Jalan-jalan di Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park)

Assalamualaikum.



Memandangkan Zoo Negara dan Farm in the City sis dah pernah bawa Syafi pergi, jadi kali ni sis bawa dia ke Taman Burung Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KL Bird Park yang terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana.


Dengan keluasan seluas 20.9 ekar tu, sila pastikan air minuman di bawa secukupnya. Sebab time sis pergi hari tu, nak habis tawaf satu taman burung ni memakan masa hampir lebih 3 jam tau. Basah lah juga baju dengan peluh tu. Hehe.


Kalau tengok dekat peta di atas,  KL Bird Park ni terbahagi kepada 4 zon.

Zon 1 dan Zon 2 merupakan zon "free-flight" di mana di sini hampir kesemua burung di biarkan terbang bebas di dalam taman hampir semulajadi. Kita juga berpeluang untuk beri makan sendiri dekat burung-burung yang berkeliaran. Jinak-jinak semuanya. Mesin jual makanan ada di sediakan dengan harga makanan Rm1 satu plastik kecik.











Di Zon 2 terdapat juga kolam ikan dan juga kandang arnab tapi tak besar mana pun. 






Terdapat lebih dari 3000 ekor burung dari 200 spesis dari dalam dan luar negara di sini. Dan lebih membanggakan,  KL Bird Park ni diiktiraf sebagai 'the largest walk-in free-flight aviary' di dunia. Sebab tu setiap pelancong yang datang ke Malaysia mesti akan singgah ke sini termasuklah ahli Running Man, Kim Jong Kok yang bercuti di Malaysia baru-baru ni.

Zon 3 pula merupakan zon burung enggang. Kecik je zon ni. Semua burung enggang berada di dalam sangkar dan tidak di biarkan berkeliaran. Di zon ini juga terdapat Hornbill Cafe bagi yang ingin minum dan rehat seketika. Sis macam biasa lah tak singgah pun sebab nak habis cepat tawaf taman burung ni. 





Zon 4 merupakan zon paling besar. Di sini burung-burung di asingkan di dalam sangkar mereka masing-masing. 










Terdapat juga zon bergambar, kawasan air terjun, taman permainan kanak-kanak dan bilik-bilik pameran di Zon 4 ni. 


Photo booth. tak tahu berapa RM kena bayar.


Kawasan air terjun.






Taman permainan kanak-kanak. Takde pun orang dekat taman ni.



Antara bilik pameran yang ada.


Pada yang tak tahu nak bawa anak-anak ke mana hujung minggu boleh lah ke KL Bird Park ni. Kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, laluan kerusi roda / stroller semua ada disediakan. Tinggal nak bayar duit tiket je sebelum masuk. Hehe. InsyaAllah berbaloi dengan harga yang di bayar. :)

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

52 comments:

Anum Abdullah said...

aku pernah pergi taman burung labuan ja..

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

wah..menarik la

Noor Azlan said...

Boleh tahan juga harga tiket masuknya.... macam anak saya memang suka tengok binatang, tapi bila suruh pegang penakut...

Shaidatul Aireen said...

Elsa berapa kali dah lalu dekat pintu masuk depan je hakhakhak. Nak masuk takde adik kecik dah nak dibawak huhu. Banyaknya burung dekat situ!

Jun Zie said...

kalo mcm ni luas dan keadaan psekitaran yang bersih, Ju pun xkesah tgk harga masuk tu sb bbaloi =D

Alhamdulillah bru ju bksempatan utk bw ari ni =)

PeRdU cINta said...

PC pernah pergi sekali kak..memang puaslah..kalau tak silap ada persembahan haiwan..tapi ada hari dan masaw tertentu..burung-burungnya jinak kan kak..lagi satu mungkin dah terbiasa dengan pengunjung yang ramai..bila nak ambil gambar mudah..hihi..

Ana Suhana said...

ok lah tue. sis pun baru ke sini hari tu sejak di buka tahun 1991. Hehe

Ana Suhana said...

boleh cuba ke sini bawa anak2 nanti. mesti seronok nanti :)

Ana Suhana said...

sama lah dengan syafi. kita yang pegang burung dia yang menangis takut. hehe

Ana Suhana said...

elsa pun boleh masuk. ramai pelancong datang ke sini juga. the largest free-flight aviary in the world tu. kena masuk tau nanti elsa :)

Ana Suhana said...

kalau tgk harga memang agak mahal tapi berbaloi bila dah masuk. :)

terima kasih Ju singgah ke sini <3

Ana Suhana said...

memang ada persembahan haiwan setiap hari tapi ada waktu2 dia. kak ana tak tunggu pun persembahan tu sebab nak kejar masa. :p

betul tu. terlebih jinak burung2 dekat sini especially yang warna putih tu. kak ana gelar dia burung pengganas. pantang kita tabur makanan, dia yang datang dulu. hehe

Zie Azi said...

lama gila dah tak masuk sini, last masuk ms zaman sek time rombongan sekolah..tp sekrang dah bnyak pembaharuan ye

Ana Fatihah said...

Sambil tgk burung, sambil exercise kan sis. Hehe

Ana Suhana said...

ana first time masuk sini padahal lama dah KL bird park ni di buka. hehe. tempat yang menarik untuk weekend outing untuk org2 yang stay di KL/Selangor.

Ana Suhana said...

lepas exercise makan tak ingat dunia. sia2 buang lemak 3 jam tadi tu. hehe

Nour Adieb said...

saya hari2 tngk burung punai 🐦 yg bsarang kat pokok mengkudu. risau kena mkn musang πŸ˜‚ kalau kucing tau ada burung punai kat situ, habislahhh

Ana Suhana said...

Untung burung punai tu awak jagakan. Kalau kucing kita boleh halau tp kalau musang susah juga tu πŸ˜…

Shikin Razali said...

Zaman bujang dulu penah sekali la masuk ke taman burung nie tapi disebabkan jalan sorang-sorang time tue, tak sampai 10 minit dah keluar, hihihi...

Ana Suhana said...

Kalau 10 minit dapat pusing sampai kolam depan tu je Shikin. Hehe. Tp dulu tak besar mcm skrg rasanya ye.

lenny Boniface Jubilee said...

Info bagus... Tapi bilalah boleh pergi ye,, saya suka bawa budak2 ke tempat mcm tu

Mrs Fuzy sweetsourΥ†Δ•Ξ³Κ€ΗŸ said...

mmg best kat Bird Park ni..akk dah byk kali pergi..bwk group dan jugak dgn family...mmg recommended sgt tempat ni

Zafirah Nazri said...

cantiknya burung merakkkk . wah , syafi mesti suka nih tgk binatang apa semua

Husniey Husain said...

the largest walk-in free-flight aviary' di dunia.. . . Woww 😍

Comel dan cantik burung burung ni.. Warna warni ❤

Seorang Syed said...

Bestnyaaaa dapat pergi sini! suka tengok burung-burung yang cantik ni hihi.
tapi bila tengok harga tu, telan air liur sat haha satu hari nanti maybe boleh pergi bawa anak-anak. Eh, anak tekak maksud saya.

Ana Suhana said...

InsyaAllah nanti ada masa boleh ke sini. Confirm budak2 akan suka 😊

Ana Suhana said...

Kalau travel agent dah recommended maksudnya memang best lah tempat ni 😘😘

Ana Suhana said...

Cantik memang cantik tapi bising dia bingit gak telinga πŸ˜….

Syafi tu sebelum masuk cakap nak bg burung makan lah apa lah. Bila dah masuk dah nampak burung2 tu dia jadi takut. Siap tak bagi jauh2 dari dia πŸ˜…

Ana Suhana said...

Betul tu Husniey. Sebab tu pelancong akan singgah ke sini 😍😍😍

Ana Suhana said...

Rm27 jer lah. Tak lah mahal mana. Mana tau boleh bawa bakap anak2 buah ke kan. Eh!!!😝😝

Noor Maizan said...

Cantik-cantik parrot tuh. Mai takut dgn burung, hehe.

Busyra Bt Takiyudin said...

lama busyra tak pergi taman burung. betsnyaaa. burung kak tua tuu cute! hehe..

irazulkeffele said...

Berani keteww sis nak pegang hahaha. Lama dah tak pergi taman taman macam gini. Kalau ada budak kecik lain dah "tua" ni nak pergi sana saja saja macemmm malessss je hihi

Shahida Dzulkafli said...

Pernah lalu je.. hehehe..
Tapi kalau bebudak memang seronok la mereka..

Ana Suhana said...

Cantik dan jinak2 semua burung dekat sini. Confirm mai tak takut lah 😊😊

Ana Suhana said...

Kak ana baru first time masuk ni Busyra. Rasa macam lawatan tadika pulak 😁😁

Ana Suhana said...

Terlebih pegang dah Ira. Semua jinak-jinak dekat sini. Hehe.

Org dewasa yang paling ramai dekat sini tau Ira. Kebanyakannya pelancong. Hehe😊😊

Ana Suhana said...

Next time try lah masuk. Confirm amani dan imani suka. 😘

Nour Adieb said...

tu la, sebab musang tu dtg time malam. skrg, takda dah punai tu. x tau pi mana

Ana Suhana said...

Dah migrate kot sebab byk sgt ancaman. Hehe.

Nour Adieb said...

rasanya lah...

Wani Sukarno said...

bestnyaaaa... rasa cam nak pergi jugak ..tengok burung.. nak sentuh burung merakkkk hiii.. macam tak ada orang sangat kat sana..

Unni Anje said...

Subahanallah cntiknikan2 n burung.. Tpi boleh tahan harga tiket.. Huhuhu

Ana Suhana said...

Mungkin tempat ni besar sangat so tak lah crowded dekat satu2 tempat. Singgah lah sini. Merak dekat depan tu tak lawa sebab takde bulu. Ni merak dekat belakang2.😘

Ana Suhana said...

Ok lah juga harga ty Unni. Besar tau kawasan dia. Dah masuk confirm puas hati dengan harga yang di bayar 😘

kisah_earty said...

Ada budak kecil seronok pi sini... :)

Ana Suhana said...

Betul tu. Kalau org dewasa pergi sendiri dengan kawan2 pun seronok juga sis 😘

Jueliza Jamani said...

tak pernah pi lg.. nak pi jugak la weekend nnti..

Ana Suhana said...

nice place utk bawa anak2 on weekend sis. confirm dorang suka dan excited dekat sana. 😘😘

Naimi Amiesya said...

bestnya.. lama tak pergi taman burung.. rindu lak

Ana Suhana said...

boleh lah singgah ke sini nanti.

Iris Myra said...

best jgk ni

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤