagaan kulit. Produknya telah dilancarkan di Taiwan, Hong Kong, Jepun dan negara-negara lain.

Pada tahun 2017, jenama Dr. Jou telah dianugerahkan oleh International Recognize Monde Selection sebagai label yang berkualiti.


>>> Event and PR by EverQuest <<<

32 comments:

  1. Ooo ada kat watson eh..bleh la skodeng

    ReplyDelete
  2. Boleh usha dekat watson lpas nih..eh ana pergi eh..mimi xdpt la nak join

    ReplyDelete
  3. Ada banyak jenis mengikut kesesuaian kulit...lagi satu ada sarang burung yang merupakan salah satu bahan yang terkandung dalam mask ni...biasanya yang kita tahu sarang burung untuk minuman...menarik.

    ReplyDelete
  4. airah memang minat mask dr morita tu lepas ni kena try dr jou pulak laa


    btw jum join segmen airah : http://www.airahsyahirah.com/2018/03/segmen-cari-bloglist-sebulan-by-airah.html

    ReplyDelete
  5. Banyak juga jenis mask nya mengikut kesesuaian kulit. Baguslah..

    ReplyDelete
  6. Wahhh.... Bestnya.... Ade kat Watson ye.. Okay best sangat ni.. Senang nak cari..hehe..

    ReplyDelete
  7. Produk yang terbaik utk sesiapa yg pentingkan kecantikan lebih-lebih lagi Dr Jou ni pakar kecantikan disebalik jenama dr Morita yg terkenal tu kan

    ReplyDelete
  8. produk dari pakar kecantikan sure produk bermutu, nak kena pergi watson ne

    ReplyDelete
  9. senang lah kalau watson ada produk ni...boleh survey nanti

    ReplyDelete
  10. Suka jugak pakai mask. Fefeeling canteks gituu. Tapi, sangat jaranglah pakai citer dia. Hihi

    ReplyDelete
  11. Bestnya. Dapat jugak invitation ni. Tapi tak dapat nak join.

    ReplyDelete
  12. wah best nya dapat invitation
    ada lebih tak mask tu?
    nak satu
    haha

    ReplyDelete
  13. Bagus ya mask nie ada pilihan ikut jenis kulit, Kak Sue tak tau sangat baru nak cuba-cuba. Rugi tak dapat join event nie hari tu..

    ReplyDelete
  14. makin cantik lakulit ana nanti.. sebenarnya bagus klau pakai masksecara consistence

    ReplyDelete
  15. bestnya....kita pun suka pakau mask

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kenapa pulak pakau ni..haha..typo..pakai

      Delete
  16. Menarik tgok dia pya produk nti boleh terjah watson

    ReplyDelete
  17. Singgah blogwalking. Selamat pagi puan ana.

    Facemask baru keluar ya

    ReplyDelete
  18. suka jugak pakai mask ...tambah kalau mask yang ada kategori dan sesuai untuk jenis kulit tertentu

    ReplyDelete
  19. Marsha peminat mask...nanti nak cuba mask ni. Nampak best je

    ReplyDelete
  20. Cantik kotak dia.. pakai sendiri pun best.. Buat gift pun okay juga nie..

    ReplyDelete
  21. Saya dah try masker Dr Jou memang elok Dan moisture

    ReplyDelete
  22. boleh lah try mask ni setiap hari kan..

    ReplyDelete
  23. Banyak betul pilihan Mask, boleh tukar-tukar penggunaan setiap hari. Best setiap hari dapat manjakan kulit.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  24. mcm menarik mask2 ni.
    nanti boleh try

    ReplyDelete
  25. bru tau dkt watson ada. busyra slalu jgk p watson. nnti boleh usha2.

    ReplyDelete
  26. Mcm best je ni boleh,try brand ni plak

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤