Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon - Ana Suhana

Sep 8, 2017

Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon


Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon | Assalamualaikum. Balik dari bersampan menyusuri Delta Mekong, memandangkan semua dah makan, kami di beri masa untuk berehat dan solat di bilik hotel dan akan berkumpul semula pada masa yang ditetapkan untuk menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan menaiki cruise malam di Sungai Saigon. Namun ada juga ahli rombongan yang tak turut serta ke water puppet sebab ianya adalah optional. Memandangkan Ana memang tak niat untuk bershopping jadi Ana pilih untuk ke water puppet. Bila lagi kan nak tengok salah satu persembahan kebanggaan orang Vietnam ni.

Baca juga : Tempat Menarik di Vietnam : Pejabat Pos Pusat Saigon

Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon


Tempat Menarik di Vietnam: Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon


Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon

Kalau nak tahu, water puppet merupakan salah satu tradisi yang bermula sejak abad ke-11 dan berasal dari utara Vietnam iaitu dari daerah Red River Delta. Puppet yang digunakan diperbuat daripada kayu dan kemudian di lakuer bagi memanjangkan hayat dan kualiti kayu tersebut. Di namakan water puppet kerana persembahan water puppet di lakukan di dalam kolam renang paras pinggang dan puppet akan di sokong dengan batang buluh yang besar di bawah air dan di kawal oleh tok dalang yang bersembunyi di belakang skrin dan diiringi dengan muzik tempatan di kanan kiri kolam. Memang mengagumkan bila tengok bagaimana tok dalang mengawal puppet-puppet yang berada di atas air tu sebab semua nampak lancar je. Ada babak kejar mengejar, tari menari, persembahan naga, bercucuk, tanam, perlumbaan bot dan banyak lagi. Memang tak rugi Ana pilih untuk ke sini. Harga tiket sekitar RM40++. Nampak mahal tapi berbaloi.
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon

The Golden Dragon Water Puppet Theatre n di buka kepada 3 sesi sahaja sehari iaitu pada pukul 5.00 , 6.30 dan 7.45 petang. Nak menonton water puppet ni kena booking awal-awal sebab setiap sesi akan sentiasa penuh. Masa Ana masuk ke dewan tu dah ramai penonton dalam tu. Mat Salleh pun ramai yang menonton water puppet ni tau. Di sebabkan lepas dari water puppet Ana akan menaiki cruise pula, jadi tour guide book slot pertama untuk kami iaitu pada pukul 5 petang. Persembahan water puppet ni mempunyai 16 cerita tempatan untuk tontonan para pengunjung dan mengambil masa sekitar 50-60 minit. Masa persembahan pertama Ana memang blurr habis sebab tak faham apa yang di cakapkan sebab dorang fully guna bahasa Vietnam. Tapi lepas persembahan seterusnya Ana macam dah dapat agak lah cerita tu pasal apa.
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon

Dari teater water puppet tu Ana terus ke Sungai Saigon untuk menaiki cruise malam pula. Cruise yang Ana naik tu ada 3 tingkat dan Ana di tempatkan di tingkat 2.
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon

Memang full house cruise malam tu sebab ramai yang datang untuk makan malam sambil bercruise menyusuri Sungai Saigon. Ana dan ahli rombongan hanya di hidangkan dengan air teh dan buah-buahan tempatan kerana dinner kami telah di tempah di restoran halal berdekatan hotel.
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon

Sepanjang lebih kurang sejam di atas cruise tersebut Ana dapat menikmati pemandangan waktu malam kota Ho Chi Minh dari sisi Sungai Saigon. Banyak juga cruise dan bot dengan hiasan lampu yang berwarna-warni turut sama menyusuri Sungai Saigon tersebut. Untuk pemandangan yang lebih baik Ana ke arah deck kapal. Rupanya ramai orang dekat sini dah. Tapi agak selesa juga sebab dapat rasa angin malam berbanding duduk di dalam cruise tu saja.
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon

Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon
Tempat Menarik di Vietnam : Menyaksikan The Golden Dragon Water Puppet Theatre dan Menaiki Cruise Malam di Sungai Saigon

Terdapat juga persembahan nyanyian dan silap mata untuk tontotan pengunjung di bahagian tengah kapal. Lagu yang dinyanyikan kebanyakan lagu Inggeris. Cuma bab silap mata tu agak mengerikan juga lah. Dah lah pakaiannya agak menjolok mata sampai kena edit nak upload dalam blog ni. Segan pula Ana nak tengok. Hehe. Pengunjung yang lain bukan main seronok tengok persembahan silap mata tu. Siap yang bagi tips lagi tanda mereka puas hati dengan aksi-aksi yang ditonjolkan.

Lepas puas bercruise kami terus di bawa ke restoran halal untuk menikmati makan malam. Lepas makan merupakan aktiviti bebas. Dan for sure aktiviti tu di penuhi dengan window shopping sebab malam tu merupakan malam terakhir di Ho Chi Minh City. Dekat mana Ana shopping nanti Ana share dalam entri seterusnya.








24 comments:

  1. menarik tu kalau akak pun nak tengok juga persembahan water puppet tu, ye lah bukan selalu dapat tengokkan

    ReplyDelete
  2. Water puppet unik.. Syok naik cruise tu tgk view mlm

    ReplyDelete
  3. dh banyak kali ke SGN tapi xpernah tengok waterpuppet sbb group sibuk nk shopping heehhe

    ReplyDelete
  4. Wahhh...bestnye ana dah jejak kaki ke sana..
    Hope lepas ni LeYa juga akan turut jejak.

    ReplyDelete
  5. Shopping sana murah kan sis... betul tu, bila lagi nak tengok budaya tempatan kan... menarik semua...

    ReplyDelete
  6. Pandai diaorang buat tarikan pelancong dgn buat Water Puppet Theatre ni ye Ana. Kat tempat kita rasanya tak de lagi kan yg mcm ni.

    Nampak mewah cruise tu ye...

    ReplyDelete
  7. waaa best2. dah lama teringin nak tengok teater puppet tuu

    ReplyDelete
  8. Cute la sis water puppet tu..suka pulak tengok..

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya Ana..bila lah Kak Sue nak sampai ke sana..

    ReplyDelete
  10. bestnya ana dah sampai sana...ana kalau g lagi roger2 la boleh kirim kain ke tudung ke hihi

    ReplyDelete
  11. wah, seronoknya berjalan ke sana..
    water puppet tu nmppk sgt menarik..

    ReplyDelete
  12. Masa akak pi sana pun akak merasa tengok show diorang ni..mula2 x faham..tapi lama- lama seronok

    ReplyDelete
  13. Menariknya, kalaulah orang malaysia ni jaga sungai klang dan sungai gombak

    boleh naik cruise tengah bandar kl dan klang sambil makan juga

    ReplyDelete
  14. negara ini terkenal dengan film2 bertemakan perang vietnam, punya banyak tenpat yuang indah2 juga

    ReplyDelete
  15. Seronoknya. jeles betul tgk kak ana travel sana sini ;D hehe. best betul naik cruise sambil tengok theatre ni :D

    ReplyDelete
  16. Bestnya Ana jalan2 dekat Vietnam.. Banyak rupanya erk tempat menarik kat sane..

    ReplyDelete
  17. pendapat saya, kalau melancong memang berbaloi sertai aktiviti tempatan macam ni.kalau nak shopping kat malaysia pun boleh..haha.x pernah sampai vietnam lagi.

    ReplyDelete
  18. busyra tak pernah smpai ke sini lg.. bestnyaaa kak ana

    ReplyDelete
  19. Pernah tengok water puppet ni kat dalam rancangan RM time tu mereka pergi vietnam memang menarik dan tertarik Mrs. A tengok.

    Seronoknya naik cruise macam ni ferfeeling titanic hahaha...

    ReplyDelete
  20. xprasan gmbr tu kena edit oleh sis ana, mention dekat bawah tu bru ju brabis zoom hahaha

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤