Bercuti ke Korea : Boa Travel House dan Sungai Han - Ana Suhana

Jan 18, 2017

Bercuti ke Korea : Boa Travel House dan Sungai Han

Assalamualaikum.

Hari Ke-7 Bahagian 3

Ini merupakan entri terakhir percutian sis ke korea pada awal musim luruh tahun lepas. Walaupun masih ada 3 hari di sana tapi sis terpaksa balik awal ke Malaysia disebabkan keadaan Syafi yang lemah. Demam dia datang semula malam ke-7 di sini. So sis decide untuk tukar tiket flight dari hari sabtu ke hari rabu. Huhu. Takpe ada rezeki lagi boleh datang semula. 

Berbalik dari entri sebelum nie, dari Bukchon Hanok Village sis terus ke Boa Travel House untuk lunch. Naik subway berhenti di Hongik University Station then jalan kaki dalam 5 minit. Maps untuk ke sini boleh refer di sini. Ruangan solat jugak di sediakan di roof top so boleh naik lif untuk ke atas. 


Ruang makan sangat selesa dan bersih

Kalau kita menginap dekat sini, ada 10% diskaun untuk harga makanan

Simple tapi sedap. En husband terus jatuh chenta dengan bulgogi lepas makan dekat sini

Sempat Syafi buat saranghae dekat owner. Dapatlah masuk dalam ig Boa


Di Roof top untuk solat

Lepas makan sis ke Sungai Han untuk habiskan masa-masa yang ada pada petang terakhir di Korea. Sungai Han nie sangat besar sebenarnya. Banyak aktiviti boleh buat dekat sini seperti berbasikal, jogging, seesight dan duduk-duduk makan angin macam sis buat. Hehe. 


View dari subway station

Kwang Soo mana. Kwang Soo mana. :p

Saat-saat gembira sebelum kena paksa balik KL
Chenta hati sis



Onda heart u so much

Bunga rumput pun boleh buat Syafi terhibur

Muka ada bangga dapat petik bunga rumput

Petang tue Syafi nampak segar jer. Tapi bila balik bilik demam dia datang semula. Tidur sampai meracau-racau. Kesian tengok. Malam tue jugak booked tiket flight dan berkemas. Pukul 5 pagi dah check out pergi ke airport. Alhamdulillah urusan pagi tue semua lancar. 


Jal gayo Seoul

6.5 jam dalam flight rasa sangat lama sebab Syafi 'buat perangai'. Sikit-sikit merengek sampai sis kesian dekat penumpang lain yang maybe rasa tak selesa. Dah lah cuaca tak berapa nak elok lagi lah sis rasa tertekan. Huhu. 


3 jam pertama cuaca sangat cantik. Tapi lepas Taiwan sampai lah ke KLIA cuaca tak best.

Sampai jer KLIA petang korang rasa apa?? Syafi orang paling segar. Lesu lemah dia hilang terus sampai lah keesokannya. Demam pun hilang macam tue jer. Bukan main happy dapat balik KL. Haha. So. Sis conclude maybe dia tak selesa lama-lama dekat Korea sana dengan suasana dan cuaca dan paling utama dia rindu dengan atuk nenek dekat sini. Lepas nie kalau nak jalan ke oversea kita bawa atuk nenek sekali erk Syafi. 












10 comments:

  1. Sempat ye akak cari kwang soo. Hahaha. Sedap tengok makanan korean tu, rasa teringin pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Running Man selalu shot dekat Sungai Han nie. Tue yg teringat. Haha.
      Time kat sana semua pun sedap sebab lapar dan penat berjalan. 😍

      Delete
  2. comel ja makanan tu kak , seronoknyaaa


    akak nih entry yg akak suruh buat tutorial tu

    http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/01/tutorial-pesanan-atas-kotak-komen.html

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh. Tq zaf jawab soalan akak. Nanti boleh tanya lagi ye 😍

      Delete
  3. ❤comelnya syafi... sama nama baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sama ye nama. Syafi bermaksud penyembuh kan 😍

      Delete
  4. Alahai Syafi.. memang anak Malaysia sungguh nie.. hehehe.. tak leh lama2 kat luar negara ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue lah. Lepas nie tak boleh lama2 kalau melancong 😅

      Delete
  5. haii seronoknyee.. bile la dapat sampai sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah sampai rezeki nanti pasti awak ke sini :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤