Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall


Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall| Assalamualaikum. Cerita hujung minggu lepas. Memandangkan takde plan nak ke mana, dari pagi sampai ke Zohor melepak lah 3 beranak ni depan tv layan Sukan Sea. Lepas solat masing-masing baru terasa kelaparan. Terus cakap dekat En Suami terasa nak makan makanan asli korea di Sopoong Melawati Mall. Dia pun terus bagi green light. Apa lagi berdesup lah kami ke sana. Alang-alang dah ke arah sama boleh lah ke Garsa Kitchen sekali nak beli sandwich sedap.
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall

Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall

Masa Ana sampai dekat sana dalam pukul 3. Punyalah ramai orang dekat Melawati Mall ni. Paling ramai dekat TGV sebab katanya ada tiket free. Rupanya dekat Sopoong ni pun ramai pelanggan. Tapi masih ada beberapa meja kosong. Dah dapat meja terus minta menu dan terus order masa tu juga sebab dah boleh agak akan dapat lambat makanan tu. Ye lah tengok pelanggan yang sedia ada pun masih tak dapat makanan.

Menu dekat Sopoong ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ada set untuk nasi, set untuk noodles, ala carte dan juga side dish. Banyak juga pilihan sampai pening juga nak order. Lepas belek punya belek masing-masing dah tahu nak makan apa. 

Menu 1: Ttukbaegi Bulgogi Chicken - RM18.40
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall

Menu pilihan Ana. Masa Ana tengok menu ni Ana terus teringat menu masa Ana makan di Muree Muslim Food Itaewon. Tetiba rindu kenangan dekat sana pula. Aduh macam kena pergi Korea lagi je ni. Hehe. Lagipun tekak teringin nak hirup sup panas.
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Memang tak menyesal order sup ayam ni. Sedap sangat. Sup tu walaupun nampak pekat tapi tekstur dia sangat ringan dan rasa segar lepas makan. Isi ayam dalam tu bukan main lembut. Sampai tak boleh nak berhenti nak hirup kuah tu tau. En Suami pun tersuka dengan sup ni. Bila dah banyak hirup sup nasi pun tak boleh nak habis. Tapi kimchi sempat lah dua kali refill.


Menu 2: Bulgogi - RM20.28
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Menu ni pilihan En Suami. Dia kalau makan makanan Korea wajib order bulgogi style masak macam ni sebab tu je yang mampu dia telan. Lepas tu kena ada kimchi. Dari tak boleh nak hadam kimchi tu, sekarang ni tak boleh tak order kimchi. Hehe. Kalau ikut kan dua-dua menu yang kitorang order ni isi dalam tu sama je. Ada grass noodles, cendawan, sayur dan daging / ayam. Cuma cara masakan jer berbeza.
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Bulgogi ni ada dua saiz. Satu saiz kecil satu saiz besar. Yang Ana order ni hidangan saiz kecil. Boleh makan untuk 2 orang. Tu pun tak terhabis sayur-sayur dan grass noodles dalam tu. Di hidangkan di atas alat yang ada "api" bawah tu. Jadi makanan kita akan masih panas masa kita makan.

Menu 3: Jjajangmyeon - RM16.90
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Kalau siapa fan Running Man atau drama Korea mesti korang perasan yang orang Korea ni suka sangat makan Jjajangmyeon kan. Pada yang tak tahu, Jjajangmyeon ni sejenis mee berkuahkan kicap kacang soya. Kena kacau rata sampai kena semua mee tu. Rasa jjajangmyeon ni masin-masin sikit. Mula-mula makan ok lagi tapi lama-lama agak memuakkan juga. Boleh kongsi dengan dua orang juga mee ni sebenarnya.

Ketiga-tiga menu dekat atas ni datang dalam set yang ada nasi (except for Jjajangmyeon) dan free flow banchan. Banchan dia ada 3 iaitu kimchi, cucumber salad dan macaroni salad. Ketiga-tiga banchan ni favorite Ana. Dulu Ana macam tak berapa suka macaroni salad dia tapi sekarang I'm a big fan of it. Hehe.
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall

Menu 4 : Set Noodle (Gimbap + Udon) - RM18. 90
Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall
Dekat Sopoong ni juga ada menu yang ber'set'.  Macam ni Ana amik set udon dengan gimbap. Sey ni datang sekali dengan banchan.

Untuk gimbap, sekarang ni dah jadi favorite menu Ana dekat sini. Asal makan sini wajib order gimbap. Makan dengan kimchi, memang sedap. En suami dan Syafi pun sama suka. Kadang siap take away lagi. Hehe.

Untuk mee udon tu ok lah bagi Ana. Nampak sikit tapi jenuh nak habiskan sebab udon tu sendiri gemok saiz mee dia. So cepat rasa kenyang. Makan pula dengan sup tu kan. Lagi lah cepat full.  Tapi sesekali nak makan, ok lah.


Kalau ikut order asal ada Topokki sebab teringin juga nak makan kuih beras Korea ni. Memandangkan gastrik Ana masih dalam fasa pemulihan, tak nak lah amik risiko makan pedas. Masa order staff tu kata boleh buat less spicy kemudian datang staff lain kata tak boleh nak cater request less spicy tu. So cancel order terus. Huhu. Takpe tunggu perut dah betul-betul sembuh baru kita makan ye. Nampaknya lepas ni kena repeat lagi makan dekat Sopoong ni. En Suami pun puas hati. Kalau dia pun suka maknanya memang sedap lah kan. Cuma kalau boleh kena plan masa tak ramai orang sebab masa menunggu makanan agak lama masa Ana ke sini. Dalam 15-20 minit macam tu. Kalau korang jenis tak boleh sabar atau dalam keadaan kena makan cepat, disarankan agar makan dekat kedai lain je. Tapi 2nd time Ana ke sini service sangat cepat walaupun pelanggan agak ramai. Pokok pangkal kena lah bersabar dan faham situasi pekerja di kedai tu ye. Jangan nak baran tak tentu pasal pula. Hehe.

Sopoong dah jadi favorite restoran Ana sekeluarga setiap kali ke Melawati Mall. Dan service sekarang semakin baik. Tak perlu tunggu lama walau ramai pelanggan masa tu. Dan the best thing is, setiap RM30 kita belanja, kita akan dapat satu cop. Sampai beberapa cop boleh redeem 1 menu. Ana dah habis redeem satu kad ( satu kad tu korang boleh dapat redeem 3 menu) dan nak masuk kad ke-3, so korang boleh bayangkan banyak mana Ana dah makan dekat sini. Hehe.






Makanan Asli Korea di Sopoong Melawati Mall Reviewed by Ana Suhana on September 12, 2017 Rating: 5

37 comments:

  1. Macam nak kena cuba jugalah.. Nampak menarik menunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Sha. Banyak lagi menu yg menarik dekat Sopoong ni.

      Delete
  2. Ada tgk aritu tmpt mkn ni ms p melawati mall.. Tp menu korea xbrp kena ngan tekak tp kalo yg style mcm BBQ Seoul garden tu ok.. Dlu p holiday Korea seminggu ada la mkn menu Korea dlm 2x gtu selebihnya menu kebab n masak sdiri makanan msia..tp tgk org mkn mcm sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke. Ana ada lah 2-3 menu dia yang Ana suka. Maybe kena dgn tekak ana kot.

      Delete
  3. good entry.boleh buat panduan untuk orang macam saya yang tak reti nak order makanan korea..hehe.thanks share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Sal. Sup dia tu lebih kurang mcm sup kita je rasa dia. Mana tau nanti Sal jatuh suka pula kan.

      Delete
  4. Tengok org mkn makanan korea mcm best je tp sy x mkn la...doa doakan la mana tahu one day terbuka hati nak mkn makanan korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba belum tau. Mcm suami Ana. Memang alergik dgn makanan korea. Bila dah makan sekali terus suka. Especially kimchi tu.

      Delete
  5. Dilah tak pandai makan makanan korea ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try sekali Dilah. Mama tau kena dgn selera kan.

      Delete
  6. Ju xperna mkn mknn korea mcm ni.. nmpk sgt myelerakan tapi xtau tekak dpt trima ke tak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba sekali Ju. Ana pun mula2 risau tak boleh terima tekak ni. Sekali dah makan suka. Takde rasa pelik langsung.

      Delete
  7. Adoiii perut terus berbunyi2 lepas tgok gmbr yang ana share ni. Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  8. Kak Sue pun dah cuba, ambil set Hot Pot tu kan.. jenuh nak habiskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak sue. saiz medium pun jenuh apa lagi saiz yg besar. Nk kena repeat lg lps ni.

      Delete
  9. Banyak portion makanan dia. Nak pergi Melawati Mall tapi alahai jauhnyaaaaa.. Suka makanan Korea! Sedap <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sopoong ni ada beberapa cawangan juga dkt area KL/Sel ni Siqah. Try lah nanti. Mana tau kena dekat selera Siqah kan.

      Delete
  10. tak pernah la makan makanan korea ni..sedap ke ana..takut tekak ni xnak terima hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah yang basic lina. Mcm sup ni lebih kurang sama je rasa dia. Malah bagi ana lagi sedap dari sup ayam kita. Dalam tu ada sayur, grass noodles dan cendawan. Bahan yg biasa kita makan je pun.

      Delete
  11. Penerangan yang bagus dan jelas... rasa2 kalau first time cuba boleh masuk tekak tak kimchi tu? Berminat nak try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba belum tahu tuan. Mcm Suami sy mula2 resist makan kimchi tu. Bila sekali dah cuba terus jatuh suka.

      Delete
  12. simbut2 sha xpernah lg merasa mknan korea..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah makan nanti Sha. Amik yang basic yang lebih kurang rasa dengan masakan kita.

      Delete
  13. Wah dah boleh makan makanan korea autentik di malaysia ya

    asalkan halal dan bersih

    ok saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah halal dan bersih sis. Cuba lah nanti.

      Delete
  14. sedapnya nampak enokitake tuu...yum yummmm

    ReplyDelete
  15. pergh...memang terbaikla..

    mesti sedapkan..

    untung untung

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaa kak anaa. busyra suka sup. mkn time panas2 pulak tu.. yummy!

    ReplyDelete
  17. Sopoong nie nadia pernah nampak dkt quill city mall.
    Tapi belum try lagi. Ana dah ckp sedap boleh lah try next time .

    Jom ke Korea lagi , Ana . Nadia kalau ke Korea lagi confirm sbb rindu makanan dorang . Tue je sebab nya . Hihi

    ReplyDelete
  18. saya pernah nonton film jewel in the place, yang di awal cerita soal masak memasak,..nah keknya masakan ini seperti ini bentuknya, sedap dn nikmat,...mungkin agak susah temui kuliner khas korea ini di kota saya, jangankan kulinernya oangnya saja hampir ndak ada..hehehe

    ReplyDelete
  19. Belum pernah cuba try lagi makanan Korea ni.

    ReplyDelete
  20. malaysia memang syurga makanan... ni kalau sampai sana, wajib singgah ni

    ReplyDelete
  21. nanti nak try juga..tengok gambar pun dah sedap..

    ReplyDelete
  22. haritu dah nak jejak masuk dah dekat soopong ni tapi takut tak sedap pulak. Eh ada jjangmeyon nanti nak kena try sebab terliur tengok diorang makan dalam movie/drama

    ReplyDelete
  23. suka jugak korean foods especially bibimbap. tapi jjajangmyeon sini takleh telan. hoho. Paling sukaa kt sopoong ni pajeon! sedap very recommended!!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.