Jalan-jalan Cuba Makanan - Masakan Thai di Tiger Liliy Melawati Mall - Ana Suhana

Sep 15, 2017

Jalan-jalan Cuba Makanan - Masakan Thai di Tiger Liliy Melawati Mall


Jalan-jalan Cuba Makanan - Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall | Assalamualaikum. Sabtu lepas sekali lagi Ana ke Melawati Mall. Apa yang suka sangat jalan-jalan dekat sini pun tak tahu. Hehe. Sebenarnya Ana dah janji nak bawa mak windoe shopping di Melawati Mall ni. Jadi janji kena lah di tepati kan. Kang kata anak derhaka pulak. Ngee. Sampai dekat Melawati Mall ni dalam pukul 2 lebih jadi kita isi perut lah dulu baru boleh ronda satu mall kan. Kali ni Ana nak cuba makan masakan Thai di Tigers Lily yang terletak di tingkat 3.

Baca juga : Makan-makan di Makan Culture Melawati Mall
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall

Jalan-jalan Cuba Makanan - Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall

Menu-menu yang di sediakan di Tigers Lily ni memang 100% masakan Thai. Korang boleh pilih nak ala carte atau pun kalau nak jimat amik yang set punya. Lama juga lah Ana dok belek-belek menu yang ada ni sebab tak tahu nak makan apa. Ada nasi putih di padankan dengan masakan tempatan Thai, masakan berasaskan mee, nasi bergoreng sampailah dessert. Pilih je yang mana mata korang berkenan. Ni antara menu yang Ana pilih.

Menu 1: Pad Thai - RM9.90
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall

Pad Thai merupakan makanan jalanan yang mudah ditemui di Thailand. Ianya menggunakan mee beras yang lebih kurang macam kuew teow rupa dia tapi dalam bentuk yang lebih halus dan nipis. Rasa pad thai ni agak manis dan boleh jadi memuakkan. Tapi bila dah di kacau rata dengan kacang tumbuk, chili flakes dan air perahan limau nipis rasa dia jadi semakin menarik. Boleh jadi tak berhenti makan lepas tu.

Menu 2: Thai Fried Rice - RM9.90
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall

Nasi goreng paling awal sampai. 5 minit lepas order dah siap. Maybe dah masak awal-awal kot sebab panas nasi goreng ni panas-panas suam je. But still acceptable. Nasi goreng ni agak plain rasa dia kalau kita makan macam tu je. Menu yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Tapi kalau nak menaikkan rasa nasi goreng ni kita kena mix everything yang ada dalam pinggan tu seperti perahan limau nipis, udang kering, bawang goreng dan kacang panjang. Kemudian makan pula dengan telur dadar yang disediakan. Baru lah rasa kelainan nasi goreng ni. Kalau korang nak pedas rasanya boleh request masa amik order tu.

Menu 3: Set Siakap Stim - RM16.90
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall

Ikan stim siakap ni kalau nak yang seekor pun ada tapi dalam menu tu dah tulis masa menunggu dalam 30 minit. Sebab dah lapar sangat tak kan nak tunggu lama lagi kan jadi Ana order set ikan stim dengan nasi putih, telur dadar dan acar nenas. Dalam bowl tu ada 2 keping isi ikan siakap. Rasa ikan stim siakap ni manis dan masam. En Suami kata sedap tapi Ana tak berapa nak gemar sebab dah biasa makan ikan siakap stim ni takde rasa manis pun kan. Orang kalau demam boleh lah try menu ni sebab perasa dia agak kuat.

Menu 4: Kerabu Mangga - RM8.90
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall

Tak sah kalau makan makanan Thai takde kerabu mangga. Kira macam pelengkap lah kerabu mangga ni. Pedas, masam, manis dan crunchy semua ada dalam satu bowl ni. Memang pilihan pembuka selera yang terbaik. Lebih dari cukup untuk makan 4 orang kerabu mangga ni tau.

Menu 5: Ayam Pandan - RM9.90
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall

Ayam pandan ni Ana rasa overprice sebab dalam tu ada 3 ketul ayam je. Kira seketul ayam tu RM3.30. Saiz ayam pula sekali masuk dalam mulut habis dah. Hehe. Tapi kalau sekadar nak merasa boleh lah cuba sebab rasa ayam tu sedap dan diperap dengan secukupnya. Makan dengan nasi putih dan kerabu mangga pun dah sedap dan puas hati.

Dessert : Sangkaya - RM9.90
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall

Yang ni pun a bit overpriced sebab aiskrim tu dalam satu scope je dia bagi then di hias dengan hirisan nangka, thai red rubie dan serbuk kacang. Tapi not bad lah rasa sangkaya tu sebab tekstur aiskrim dia hakus dan cair terus dalam mulut. Rasa lemak-lemak manis. Sedap. Bagi yang tak tahu sangkaya ni sebenarnya nama glamor aiskrim kelapa. Hehe.

Air : Jus Tembikai - RM10 / Teh Ais Thai - RM4.50 / Kopi Panas - RM2.90 / Tropikal Paradise - RM12.90
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall

Dalam keempat-empat air ni,  air teh ais thai dan tropikal paradise yang sedap. Macam kita tahu, Thai Tea memang tengah viral sejak kebelakangan ni kan. Rasa dia pun lain dari teh ais biasa yang kita selalu minum tu dan merupakan salah satu signature drinks dekat sini. Untuk tropikal paradise pula sebenarnya campuran buah pisang, markisa dan oren. Memang sedap. Rasa satu kelegaan bila dapat sedut tropikal paradise bila dah habis makan semua.

Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall
Masakan Thai di Tiger Lily Melawati Mall

Secara keseluruhan Ana puas hati je makan dekat sini walaupun ada harga pada sesetengah menu agak mahal. Yang penting service cepat dan staff pun friendly. Tempat duduk pun banyak dan keadaan kedai luas, cerah dan selesa. Nak makan ramai-ramai dekat sini sure takde masalah just make sure call for reservation. So far Tiger Lily ni ada dua outlet je, satu di Melawati Mall ni dan satu lagi di Damasara City Mall. Nak tahu lebih lanjut info dan menu yang ada di Tiger Lily ni korang boleh terjah social media Tiger Lily di bawah ni :

Website :

Instagram :


19 comments:

  1. Suka menu thai, nanti bole try.. Xprasan restaurant ni ms p melawati mall

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat makan menarik kat Melawati mall erk...akak xde kesempatan nak pergi lagi...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sis... Belum dapat sampai lagi saya ke sana...

    ReplyDelete
  4. Pad Thai tu unik pula Sis.Macam roti jala bungkus bihoon..

    ReplyDelete
  5. Kerabu mangga dan sangkaya tu je nampak best.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. nampak menarik. Kena simpan info ni nanti kalau ke sana boleh cuba singgah.

    ReplyDelete
  7. nmpak sedap tu kak anaaa.. bestnyaa jalan2 cri makan.. hehe

    ReplyDelete
  8. Liez dh 2x pergi tp xrs lg mkn dkt restaurant lg... mkn dekat foodcourt je... nasi ayam dkt foodcourt mmg sedap

    ReplyDelete
  9. Semua food nampak menyelerakan.
    Samalah dengan Mrs. A kalau dah suka mesti banyak kali repeat tempat tu.

    ReplyDelete
  10. Ayam pandan tu kan memang fave saye setiap kali pergi kedai-kedai thai ni :)

    ReplyDelete
  11. Melawati Mall ni kalau tak silap yang baru bukak beberapa bulan tu kan? Sedap2 nampak makanan Thai ni. And, tiba2 teringin nak makan kerabu mango. Lamanya tak makan!

    ReplyDelete
  12. kerabu mangga dengan sangkaya dia buat terliur lah! Dah banyak kali lalu dah MM tu tapi entah bila entah dapat menyinggah.

    ReplyDelete
  13. nampak sedap tapi cam pricey sikit ya?

    ReplyDelete
  14. Menarik betul nasi pataya dia tu ya

    siap bungkus dalam jala

    ReplyDelete
  15. Aduh Ana ni..... asyik cite pasal Melawati Mall je dah jadi hakak pun teringin nak buat rondaan pulak hihi...Harga dia kira masih boleh diterima akal lagilah ye Ana kalau banding JomBali. Jombali maheilah...

    ReplyDelete
  16. aduii lapar terus kak... sedap semuanya

    ReplyDelete
  17. hanya mmpu btabah tgk jus tembikai tu.. kena bpantang minum dan mkn mknn sejuk2 huhu

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤