Resipi : Sambal Goreng Jawa Sedap dan Penuh dengan Khasiat - Diary of Ana Suhana

Jul 15, 2017

Resipi : Sambal Goreng Jawa Sedap dan Penuh dengan Khasiat


Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap dan Penuh Dengan Khasiat | Assalamualaikum. Ana peminat nombor satu sambal goreng jawa. Pantang kalau mak masak, mesti Ana akan ratah dan buat muka tak malu tapau balik rumah. Sebab sedap sangat. Lagipun sambal goreng jawa ni memang banyak khasiat tau. Tengoklah bahan-bahan yang di ada dalam menu ni. Makan macam tu saja dah boleh kenyang. Menu ni agak leceh nak buat sebab banyak kerja tapi hasil dia memang tak mengecewakan. Setiap kali ada majlis di rumah, ni antara menu wajib ada. Orang akan cari menu ni dulu. Dan selalu juga orang order dekat mak menu ni kalau dorang ada buat majlis-majlis. Dan Ana dan adik-beradik akan rewang sama-sama. So kali ni Ana nak share resipi sambal goreng jawa sedap hingga menjilat jari ni dengan korang semua.

Baca juga : Resipi Sup Tulang Sedap dan Mudah
Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap dan Penuh dengan Khasiat
Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap dan Penuh dengan Khasiat

Resipi : Sambal Goreng Jawa Sedap dan Penuh dengan Khasiat

Saiz hidangan : 5-6 orang

BAHAN-BAHAN

1. Tauhu - 5 keping *
2. Tempe  - 2 keping * 
3. Kacang panjang - 10 batang **
4. Cili Merah - 5 biji **
5. Fucuk - 1 keping ***
6. Soon - segenggam ***
7. Kelapa - 1 biji ( di perah sekali utk santan)
8. Bawang Besar - 3 biji ****
9. Bawang putih - 6 ulas ****
10. Halia - 1 cm ****
11. Lengkuas - 1cm ****
12. Serai - 5 batang ****
13. Belacan - sedikit
14. Udang kering - sedikit

* di potong dadu
** di hiris memanjang
*** di rendam
**** di mayang

CARA-CARA



1. Tauhu, tempe, kacang panjang, cili merah, bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia dan serai di goreng sehingga kekuningan. Kemudian ketepikan.

2.  Santan di kisar dengan belacan dan udang kering. 

3. Tumis santan yang di kisar di atas menggunakan minyak gorengan tadi sampai menjadi pekat,  kemudian letak garam, aji dan gula. 

4. Masukkan soon dan fucuk. Kacau sehingga mendidih. 

5. Kemudian masukkan bahan yang telah di goreng di atas. Kacau rata dan tutup api. 

6. Siap di hidang.



21 comments:

  1. Sedap ni, akk suka..bole cuba nanti

    ReplyDelete
  2. orang jawa eh..iso ngomong jawa rak..hihii
    suami zie suka sgt makn ni, kdg2 tu dia nak makan suruh kita msakkan..

    ReplyDelete
  3. Kegemaran keluarga PC juga ni Sis...menu wajib..

    ReplyDelete
  4. Mak Ana Suhana pandai masak patutlah Ana pun pandai masak juga.. Kira ini resepi turun-temurun Ana.. 😍

    ReplyDelete
  5. Sedapnya... Pedas2 ni boleh buat makan nasik bertambah2 ni.

    ReplyDelete
  6. Nampak memang menyelerakan n rasa pernah makan sebelum ni. Buat tu je yg tak pernah. hehe

    ReplyDelete
  7. Huishh boleh cuba ni nanti. Sedapnya! Thanks kak share resepi ni

    ReplyDelete
  8. tengok gambar jak bikin beliur oo..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya.. kegemaran akak nie Ana 😘

    ReplyDelete
  10. Dah lama kinah cari resepi sambal jawa ni. Tq kak ana share resepi ni

    ReplyDelete
  11. Sedappp nya ana tapi bab kacang panjag ni dah bertahun dah x makan huu ...resepi pun simple ...

    ReplyDelete
  12. mengancam... boleh lah cuba buat ni nanti.. :)

    ReplyDelete
  13. Nampak mcm sedap..bahan bahan pun senang ja nak cari...
    Nnt boleh dicuba,...

    ReplyDelete
  14. Wah nampak sedap jer sambal ni Ana..akak tak pernah makan lagi yang style gini..Ada resipi lagi blh laa try godek2 nanti..

    ReplyDelete
  15. Uisss Uisss sedap ni ana... Kalau rajin nanti lea try.. hiks...

    ReplyDelete
  16. Yang ni memang suka buat ratah je, tak mampu makan dengan nasi. Tapi kalau abah, makan bertambah2 nasi kalau mama auni buat lauk ni..

    ReplyDelete
  17. wow!!!
    sambal jawa yg glamer ni.
    makan selalu nyer dgn nasi ambeng kat sini, ana.
    sedap.

    ReplyDelete
  18. Sha suka sambal goreng jawa ini.. Ohsem..

    ReplyDelete
  19. ju pun suka mkn ni ! tp xperna buat sdiri . slalu amik ni kalo terhidang dekat restoran jawa yg ju pegi =D

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤