Petua Kulit Cantik Secara Semulajadi Hanya Dengan Tomato - Ana Suhana

Dec 10, 2017

Petua Kulit Cantik Secara Semulajadi Hanya Dengan Tomato


Petua Kulit Cantik Semulajadi Hanya Dengan Tomato | Assalamualaikum. Dah jadi lumrah orang pompuan ni kalau boleh nak dapatkan kulit yang cantik, cerah, genu, flawless dan macam-macam lagi lah. Sebab tu ada yang sanggup berhabis duit untuk dapatkan kulit yang cantik dengan membeli pelbagai produk kecantikan yang melambak di pasaran dan juga ada yang setiap bulan menjalani rawatan muka di pusat rawatan kecantikan. Macam Ana sendiri, terus terang Ana bagitau yang Ana memang tak pernah amik sebarang produk kecantikan kerana fobia tengok banyak kes buruk yang berlaku saban hari.  Nak ke pusat rawatan pula perlukan kos yang tinggi walaupun hati ni teringin nak gak berfacial bagai kan. Jadinya moh lah kita rawat muka dengan cara yang lebih selamat dengan bahan-bahan semulajadi yang ada dekat dapur rumah. Selain selamat, ianya juga tidak menelan belanja yang besar. So hari ni Ana nak share dengan korang semua petua kulit cantik secara semulajadi hanya dengan tomato.



Khasiat Tomato untuk Kesihatan Badan

Tomato kaya dengan vitamin A, B1 dan C. Warna merah tomato yang disebabkan oleh likopena iaitu sebatian semulajadi (karotenoid) dikatakan mempunyai kebaikan antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan badan dan juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dengan melawan kesan kerosakan sel kulit akibat radikal bebas.

Baca juga : Cara Mudah untuk Mengatasi Kanser

Khasiat Tomato untuk Kulit Wajah

Tomato dikatakan boleh mengawal  dan mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah. Sebum yang terlalu banyak boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan ini akan mengaktifkan pertumbuhan jerawat dan parut pada wajah.

Selain itu tomato bertindak sebagai pelindung matahari dan membantu mencerahkan kulit.

Pengambilan tomato setiap hari mampu melawan kerosakan sel dan seterusnya membantu kulit kelihatan lebin anjal dan mengurangkan garis halus.

Petua Kulit Cantik dengan Tomato

Ada pelbagai cara yang korang boleh buat  untuk dapatkan kulit yang cantik dengan tomato. Antaranya :

1. Makan tomato begitu saja untuk mendapatkan nutrisi dan kandungan air yang tinggi bagi melembapkan kulit.

2. Untuk merawat liang roma yang terbuka, campurkan 4 sudu jus tomato dengan 1 sudu air. Kemudian sapu keseluruh muka dan biarkan selama 15 minit sebelum di cuci. Jus tomato juga boleh menyingkirkan kulit mati dengan gosok secara bulat pada kulit wajah seperti skrub muka. 

3. Bagi mendapatkan warna kulit yang sekata dan menyerikan wajah, hiris tomato kepada kepingan nipis kemudian gosok pada kulit wajah sehingga jus menyerap ke dalam kulit. Biarkan seketika sebelum dicuci. 

4. Untuk merawat masalah kulit seperti masalah penuaan, kisar tomato untuk dijadikan mask ketika tidur dengan menyapu ke muka. Dan bilas keesokan pagi.

5.  Bagi masalah jerawat dan ruam panas, belah tomato kemudian amik isi tomato dan sapu pada wajah selama 1 jam. Lakukan secara konsisten untuk kesan ketara.


Sumber : Harian Metro 




28 comments:

  1. Selalu buat masker jugak. Hancurkan, letak 15 ke 20 min dekat mukaa. Segar!

    ReplyDelete
  2. PC biasanya tomato ni masukkan pada menu yang bersesuaian kak Ana...kalau buat mask belum pernah lagi..tapi boleh dicuba juga..

    ReplyDelete
  3. bolehla beli tomato banyak2 lepas ni...

    ReplyDelete
  4. Kawan saya yang makan tomato macam makan snek, kulit dia cantik sangat! Saya jealous :D

    ReplyDelete
  5. Dulu tak makan tomato, tapi sejak dok u berkawan dengan org yg suka tomato terus suka makan sejak itu..

    ReplyDelete
  6. Petua yang baik untuk semua orang.. Haish Husniey duk terbayang rehatkan muka letak tomato kat muka.. sejukkk.. 😍😍

    ReplyDelete
  7. yes yes betul. tomato is really good

    ReplyDelete
  8. dulu selalu jugak buat tapi sejak tomato mahal malas dah buat :P

    ReplyDelete
  9. Kak Sue memang suka makan tomato, tapi belum pernah buat mask lagi. Boleh cuba nanti nie..

    ReplyDelete
  10. Bagus ni ana...akk suka mkn tomato

    ReplyDelete
  11. Yes kita pernah dengar memang tomato sesuai untuk kulit yang cantik sebab tu ramai orang barat makan buat tomato .....

    ReplyDelete
  12. saya suka tomato, lagi2 bila makan ngn asam boi.. omg sedapnya masam2 manis.. see terus kecur air liur hahahah

    ReplyDelete
  13. Selalu CCL guba tomato ni untuk skin . Blend tomato ... bekukan dalam peti sejuk dalam bekas kiub ais , lepas cuci muka boleh start sapu pada muka

    ReplyDelete
  14. Suka makan tomato begitu aje. Potong-potong dan makan macam makan buah potong.

    ReplyDelete
  15. Gonna try, but rasa sayang nak guna tomato tu. Kat US tomato mahal sangat. TT

    ReplyDelete
  16. Menarik dan mudah nak wat..ok ptg ni pergi beli tomato blah sama2 wat dgn si ank dara saya..tq

    ReplyDelete
  17. pelbagai khasiat tomato ni, nak dapat semua tu kena konsisten dan rajin kan sis =D

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Wrmbth, Salam isnin dari Maznee

    Tomato bagus untuk elak kanser

    tapi jangan makan banyak sangat lah

    sebab ada oxalate, penyebab batu karang

    makan sederhana

    ReplyDelete
  19. Dulu rjin wat skrub tomato.gsok2 sbjik tu kt muka. tp skrg kmlsn skit.hee

    ReplyDelete
  20. TB pernah gak buat masker atau scrub guna tomato.. tapi x suka bau dia...huhuhu.. tb pun makan buah tomato tapi kalau buat tomato tu dicampur dengan kuah kari atau kuah2 lain. mskan gitu x lalu haha

    ReplyDelete
  21. Saya suka makan tomata, tapi kulit belum lagi licin-licin dan cantik.. rupa-rupanya, banyak cara lagi untuk jadi cantik.. haha~

    ReplyDelete
  22. tomato mmg sngt bagus.. busyra suka makan tomato.. hehe

    ReplyDelete
  23. Tomato banyak khasiat dan bagus untuk kulit dan kesihatan. Selain tomato, lemon dan timun pun berkhasiat untuk kulit

    ReplyDelete
  24. Tomato memang terkenal dengan khasiatnya.. Saya suka sangat dengan tomato, sampaikan makan macam makan buah-buahan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤