Discover Kedah : Masjid Zahir

Assalamualaikum.


Kalau ke Negeri Kedah tak sah kan kalau tak singgah ke Masjid Zahir di Alor Setar. Masjid nie terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar dan berhampiran dengan Menara Alor Setar dan Aman Central. So senang sangat nak cari sebab ianya terletak betul-betul di jalan utama. 
Cantik kan Masjid Zahir nie. Menara Alor Setar dekat hujung sana tue jer.

Masjid Zahir juga dikenali sebagai Masjid Negeri Kedah merupakan tarikan utama pelancong di Alor Setar. Pernah di iktiraf sebagai antara 10 masjid tercantik di dunia tau. Hebat kan??

Warna utama Masjid Zahir ialah hitam putih

Masjid Zahir mula di bina pada tahun 1912 dan mengambil masa selama 3 tahun untuk siap. Ini bermaksud Masjid Zahir dah berusia lebih dari 100 tahun pada hari nie. Senibina masjid pula di ilham dari Masjid Azizi di Sumatera Utara. Ciri utama masjid ialah kubah yang berwarna hitam di mana terdapat 1 kubah utama dan 5 kubah lebih kecil yang melambangkan 5 rukun Islam. Menarik sangat kan. So kalau korang plan untuk ke Alor Setar jangan lupa singgah Masjid Zahir nie tau.  





Discover Kedah : Masjid Zahir Reviewed by Ana Suhana on January 19, 2017 Rating: 5

17 comments:

  1. Walaupun Masjid Zahir dah berusia ratusan tahun tapi tetap kukuh. Kualiti binaan zaman dahulu memang terbaik. Seninya pun tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tue. hasil seni dan kualiti bahan zaman dahulu memang tak boleh di pertikai.

      Delete
    2. Dah boleh jadi bangunan bersejarah...

      Delete
  2. Assalamualaikum Wrmbth.
    .
    Apa khabar Ana, Pertama kali Mazni singgah sini :)
    .
    Salam perkenalan.
    .
    Lepas baca entri Ana pasal Masjid kedah ni, baru Mazni tahu yang masjid kedah ni pertah tersenarai masjid paling cantik dunia.
    .
    Hebat senibina orang sana ya.
    .
    Banyak lagi masjid kat dunia, boleh tersenarai lagi
    .
    Insyaallah lain kali Maznee singgah lagi ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mazni. Terima kasih sudi singgah di blog Ana. Betul tue, kalau nak diikutkan banyak lagi masjid yang cantik boleh tersenarai sebagai masjid tercantik. Tapi cantik2 pun kalau tak ramai berjemaah pun takde guna jugak kan. InsyaAllah nanti Ana singah balas kunjungan ke blog Mazni pulak :)

      Delete
  3. nnt balik kg en husband akk nk gi la...xpernah masuk lagi nih..adehhh malu deh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi kak. ana dah dua kali pergi sini. boleh naik menara alor setar pulak lepas tue. =)

      Delete
  4. Replies
    1. kan. sebab tue tersenarai Masjid Zahir tersenarai antara masjid tercantik di dunia =)

      Delete
  5. Replies
    1. betul. senibina Masjid Zahir sangat menarik di tambah dengan warna hitam putih. Nampak sangat unik. :)

      Delete
  6. Cantikk. Seni bina Masjid ni macam ala ala dari sepanyol gituu.. Kagum dengan arkitek yang buat ni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Husniey. Cantik dan unik sangat. Jarang tengok masjid warna hitam putih macam nie 😍

      Delete
  7. subhanAllah, mmg cntk Masjid Zahir ni kak 😍 duk Alor Setaq dulu mmg selalu singgah masjid ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Cantik dan unik sangat. Ruang dalam dia selesa sgt. ❤

      Delete
  8. Cantik senibinanya.. nanti kalau ke Kedah Sha mesti singgah seni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti pergi Sha. Lepas tue bolwh pergi menara Alor Setar 👍

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.