Kuala Lumpur River of Life and Blue Pool (Kolam Biru) - Tarikan Waktu Malam Terbaru di Kuala Lumpur - Ana Suhana

Sep 25, 2017

Kuala Lumpur River of Life and Blue Pool (Kolam Biru) - Tarikan Waktu Malam Terbaru di Kuala Lumpur


Kuala Lumpur River of Life and Blue Pool (Kolam Biru) - Tarikan Waktu Malam Terbaru di Kuala Lumpur | Assalamualaikum. Selamat kembali bekerja semua dan semoga semua ceria-ceria selalu. Cuti 3 hari ke mana korang? Mesti ada yang balik kampung kan. Untunglah orang ada kampung. Hehe. Ana macam biasa lah. Kampung dekat KL je kan so jalan-jalan dekat KL je lah. Dan malam Sabtu yang lepas Ana sekeluarga sempat turun ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan sendiri River of Life (RoL) dan Blue Pool (Kolam Biru) yang semakin menjadi tumpuan warga kota dan para pelancong. Ada yang dah pernah ke sini? Ke masih ada yang tak tahu tentang tarikan terbaru waktu malam di KL ni? Kalau tak tahu takpe meh baca entri Ana ni. Nanti dah tau boleh lah plan bawa seisi keluarga outing hujung minggu dekat sini. 

Baca juga : Tempat Menarik di KL - KL Bird Park
Kuala Lumpur River of Life and Blue Pool (Kolam Biru)
Kuala Lumpur River of Life and Blue Pool (Kolam Biru) 

Kuala Lumpur River of Life and Blue Pool - Tarikan Waktu Malam Terbaru di Kuala Lumpur

River of Life dan Blue Pool ni baru saja dirasmikan oleh PM kita pada 28 Ogos yang lepas dan ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan Dataran Merdeka, bangunan Sultan Abdul Samad dan juga Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. Mesti korang dah boleh agak dekat mana RoL ni kan. Dan perasmian yang di buat baru projek RoL fasa pertama tau. Ada beberapa fasa lagi yang sedang dijalankan. Takde plan nak buat cruise ke? Hehe. Rasanya kalau ada cruise di KL ni macam di Melaka mesti best kan. Sambil naik cruise boleh layan view KL. Boleh nampak KL Tower, KLCC lagi. Bestnya.
Kuala Lumpur River of Life and Blue Pool (Kolam Biru)
Kuala Lumpur River of Life and Blue Pool (Kolam Biru) 

Kalau korang nak tau, Blue Pool ni di wujudkan untuk menjadikan sungai sebagai salah satu tempat tarikan yang menakjubkan di Kuala Lumpur. Dan Ana sendiri pun rasa takjub dan teruja tengok Blue Pool tu. Lagi-lagi bila kesan kabus (mist) yang keluar dari lubang-lubang dekat tepi sungai tu menutupi permukaan sungai di bawah tu. Rasa macam bukan dekat Malaysia pula rasanya. Cantik sangat-sangat. Lagi-lagi bila di kelilingi dengan bangunan-bangunan yang cantik dan tinggi. Kalau orang Korea bangga dengan The Cheonggyecheon River, kita pun boleh berbangga dengan River of Life dan Blue Pool ni tau. Siapa sangka dekat Malaysia ada sungai yang cantik pada waktu malam. Masa Ana pergi tu ramai juga pelancong sibuk bergambar dekat Blue Pool tu.  
Kuala Lumpur River of Life and Blue Pool (Kolam Biru)
Kuala Lumpur River of Life and Blue Pool (Kolam Biru) 

Kalau nak dapatkan pemandangan Blue Pool yang lebih cantik, korang kena amik gambar atas satu jambatan yang baru di bina iaitu Jambatan Sultan Abdul Samad. Tapi kena pandai-pandai lah menyelit sebab orang ramai atas ni. Jambatan Sultan Abdul Samad ni dibina bertujuan untuk menghubungkan Masjid Jamek dengan Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad dan dengan adanya jambatan ni dapat menjimatkan 50% masa pejalan kaki. Masa itu emas katanya.
Dataran Merdeka
Dataran Merdeka

Kalau dah puas tengok Blue Pool, korang boleh ke Dataran Merdeka pula. Bawa anak-anak main dekat sini. Macam Syafi hari tu Ana belikan dia satu mainan boleh terbang tu. Bukan main suka dia. Sampai naik sheikh gayanya. Kalau ada scooter atau basikal dekat rumah tu boleh lah bawa juga. Memang confirm seronok anak-anak korang nanti. Mak ayah budak pun boleh release stress sekali. Seronok pula rasanya sekali-sekala amik angin malam dekat kota KL ni. Macam-macam gelagat orang kita boleh tengok. Yang penting kena jaga adab dan tatasusila demi keselesaan semua pengunjung. Jangan nak syol sendiri terjerit sana sini sampai menggangu orang lain.
Dataran Merdeka
Dataran Merdeka

Korang kalau plan nak ke sini make sure datang awal tau sebab masalah nak parking kereta. Kalau lambat sikit memang susah nak cari parking. Macam Ana hari tu dalam pukul 8 Ana dah sampai sini dan tu pun dah tak banyak ruang untuk parking. Sebabnya kita parking dekat tepi-tepi jalan je. Pandai-pandai lah menyelit janji tak ganggu lalu lintas. 


29 comments:

  1. wah....cantiknya ana...bertahun rasanya tak jejak dataran merdeka ni....bolehla bawak anak2 weekend nanti

    ReplyDelete
  2. Semakin membangun KL Sis...moga lebih banyak tempat riadah begini jadi jambatan eratkan ukhuwah sesama keluarga atau sesama rakan-rakan untuk bersosial dan berhibur serta beraktiviti dengan sihat..apa yang paling penting manfaatkan sebaiknya dan tidak menular isu yang kurang enak didengar dan kurang manis dipandang.

    ReplyDelete
  3. tu la ada tgk kwn2 amik gmbr dkt river of life ni..cantik

    ReplyDelete
  4. Wah, cantiknya Kolam Biru ni. Sejuuuk je mata memandang. Ain dok Penang. So sangat jarang turun KL. Kalau ke KL, kena singgah ni. Lawa sangat.

    ReplyDelete
  5. Wah...nmpak cantiklah..lama tak ke sana

    ReplyDelete
  6. Kawan Ira ada terlibat jugak dalam membangunkan RIL ni, dia kata kalau malam cantikk je nampak kalau siang nak tengok pun tak lalu hahahha. Betul ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana dtg malam masa tu so tak nampak keadaan siang. Tapi maybe lah nampak tak ok sebab kiri kanan ada construction kan. Lagipun ni baru fasa pertama dan kerja pembersihan sungai masih baru berapa peratus siap kan.

      Delete
    2. Oh masih dalam pembinaan lagi rupanya. Patutlah kan huhu okey roger rogerr :D

      Delete
  7. nampak sangat saya ni kuno tak tahu apa apa..thanks sebab share info ni hehe

    ReplyDelete
  8. lawanya..lama sbnrnya tak pi jenjln KL banyak perubahan rupanya

    ReplyDelete
  9. masa zie pergi lampu tak pasang lagi.. tp brigde tu mcm bergegar sikit.. bila rasa bergoyang terus kitorang turun..takut pun ada.. time mlm nmpak indah je.. bila siang *&^%$#*><#@ hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu sikit lagi zie. Masih fasa pertama ni. Mana tau sungai kat KL ni boleh jadi mcm dekat Venice. Untung kita kan. Haha

      Delete
  10. Ya allah cantiknyaaa, dalam gambar pun cantik, tengok depan2 mesti cantik,

    ReplyDelete
  11. Wowww.. canntiknya ana blue river tu.. lagi2 waktu malam kann..

    ReplyDelete
  12. cantiknya kolam biru ni. teringinnya nak singgah ya ampun

    ReplyDelete
  13. Terbaiklah. Boleh bawak parent datang sini.

    ReplyDelete
  14. Wah cantiknya! Dah lama tak turun KL sampai tak tau ada tarikan macam ni. Nampaknya kena cari masa untuk pergi kesana :)

    Fatina| www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Wah cantiknya, baru Kak Sue tau ada Kuala Lumpur River Of Life and Blue Pool nie Ana..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum selamat pagi ana

    Tapi tu lah ana

    Sungai tu tak bersih pun. Kalau bersih baru lagi kagum dan wow

    ReplyDelete
  17. Lama tak ke KL waktu malam.. ada destinasi menarik lah nanti kalau ke KL..

    ReplyDelete
  18. Cantik.. thanks share Ana. Orang kl pun x sampai lagi ni

    ReplyDelete
  19. Dulu, masa zaman bujang, kat Dataran Merdeka la tempat saya lepak, tapi kejap aje lepaknya sebab bosan takde aktiviti yang menarik... Sekarang nie dah ada macam2 aktiviti..

    ReplyDelete
  20. View yang sangat menarik dan cantik sis.....

    ReplyDelete
  21. Cantik.. baru mama tau kewujudan blue pool ni. Tq ana bgtau

    ReplyDelete
  22. Cantiknyaaaa Ana....
    Mmg dah lama sangat hakak tak ke KL. Tak tau pun dah ada benda benda gini. Baguslahkan.... boleh jadi tarikan jugak ni. Tulah masalahnya tu, bab nak parking. Malas jugak kalau susah nak parkingkan.

    ReplyDelete
  23. sangat cantik dan tarikan mcm ni mmg menarik =D ju sokong juga kalo ada cruise utk sbelah mlm di kolam biru ni, bila ju tgk gmbr2 sis share ni mcm bkn dekat kl tau tp kyataannya mmg di sana =D

    ReplyDelete
  24. serius cantik dataran merdeka tu kak waktu malam <3

    ReplyDelete
  25. lama sungguh dah aida x ke KL
    last thn lepas before puasa.
    tempat feveret ni, ana.
    belajar 6 thn di KL. ni la tempat lepak zaman tu.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤