Wajarkah Konsep Bila Tua Baru Saya Mahu Beribadah?


Konsep Bila Tua Baru Saya Mahu Beribadah Seorang pemuda berborak dengan seorang pakcik, usia pakcik tersebut sekitar awal 70an. Pakcik ini antara jemaah tetap setiap kali waktu solat fardhu di masjid.


Wajarkah Konsep Bila Tua Baru Saya Mahu Beribadah?
Wajarkah Konsep Bila Tua Baru Saya Mahu Beribadah?

PEMUDA: Seronok saya tengok pakcik, setiap kali solat fardhu mesti pakcik ada. Seronoknya kalau dapat istiqamah kan.

PAKCIK: Alhamdulillah, ini pun Allah yang mudahkan. Dah tua-tua ni, bukan nak kejar apa lagi, esok lusa sampai ajal, jumpalah dengan Tuhan.

PEMUDA: Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah.

PAKCIK: Tidak nak.. kebanyakkan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar. 

PEMUDA: Eyh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja.

PAKCIK: Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai ? 10, 15 orang ? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni ?

PEMUDA: hmmm...

PAKCIK: Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salahfaham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah. 
Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat & mengaji kau letak no 3 no 4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten ?
Tidak nak..

PEMUDA: Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah ?

PAKCIK: Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak dengan mata kasar. 
Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu. 
Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa. 
Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah & belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu. Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi. 
Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati.

PEMUDA: Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Tuhan yang beri ke ? 

PAKCIK: Memang betul hidayah tu Tuhan yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. Walaupun Tuhan buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah. Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya. Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.
Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Tuhan bukakan pintu hati kita untuk berubah. Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah. Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal al quran setiap hari. Inshaallah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat.

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang mengambil sekitar 1KM, baru beliau sedar....
.
.
Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.

Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, doakan pemuda pemuda di luar tersebut dijadikan dalam golongan yang menjaga solat & al quran. Semoga doa itu berbalik kepada Tuan/Puan juga. 

Ramadan Kareem
Istanbul

Sumber dari Whatsapp.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

10 comments:

Haslina said...

Semoga kita sama2 istiqamah dalam ibadah kita.. :)
Nice sharing sis.

Sheila Adziz said...

Allhauakhbar... smg kita dpt istiqamah...

Lea Azleeya said...

beribadah la selagi bolehkan ana.. tp mmg ramai yg pegang kata2, bila tua baru nk start beribadah... Kalau sempat ok la.. risau takut x sempat.. tu paling gerun tu.. moga kite terus istiqamah.

Jun Zie said...

Xperlu tggu tua, nak ibadah terjaga, mahu hubungan dengan pencipta kekal. Mulakan jaga ibadah dr skrg, dari muda kena mulakan.

Siqah Hussin said...

Kita pun tak tahu bila ajal kita akan datang kan. Takut tak sempat sampai ke tahap tua yang dimaksudkan. Semoga dipanjangkan umur kita semua. Amin.

Beribadah perlu istiqamah dan itu yang amat payah hendak dilakukan. Semoga ita sama2 berterusan beribadah dari sekarang..

Kak Sue said...

Good sharing Ana, semoga kita terus istiqomah..

Shahida Dzulkafli said...

Semoga kita juga istiqamah.. kena mula dari sekarang..

mrhanafi said...

masa muda la paling sesuai untuk beribdah sehingga hari tua...

sebab kita tidak pasti bila kita boleh berakhir..

Mrs. A said...

Memang tak wajar konsep bila tua baru nak beribadah tu sebab ajal datang tak semestinya di usia tua.

Bak kata DMFK kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. In Sha Allah dengan sendirinya hubungan kita sesama manusia Allah akan jaga takdelah suami isteri anak-beranak adik-beradik asyik nak bergaduh aje.

Shikin Razali said...

Perkongsian yang menarik, terima kasih kak Ana..Semoga kita semua beristiqamah untuk beribadah pada Allah tanpa menunggu hari tua kerana kematian tue tak kenal usia..

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤