Manggo Cheese Cake Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang


Manggo Cheese Cake Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang | Assalamualaikum. Semalam merupakan tarikh ulang tahun kelahiran En Suami. Kalau tahun lepas Ana buat delivery suprise dekat office En Suami. Ana bagi sebiji kek Secret Recipe untuk dia makan dengan kawan-kawan sepejabat. Tapi untuk tahun ni Ana buat lain sikit. Bukan lain apa pun just masak nasi tomato untuk satu pejabat En Suami, kemudian beli kan sebiji manggo cheese cake dan hantar ke pejabat En Suami. Boleh lah makan berjemaah dengan kawan-kawan.

Baca juga : Kafe Suria Station, Bandar Baru Selayang


Manggo Cheese Cake Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang
Manggo Cheese Cake Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang

Seawal pukul 6 Ana dah start masuk dapur. Nak masak tu tak lah lama mana tapi bab nak packing satu-satu tu yang take time sebenarnya. Walaupun hanya untuk 35 pek + 10 pek untuk family in law tapi renyah juga. Tapi sekali sekala apa salahnya kan. On the way nak ke pejabat En Suami singgah kedai kek di Gerobok Kek Pejol di Jalan Besar Selayang untuk amik Manggo Cheese Cake yang Ana tempah seminggu awal. Ana order 2 biji Manggo Cheese Cake ni. Sebiji untuk pejabat En Suami dan sebiji lagi bahagi 2 untuk family Ana dan family mertua.


Manggo Cheese Cake Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang
Manggo Cheese Cake Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang

Actually dah beberapa kali Ana order dekat Gerobok Kek Pejol ni. Dari dia jadi pembuat kek sampailah sekarang dia take over kedai kek tu. Ana suka beli kek dekat Pejol sebab Ana dan family memang sangat puas hati dengan kek yang dibuat. Rasa kek jangan cakaplah memang sedap. Tak perlu lah nak ke Kuantan semata nak rasa manggo cheese cake yang sedap dah sekarang ni. Puri mangga yang ada dalam kek tu akan terasa dalam setiap kunyahan kita tau. Rasa macam makan isi mangga je pun ada. Malah "wangi" mangga tu pun kita boleh rasa sekali. Memang tak kan menyesal lah orang kata. Harga pun murah sangat. Untuk sebiji kek ni Pejol jual hanya RM40 jer. Murah kan. Siap dengan hiasan atas kek tu lagi. Kalau beli dekat luar, satu slice je dah RM7 kan.

Ana pernah juga order Durian Mouse dekat Pejol. Masa tu memang tengah musim durian. Bau durian dekat kek tu memang kuat sangat. Bila makan rasa macam makan aiskrim durian dalam bentuk kek. Punyalah banyak puri durian dalam tu Pejol letak. Memang berbaloi-baloi. Siapa hantu durian wajib cuba Durian Mouse ni. Tapi kena tunggu musim durian lah ye. Sekarang ni susah nak jumpa durian dekat Selayang ni.

Selain dari manggo cheese cake dan durian mouse ni, Pejol juga mengambil tempahan kek untuk hantaran pertunangan, perkahwinan dan juga kek hari jadi.


Kek Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang
Kek Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang

Kek Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang
Kek Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang

Rata-rata pelanggan yang order semua sangat berpuas hati. Ada yang order kek moist coklat, kek aiskrim, kek Upin Ipin dan macam-macam lagi.


Kek Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang
Kek Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang

Kek Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang
Kek Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang

Korang kalau nak cuba kek sedap dan murah ni boleh lah contact Pejol. InsyaAllah korang pasti puas hati. Yang penting di jamin halal.

Facebook :

WhatsApp :
 +601131210011

Manggo Cheese Cake Sedap dan Murah di Gerobok Kek Pejol, Selayang Reviewed by Ana Suhana on September 21, 2017 Rating: 5

23 comments:

  1. tengok gambar pun dah tau tu sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  2. Akak suka mango cheese..utk bday celebration dania ahad ni akak tempah kek choc moist je...tempah kat kawan..bday dania isnin..tp sambut ahad

    ReplyDelete
  3. ala sedapnyaa ana....please hantar kat sini.....hihi

    ReplyDelete
  4. Apeni? Apeni? Cantek2 design kek tu. Waaaa~

    #lamanya tak menyinggah blog ni, dah bertukar rupa dah pun. Hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya, Kak Sue suka kek mango cheese tau..

    ReplyDelete
  6. Untunglah En Suami dapat Puan isteri yg rajin masak. Kenyang le ofis mate makan nasi tomato hihi...

    Ohh...area Selayang ke Pejol ni... sakanlah nampaknya org area sana mengorder ye hihi...

    Berapa sebuku kek mannga cheese tu Ana?

    ReplyDelete
  7. Sedapnya!! Dah malam2 mcm ni pandai craving nak makan kek pulak. Sobsss.

    ReplyDelete
  8. Terliuq tengok kak.minat mango cheese cake

    ReplyDelete
  9. Sedaaapnya! Nanti boleh lah tempah dekat sini jugak :)

    ReplyDelete
  10. Nampak kemas kek tu Ana..
    RM40.00 untuk sebijik cheese kek memang berbaloi..
    Mesti sedap..

    ReplyDelete
  11. wah bestnya.. akak macam nak je yg mangg tu.. bebila gi selayang nak gak la tempah.. murah tu rm40..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya tengok.. memang tempting sangat kak ana. saye memang penggemar segala jenis cheese cake. memang teringin. terus save no tu. btw ada tak delivery?

    ReplyDelete
  13. mcm2 jenis kek ana.. tp kek yg kak ana order tu menarik.. manggo cheese! nak skittt. hehe

    ReplyDelete
  14. Tengok gambar je dah teruja.. hehehe.. kejadiannya cantik..

    ReplyDelete
  15. Comelnya kek.... Harganya pun murah....

    ReplyDelete
  16. wow. sedap ni anak.
    mango cheese kek. feveret!!!
    then deko nye pon sgt kemas and menarik perhatian.
    teringat masa aida masih keje seremban, ada satu cafe jual mango cheese kek.
    mahal. berbelas RM. tapi ya Allah. sedap. time makan tu mcm nampak london :) yummy... nyaman...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.