Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju - Ana Suhana

Jan 6, 2017

Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju


Bercuti ke Korea : U-do Island, Jeju | Assalamualaikum. Lepas tercapai hasrat mendaki Seongsan Ilchulbong Peak yang bermula selepas subuh, Ana balik ke guesthouse semula untuk mandi dan bersarapan. Tak boleh lama-lama dekat guesthouse sebab kejar masa nak ke U-do Island pula. Dah alang-alang sampai ke Jeju ke, rugi rasanya kalau tak ke sana.

Hari ke-5 Bahagian 2 - Bercuti ke Korea : U-do Island, Jeju 


Untuk ke U-do Island, hanya feri saja di sediakan. Harga tiket feri untuk perjalanan 2 hala ialah 5,500 won seorang. Masa nak beli tiket tu, kita kena tunjukkan passport sekali. Tak pasti kenapa. So kalau kita dalam group yang ramai, hanya seorang je yang pergi beratur beli tiket dan semua passport kena tunjuk sekali masa tu. Beli tiket di bangunan putih seperti gambar di bawah ni.

Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Dari jeti nak ke U-do Island hanya memakan masa sekitar 15 minit je. Kejap sangat. Tak sempat nak lelap mata pun. Kekerapan feri pula setiap 30 minit. Bagi yang nak plan untuk ke U-do, boleh je tengok jadual feri dekat SINI.

Feri nak ke U-do Island ni memang sangat special. Tak sama macam feri yang kita naik dekat Pulau Pinang atau ke Pulau Redang tu. Kenapa Ana kata special? Sebabnya feri dekat Jeju ni takde tempat duduk tau. Yang ada hanya lantai kayu untuk kita bersila. So kalau yang mabuk laut tu, tak lah terasa feri tu bergoyang bila kena pukul ombak. Ombak dekat sini boleh tahan kuat juga tau. Terhoyong hayang juga lah Ana masa tu.

Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Kalau korang jenis yang tak suka duduk terperuk dalam feri tu, boleh je bersidai dekat luar feri tu. Tak pun naik dekat atas feri, ada tempat duduk di sediakan. Tapi limited lah. Best duduk dekat luar feri sebab kita boleh jamu mata dengan pemandangan yang sangat indah. Lepas tu boleh bagi seagulls makan kalau korang ada makanan nak bagi.

Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
U-do Island ni terletak di utara daerah Seongsan dan nama U-do di ambil sempena bentuk pulau tersebut yang seperti lembu yang sedang berbaring. Unikkan nama-nama tempat dekat Korea Selatan ni.

Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Nak explore the whole island ni ada banyak cara. Antaranya ialah korang boleh guna tour bus macam yang Ana amik masa di sana. Hanya 5,000 won seorang. Kalau tak nak naik bas, ada ATV dan basikal di sediakan untuk di sewa. Boleh bawa sendiri lah kiranya. Cuma nak sewa ATV tu kena ada permit memandu antarabangsa (IDP). Nak bawa kereta sewa kita ke pulau ni pun boleh. Nanti kereta sewa kita tu akan naik sekali dengan feri tadi tu. Cuma bila kira-kira semula kos yang kena bayar, memang tak berbaloi.

Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bas yang Ana naik semasa di pulau ni akan berhenti di beberapa pit stop. Kita boleh turun di setiap pit stop kalau kita nak. Kira macam bas hop in hop off dekat KL ni je. Ni pit stop pertama Ana di U-do Island ni. View dekat sini memang cantik sangat. Ada lighthouse lagi dekat atas bukit tu. Tapi sebab penat mendaki pagi tadi tak hilang lagi, so Ana jalan-jalan dekat bawah bukit ni je. Dekat bawah ni ada satu khemah jual fresh seafood. Ramai juga yang singgah makan dekat sini. Depan tu sikit ada tempat untuk naik kayak bagi yang ingin berkayak di sini.

Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju

Ada dalam 5-6 pit stop kesemuanya tapi Ana hanya berhenti di 2 pit stop je. Sebabnya....tak sanggup nak beratur panjang dan berebut nak naik bas semula. Dengan jumlah kami yang agak ramai ni, mesti ada yang akan terpisah. So to be safe, turun je dekat 2 pit stop. Dah memadai. Ni pit stop ke-2 Ana turun. Amik view tepi laut pula. Cantik juga laut dekat sini. Aisshhh takde yang tak cantik dekat Korea ni tau korang. Tapi takde pula orang yang mandi dekat sini. Semua pakat jalan-jalan atas pasir je.
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju
Dalam sejam lebih Ana jalan-jalan dekat U-do Island ni. Ikutkan hati nak lepak lama-lama lagi tapi sebab nak kejar masa nak drive ke bandar Jeju pula lepas ni, terpaksa melangkah meninggalkan pulau U-do ni. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi pasti Ana akan ke sini lagi. Bye bye Udo Island. See u when i see u :) 

9 comments:

  1. Sukalah keadaan dalam feri tu.. Tak ada bangku.. free siting.. hehehe.. tp Sha mabuk laut.. mampu tengok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana teruja duduk dalam feri tue. Rasa comel jer. Kalau duduk dalam tak rasa sangat sha. Sesuai utk org yg mabuk laut.

      Delete
  2. wah takde seat dalam feri. memang menarik.. sok jugak duduk bersila tu kan. nak baring tidur pun boleh. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak baring kalau tak ramai orang ok lah. Tp selalu ramai je org. Duduk berhimpit2. Nie time pergi tak ramai org lg sbb masih pagi.

      Delete
  3. Best kan explore gitu 😍😍
    Cantik view pantai ~ Husniey ni gila pantaii walaupun duduk dekat je dengan pantaii. Haha 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pun tak pernah jemu tgk pantai. Boleh jer duduk lama2 dekat tepi pantai tue tanpa buat apa2. 😅

      Delete
  4. Drpd Ana , siqah tahu banyak tempat menarik di Korea selain drpd tempat yang dah popular :)
    Suka view pantai dan laut. Cantik je view 😍
    Menarik idea duduk di lantai je dalam feri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully perkongsian yang tak seberapa dari ana nie bermanfaa buat semua. Sharing is caring orang kata. :)

      Delete
  5. cantik betol pantai tu kan...feri tu bestnya...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤