Resipi : Ayam Goreng Kunyit dan Telur Dadar Mayonis



Resipi Ayam Goreng Kunyit dan Telur Dadar Mayonis l Assalamualaikum. Sebelum ni Ana ada share resipi 2in1 di mana dengan bahan yang sama korang boleh dapat 2 menu masakan. Menu itu ialah menu paprik daging dan telur bistik. Hari ni Ana nak share lagi 2 menu yang lebih kurang sama dengan bahan di atas cuma cara masakan dia berbeza. Yang pasti menu Ayam Goreng Kunyit dan Telur Dadar Mayonis ni semudah ABC 123 je. Campak sana sini dah siap. Yang penting tak perlu skill memasak pun. Selamat mencuba.



1. Resipi : Ayam Goreng Kunyit Semudah ABC

Saiz hidangan : 2-3 orang

Resipi : Ayam Goreng Kunyit Semudah ABC
Resipi : Ayam Goreng Kunyit Semudah ABC

BAHAN-BAHAN

1. Isi ayam - 250-300 gram ( di potong dadu)
2. Bawang besar - 1 biji (di potong bulat)
3. Bawang putih - 2-3 ulas ( di ketuk kasar)
4. Kacang panjang - 3-4 batang ( di potong)
5. Cili Merah - 1 biji ( di hiris kasar)


CARA-CARA

1. Perap ayam dengan kunyit, garam dan aji.

2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih dengan api yang sederhana.

3. Bila bawang dah naik bau baru masukkan ayam.

4. Bila ayam dah sedang elok masak, masukkan kacang panjang dan cili merah. Kacau seketika dan tutup api.

5. Sedia di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Pastikan ayam sentiasa di kacau ayam untuk elak ayam menjadi hangus atau terlampau masak. Jika ayam terlampau masak, isinya akan menjadi liat dan tak sedap untuk di makan.



2. Resipi : Telur Dadar Mayonis Semudah 123

Saiz hidangan : 2-3 orang


Resipi : Telur Dadar Mayonis Semudah 123
Resipi : Telur Dadar Mayonis Semudah 123

BAHAN-BAHAN

1. Telur - 3 biji

2. Bawang besar  1/2 - 1 biji *
3. Bawang putih - 1-2 ulas *
4. Kacang panjang - 3 batang *
5. Tomato - 1/4 biji (bergantung pada saiz tomato) *
6. Cili merah - 1 biji ( dihiris serong)
7. Mayonis - 1 sudu kecil

* di potong dadu



CARA-CARA

1. Pukul telur dan masukkan garam dan aji. Kemudian masukkan mayonis dan pukul sehingga rata.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan kacang panjang, cili dan tomato. Kacau seketika.

3. Masukkan telur ke dalam kuali dan perlahankan api. Terbalikkan telur dan terus tutup api. 

4. Siap di hidang.

Resipi : Telur Dadar Mayonis Semudah 123



3. Resipi : Paprik Daging / Ayam klik pada gambar


Resipi : Paprik Daging | Mudah dan Sedap
Resipi : Paprik Daging | Mudah dan Sedap


4. Resipi : Telur Bistik klik pada gambar


Resipi : Telur Bistik | Mudah dan Sedap
Resipi : Telur Bistik l Mudah dan Sedap

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

24 comments:

Lina Shaza said...

alamak.....time2 camni tengok telur dadar pun melting haha

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

ni la resepi pilihan orang berkerja..mudah dan cepat dan yg pasti sedap..hehe

irazulkeffele said...

Uihhh sodap tu makan pulak dengan nasi panas paans emmmmm

Eeca Shyaa said...

Mmg mudah sangat ni. Kalau ada juga yg malas masak tu taktau laa 😂

I am LZ said...

Kalau macamni lah Ana masak, memang takde alasan membeli di bazar Ramadhan..
Jujur kata macam kat restoran.. Simple dan sudah tentu sedap.. Kena sangat dengan citarasa LZ.. ;-)

Flavnesz said...

Fuh fuhhh.. Nasib baik kita bukak masa tgh kenyang.. Kalau tak mau nangis tengok.. hehe

Kak Sue said...

Resepi mudah macam nie yang jadi kegemaran Kak Sue sekeluarga..

cikkyra blogspot said...

Sedapnyaaaaa

Amanda Suria said...

Rajin dh Ana masak

Bro Framestone said...

Rajin dia memasak ek, kalau bro masak... dah masuk perut baru teringat nak amik gambar.

Mazni Munawar said...

thanks utk resipi! ayam kunyit tu pun favourite saya xD
asal masuk blog ni je mesti share resipi makanan yg saya suka haha

Husniey Husain said...

Menarikk sangat telur dadar mayonis tuu.. 👍👍

Nanti nak try sekalii

nadhie wueen said...

Best-best semua resepi yang akak kongsikan. teringin nak cuba yg letak mayonis n telur bistik tu. sedaapnya tgk :D

Lea Azleeya said...

ayam goreng kunyit tu sanga memikat... Tergugat iman ni.. hehee

mamapp said...

Wow sedapnya

cik EPAL said...

menggoda betul ayam kunyit tu. Nampak sedap 😄

atiehilmi dot com said...

amboi !! style masak macam kat kedai.. hee~ terliur kite !!

Haslina said...

Alamak sedap gila.. menggoda!

Shahida Dzulkafli said...

Lamanya tak buat telur dadar buh mayonnis.. Boleh buat lauk sahur esok nie..

Iris Myra said...

makan dgn nasi putih panas2.. mmg x sado la ade org kat blkg..hihii

Shikin Razali said...

Resipi telur dadar membuatkan terliur jea, hihi.. Saya pun kalu masak telur dadar memang wajib masuk mayonis sebab rasanya lebih sedap.. =)

Jun Zie said...

haa mmg simple je cara nak buat kan. letak2 goreng da siap =D

Azlinda Azman said...

sedapny ana

mrhanafi said...

Telur dadar memang feveret saya nie.

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤