KFC Chizza Chicken x Pizza. Sedap ke??


KFC Chizza Chicken x Pizza. Sedap ke??| Assalamualaikum. Hari ni nak buat entri santai je. Rasa lemau nak buat entri panjang-panjang. Dengan keadaan cuaca mendung ni lagi lah berganda rasa lemau tu. Haha. So hari ni nak cerita tentang KFC Chizza Chicken x Pizza yang tengah hot di pasaran hari ni. Saban hari ada je iklan KFC Chizza ni dekat tv dan radio.
KFC Chizza Chicken x Pizza
KFC Chizza Chicken x Pizza
KFC Chizza Chicken x Pizza. Sedap ke??

Bila banyak persaingan dalam industri yang sama, satu-satu syarikat akan sentiasa ada sesuatu yang baru untuk dipromosikan untuk attract customer. Dan baru-baru ni KFC memperkenalkan KFC Chizza Chicken x Pizza memandangkan KFC dan Pizza bernaung di bawah satu bumbung yang sama.

Macam biasa lah kalau korang nak merasa KFC Chizza ni korang boleh pilih nak beli secara ala carte, kombo atau set ikut bajet sendiri.
KFC Chizza Chicken x Pizza
KFC Chizza Chicken x Pizza
Kalau ikut susunan komposisi yang ada di Chizza ni based dia ialah Hot & Spicy Chicken Fillet instead of dough pizza based. Kemudian bahagian topping ada sos tangy pizza, kepingan nenas, keju mozzarella, hirisan bawang dan akhir sekali chili flakes.

KFC Chizza Chicken x Pizza
KFC Chizza Chicken x Pizza
Sedap ke KFC Chizza ni? Bagi Ana personally boleh tahan lah rasa dia. Pelbagai rasa dalam satu suapan gitu. Ada rasa pedas, masam, manis semua. Berbanding pizza, Chizza ni tak lah memuakkan sangat sebab ayam Hot & Spicy Chicken yang di gunakan tu. 
KFC Chizza Chicken x Pizza
KFC Chizza Chicken x Pizza
Ana makan Chizza ni saja dah rasa kenyang walaupun isi ayam tu tak tebal mana. Maybe sebab topping tu buat kita rasa full cepat. Kalau ikut realiti tak lah petak Chizza ni kan. Memang akan berbeza. Tue standardah kan cuma komposisi yang Ana dapat ni lebih kurang macam yang dalam gambar iklan tu cuma keju mozzarella tu tak lah panjang mana masa kita tarik masuk dalam mulut.
KFC Chizza Chicken x Pizza
KFC Chizza Chicken x Pizza
KFC Chizza Chicken x Pizza
KFC Chizza Chicken x Pizza
Overall nak kata sedap sampai nak repeat tu takde lah sangat. Ana lagi suka wrapper yang sebelum ni. Yang tu Ana ada lah beberapa kali repeat . En Suami pun kata yang sama tapi kalau korang nak try rasa boleh je. Kot-kot kena dengan selera korang kan. Berbaloi untuk cuba?? YES!!

KFC Chizza Chicken x Pizza. Sedap ke?? Reviewed by Ana Suhana on December 17, 2017 Rating: 5

27 comments:

  1. tekak orang tak sama kan..hehe. nak tau kena rasa sendiri. tapi tengok gambar memang menyelerakan

    ReplyDelete
  2. Selera masing-masing kan Kak..lama tak makan pizza atau kfc..tengok kawan-kawan kongsi gambar..dan pendapat ada yang kata ok..ada yang kurang berpuas hati...pendapat pun main peranan..

    ReplyDelete
  3. Saya memang tak dapatlah nak merasa KFC Chizza ni.

    ReplyDelete
  4. dah makan 2 kali dan bercadang nak makan lagi japgi hehehehehe

    ReplyDelete
  5. ayam kfc sekarang dah kecik kecik kn.. xmcm dl.. harga set die bleh tahan mahal tp bleh cuba.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Not planning to try it sebab not a fan of sour sauce pizza..

    ReplyDelete
  7. it taste okay to me. but not gonna have it again i guess. hehe

    ReplyDelete
  8. Alahai makan kfc ni menu dia pusing kat situ je

    tambah sos spageti dan cheese dah harga naik

    ReplyDelete
  9. Thanks for the review. Tekak masing lain-lain kan? hehe...belum try lagi ini.

    ReplyDelete
  10. yang beli online mmg mahal cket rasanya. ritu beli ala carte dlm rm7.50 je kowt rasa . eh ya kaa. haha. okay yang penting memang sedap lagi2 rasa cheese tu

    ReplyDelete
  11. woah nampak sedap je bila tengok gambar tu haha

    ReplyDelete
  12. Dah try dah. Outlet yg Mimi pergi ni xsedap chizza dia. Xrasa apa. Tp outlet lain okey je rasa. Depends on outlet jugak kan

    ReplyDelete
  13. Dah rasa sekali.....ok lah...memang tak mengeyangkan...sebagai pencuci mulut jer..
    Not bad, ayam and ayammmmmiiiee...hehe

    ReplyDelete
  14. alahaiii kak anaaa. dapnyaaa. busyra nak beli. tp tak beli beli pun lagiii..

    ReplyDelete
  15. Kak Sue dah rasa hari tu, boleh tahan lah kan Ana..

    ReplyDelete
  16. kena rasa sendiri. smlm makan kfc lupa lak nak pesan

    ReplyDelete
  17. Dilah dah try.. okla rasa dia.. rasa cepat kenyang.. cuma sos dia tu x berapa sgt kot bg dilah.. tp untuk nak try sesuatu yg baru tu ok jer kan..

    ReplyDelete
  18. Kalau nak pizza baik makan pizza

    Heheh

    Lagipun ayam zinger tu dah ber tepung

    masin nya mesti dominan

    ReplyDelete
  19. Dah rasaa. Macam indah khabar dari rupaa je. Tak puas hati sebab kecik jerr. Tak kenyang. Hahaaa

    ReplyDelete
  20. gambungan dua nm KFC & pizza..nmpk crunkcy sgt ayam tu

    ReplyDelete
  21. Selalu jugak saya singgah ke KFC tapi tak terbeli lagi chizza chicken nie..

    ReplyDelete
  22. sedap Ana, laki akk tetiap minggu beli hehehe

    ReplyDelete
  23. Tak cuba pun lagi.. Tak minat sangat.. Hehehe..

    ReplyDelete

  24. your info is quite helpful to forever.Keep it up and thanks to the writer.

    https://www.lukhidiamond.com/LOOSE-DIAMONDS

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.