Ana Suhana

Apr 20, 2018

Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside, PWTC

10:13 AM 20
Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside, PWTC

Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside, PWTC | Assalamualaikum. Kalau sebut tentang PWTC, mesti ramai antara kita akan kaitkan PWTC dengan pesta buku antarabangsa dan Matta Fair kan? Korang yang setiap tahun ke pesta buku dan Matta Fair tu tau tak dalam PWTC ni ada satu restoran yang menarik dan sangat selesa untuk para tetamu menjamu selera? Lagi-lagi masa bulan puasa nanti. Apa kata lepas penat bershopping  di Jalan Tar korang singgah dan berbuka dengan Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside, PWTC ni.
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside, PWTC

Pada tahun ini, PWTC memperkenalkan Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 13 Jun 2018Konsep pasar malam ini diketengahkan kerana menyedari tentang selera kaum Melayu yang lebih gemarkan menu-menu yang ringkas dan kepelbagaian yang boleh didapati di bazar atau pasar malam setiap kali tiba musim puasa. Oleh itu PWTC mengambil pendekatan tersebut dengan menawarkan menu-menu khas pasar malam di dalam keselesaan ruangan berhawa dingin kepada para tetamu yang berkunjung ke sini. Mereka tidak perlu lagi bersesak dan berpanas semata-mata untuk mendapatkan menu-menu pasar malam,

Selain dari menu-menu pasar malam yang ditawarkan, PWTC turut menyelitkan elemen tersebut ke dalam hiasan gerai, pakaian seragam pelayan dan juga cef bertugas. Para tetamu juga akan dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan Picha-Picha featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadan ini.

Menu-menu Khas Pasar Malam

Hidangan Bufet Selera Ramadan Berkonsepkan Pasar Malam ini menawarkan lebih daripada 300 juadah makanan termasuk 24 buah gerai makanan yang menghidangkan menu seperti apam balik, char kuetiau, roti canai dan murtabak, pisang goreng, nasi dagang, nasi kerabu, burger, roti John, aneka kuih Melayu, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur pisang, sate, yong tauhu, rojak serta air tebu dan air mata kucing.

Selain daripada hidangan pasar malam, PWTC juga menghidangkan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari yang diketuai oleh Cef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih. Antara menu kampung yang akan dihidangkan ialah:

Ulam-ulam Dan Salad

Daun Ceylon, Ulan Raja, Kacang Botol, Petai, Tomato, Timun, Daun Pegaga, Jering, Terung Pipit, Bendi, Jantung Pisang, Pucuk Ubi, Tenggek Burung,Daun Gajus
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC

Ikan Masin

Ikan Kurau, Ikan Tenggiri, Bulu Ayam, Gelama, Kembung, Talang, Telur Masin
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC

Sambal dan Dressing

Sambal Belacan, Cili Kicap, Budu, Cencaluk, Air Asam, Sambal Tempoyak, Sambal Mangga, Sambal Nenas, Sambal Bacang, Pickled Lemon, Pickled Mixed Vege, 1000 Island, French and Italian Dressing
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTCBufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC

Sampingan

Acar Rampai, Acar Buah, Pajeri Nenas, Tahuhu Sumbat, Sambal Tempe & Kacang, Pulut Kuning, Lemang, Ketupat, Ubi & Keledek Rebus, Serunding Ayam & Daging, Rendang Ayam, Rendang Daging, Ikan Masin, Sambal Tumis Ikan Bilis
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC

Kerabu

Kerabu Sotong, Kerabu Mangga, Kerabu Ayam, Kerabu Daging, Kerabu Tauge, Kerabu Udang, Kerabu Betik, Kerabu Jantung Pisang, Kerau Paru, Kerabu Nenas, Kerabu Hati, Kerabu Kacang Botol
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC

Hidangan Panas

Nasi Putih, Ayam Kampung Goreng Kunyit, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Rendang Tok, Kambing Goreng Berempah, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Sotong Masak Kari Nenas, Udang Sambal Petai, Sayur Pucuk Ubi Lemak Tempoyak, Sayur Pucuk Paku Goreng Belacan

Gerai-gerai

Bubur Lambuk, Sup Tulang Lembu Periuk Besar, Sup Kambing Periuk Besar, Kaunter Mi, Nasi Ayam, Nasi Kandar, Nasi Kerabu, Roasted Lamb, Kuih Muih Tradisional, Pelbagai Jenis Bubur, Pencuci Mulut, Minuman Sejuk dan Panas.

Pendapat Peribadi
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Masa food review ni Ana macam rambang giler mata tengok semua menu-menu yang dihidangkan. Dalam banyak-banyak tu, yang paling istimewa pada pendapat Ana ialah menu kambing dia. Sebabnya bukan satu menu je tau tapi ada tiga menu berasaskan kambing (kambing panggang, sup kawah kambing, kambing goreng berempah). Serius ketiga-tiga menu tu memang terbaik. Kambing panggang dan kambing goreng memang lembut isi dia. Senang nak kunyah. Takde istilah liat ke apa. Sup kambing dia pula pekat dan penuh dengan perisa. Makan dengan roti je dah sedap. Jangan lupa untuk makan udang atau sotong sambal petai. Memang padu. Ikan patin tempoyak pun sama. Aishhh semua pun sedap. Memang tak rugi berbuka di sini. Berbaloi-baloi.
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Bufet Selera Ramadan Restoran Riverside PWTC
Bab kemudahan memang terbaik. Ruang makan sangat selesa dan fully aircond. Tempat solat pun luas dan bersih. Siap berkarpet empuk. Takut lepas solat maghrib korang tertido kekenyangan pulak kang. Tempat parkir pun luas dan selamat.

Pakej Bankuasi / Korporat Berbuka Puasa

Selain dari bufet Selera Ramadan di atas, PWTC juga menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi denga harga RM98 bersih seorang untuk tempahan 100 orang ke atas manakala harga tempahan minima 50 orang ialah RM115 bersih seorang.

Pakej persendirian dan korporat ini termasuk hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, ruang khas solat, serta kadar bayaran parkir tetap RM5 (bermula pukul 6 petang).

Program Beramal Bulan Ramadan

Untuk pengetahun semua, pihak PWTC sentiasa komited dalam menganjurkan kerja-kerja amal sepanjang bulan Ramadan. Di antaranya ialah dengan menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa kepada keluarga fakir miskin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pihak PWTC juga kerjasama dengan Yayasan Kasih Tauhid dalam program mengedarkan bungkusan makanan untuk berbuka puasa kepada fakir miskin dalam Program Sentuhan Kasih Ramadan siri ke-4.

Selain dari itu, PWTC juga berbesar hati untuk menganjurkan kembali program "Mari Beramal Di Bulan Ramadan" dengan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Harga Bufet Selera Ramadan

Bagi yang berminat untuk menempah atau membeli baucer untuk berbuka di Restoran Riverside PWTC ni, korang boleh boleh hubungi Restoran Riverside di talian 03-26146701/6702 atau 03-26146262 atau ke kaunter tempahan di aras 2, PWTC dari pukul 9 pagi - 5 petang.

Harga Bufet Selera Ramadan :
RM88 bersih - dewasa
RM75 bersih - warga emas
RM45 bersih - kanak-kanak (7-12 tahun)

Harga Early Bird sebelum 16 Mei 2018 :
RM75 bersih

Apr 19, 2018

Menangi Peraduan RM110,000 Duit Raya with Lam Soon's Raya Fiesta Berganda

12:02 PM 17
Menangi Peraduan RM110,000 Duit Raya with Lam Soon's Raya Fiesta Berganda

Menangi Peraduan RM110,000 Duit Raya with Lam Soon’s Raya Fiesta Berganda | Assalamualaikum. Sebut pasal duit siapa je tak nak kan. Sekarang ni nak buat apa pun semua pakai duit. Bak kata orang ramai, nak buang yang sepatutnya pun pakai duit tau. Apa lagi kalau nak sediakan keperluan seharian. Ni Ana happy sangat nak share dengan korang di mana korang boleh Menangi Peraduan RM110,000 Duit Raya with Lam Soon’s Raya Fiesta Berganda yang sedang berlangsung sekarang ni.
Menangi Peraduan RM110,000 Duit Raya with Lam Soon’s Raya Fiesta Berganda

Memandangkan yang bulan Ramadan semakin menjelang , banyak persiapan yang perlu kita buat samada persiapan dari segi penyucian rohani dan jasmani. Tak dilupa kan persiapan pembersihan rumah secara rapi. Ye lah, kebersihan tu kan separuh dari iman. Bila rumah bersih secara langsung rohani dan jasmani kita pun jadi bersih sekali. Rasa tenang je kan. Baru lah boleh panggil rumahku syurgaku aka home sweet sweet home. Baru lah tetamu yang berkunjung rasa selesa lagi-lagi pada musim perayaan yang bakal tiba nanti.

Untuk pengetahuan korang, terdapat banyak jenama di bawah Lam Soon yang boleh memudahkan kerja-kerja pembersihan rumah dan menjaga kebersihan diri seperti :
1. Antabax - rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal no 1 di Malaysia

2. Bio-home - rangkaian pembersihan rumah mesra alam yang diperbuat daripada bahan terbiodegradasikan dan berasaskan tumbuhan

3. Pembersih khusus wanita Orchid

4. May & Fruitale - Rangkaian penjagaan diri

5. Zip & Labour - Bahan pencuci rumah 

Petua Kebersihan dan Pembersihan untuk Ramadan! 

1. Guna rangkaian mandian Antabax untuk memberikan perlindungan 24 jam daripada 99.9%  kuman berbahaya, serta menjadikan kulit kekal lembap dan segar.

2. Pencuci Dapur bio-home adalah agen pencuci yang mesra alam, dibuat daripada 100% bahan aktif berasaskan tumbuhan yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil juga pada kesan minyak. Pada masa yang sama, bahan ini lembut pada kulit – sesuai digunakan untuk membersihkan permukaan dapur selepas memasak hidangan sahur atau iftar.

3. Kaum hawa pula boleh menjaga kebersihan bahagian intim mereka dengan mudah menggunakan pembersih khusus wanita Orchid yang mengandungi herba traditional seperti manjakani, kacip Fatimah dan daun sirih serta mempunyai pH seimbang 3.5 yang sesuai untuk bahagian intim. 

Petua Kebersihan dan Pembersihan untuk Raya! 

1. Travel Kit Antabax terdiri daripada Penyembur Pembersih, Gel Pembersih Tangan Segera, Tisu Pembersih Anti-Bakteria dan krim mandian digunakan untuk pembersihan di mana sahaja terutamanya semasa dalam perjalanan balik kampong.

2. Untuk menyegarkan lantai ruang tamu, ruang makan dan dapur, gunakan pencuci lantai mesra alam bio-home dengan bauan Asia seperti serai dan teh hijau. Pencuci lantai ini tidak perlu dibias kerana tiada sebarang toksik.

3. Untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoron degil seperti kunyit, guna cecair pencuci pinggan ZIP yang berkuasa, menjimatkan dan lembut pada tangan. Amalkan pembersihan secara terus di dalam dapur and ruang makan untuk mengelakkan timbunan pinggan mangkuk dan perik kuali bertambah.

Peraduan Raya Fiesta Berganda
Memahami tekanan kenaikan kos sara hidup terutama ketika melakukan persiapan untuk musim perayaan ni, korang tau tak yang jenama-jenama penjagaan rumah dan peribadi di bawah Lam Soon telah bergabung untuk memberi kegembiraan kepada korang dengan peraduan Raya Fiesta Berganda yang menawarkan sebanyak 416 hadiah sepanjang 13 minggu ni yang bernilai RM110,000. Hadiah-hadiah berupa DUIT RAYA tu terdiri daripada :

Hadiah Mingguan :
390 x RM100

Hadiah Istimewa :
21 x RM1,000

Hadiah Utama :
5 x RM10,000

** Peraduan ini akan berlangsung dari 2 April sehingga 2 Julai 2018

Cara Mudah Untuk Sertai Peraduan Raya Fiesta Berganda
Peraduan Raya Fiesta Berganda ini sangat mudah untuk disertai kerana kebanyakan kita selalu beli produk-produk ini kan. Cara untuk sertai peraduan ni seperti di bawah:

1. Beli mana-mana product Lam Soon bernilai RM20 dalam satu resit.

2. Kemudian namakan 3 jenama Lam Soon yang terlibat dalam peraduan ini.

3. Hantarkan jawapan korang melalui Whatsapp ke +6012 526 3391 beserta nama penuh dan nombor IC. Sertakan juga gambar resit korang sebagai bukti pembelian untuk tujuan pengesahan. Jika resit pembelian RM20 termasuk dua atau lebih jenama yang mengambil bahagian, anda berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 21 hadiah istimewa bernilai RM1,000!!!

Menurut En. Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Jabatan Penjagaan Isi Rumah dan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd’s Bahagian Pemasaran, peraduan ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pengguna atas sokongan mereka terhadap jenama-jenama Lam Soon. 

“Kami faham persediaan untuk musim perayaan boleh menyebabkan ketegangan perbelanjaan isi rumah kerana terdapat terlalu banyak benda yang perlu dibeli. Produk-produk kami adalah keperluan sepanjang tahun untuk isi rumah dan individu untuk mengekalkan kebersihan rumah dan peribadi. Musim perayaan adalah masa yang terbaik dan paling bermakna untuk menggembirakan mereka dengan hadiah wang tunai yang boleh digunakan untuk perbelanjaan mereka yang lain dan menjadikan sambutan perayaan meninggalkan kenangan yang lebih mendalam,” kata En. Ng.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Raya Fiesta Berganda contest, sila layari  www.rayafiesta.com

Apr 18, 2018

Tow Foo Far Sedap Di I Love Yoo

9:22 AM 16
Tow Foo Far Sedap Di I Love Yoo

Tow Foo Far Sedap Di I Love Yoo | Assalamualaikum. Memandangkan dah sampai awal di Publika untuk attend Gaya Koleksi Raya 2018 by Tracync® Scarves minggu lepas, Ana decide nak makan dulu. Lagipun kesian dekat Syafi dan En Suami merayap bersendirian. Jalan punya jalan ternampak kiosk I Love Yoo ni. Dengar cerita Tow Foo Far Sedap Di I Love Yoo ni. Moh ler kita cuba.
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
Tow Foo Far Sedap Di I Love Yoo

Nak jadi cerita sebelum pesan menu, sebab perasaan was was ni kuat,  Ana dengan yakin nya Ana tanya dekat pekerja tu samada makanan dekat sini Halal ke tak. Ana tanya dekat sorang pekerja ni je tapi semua pun nak jawab serentak. Bila dah serentak for sure terkuat kan. Apa lagi terkekek lah Ana kejap sampai customer depan kaunter tu pun tergelak sama. Alhamdulillah ada sijil halal I Love Yoo ni. Siap tampal tepi kaunter lagi. Ana je yang tak perasan. Flipshawl sekejap. Ni halal statement di laman sesawang I Love Yoo.
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika

Bab halal dah selesai. Bab nak order makanan ni yang problem sebab tetiba macam blurr tak tahu nak order apa. Terkebil punya terkebil Ana order lah set B dan set A plus satu air soya dan satu tow foo far. Basically menu dia simple je. Ada You Tiao (cakoi), bubur, kuih muih, tow foo far, air soya. Nak makanan berat sikit ada menu nasi ayam dan mee kantin. 

Bila dah order dan dah sampai kat meja rasa macam tak cukup lah pulak. Perut memasing tengah lapar. Gigih lah Ana beratur sekali lagi. Isteri mithali kononnya. Kali ni Ana order mee kantin dan cakoi goreng berinti red bean pula.

Set A - You Tiao + Porridge = RM5.60
Set B - You Tiao + Porridge = RM5.60
Air Soya Panas - RM3.70
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika

Tow Foo Far - RM4.00
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika
Mee Kantin - RM7.40
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika

Cakoi Goreng Red Bun - RM2.20
I Love Yoo Publika
I Love Yoo Publika

Ni saje je Ana nak cerita - menu macam You Tiao dan Air Soya Bean ni merupakan menu brekafast dan snek popular di kalangan kaum Cina di Asia ni. Sebab tu kalau korang perasan cakoi mesti ada dekat mana-mana restoran Cina dekat Malaysia ni sebab ni macam makanan ruji mereka. Haa sekarang dah tau kan. Sila angguk kepala. Hehe.

Sedap ke idok menu-menu dekat I Love Yoo ni? Secara peribadi dalam banyak-banyak tu Ana paling suka Tow Foo Far dia. Memang sedap. Lembut, tekstur halus dan manis gula tu just nice je. You Tiao standard lah rasa cakoi. Orang kata sedap makan dengan bubur dia tapi hari tu tengok Kak sue macam tak berselera je makan bubur tu. Maybe tak kena selera dia. Sedap tu kan subjektif. Mee kantin dia pula not bad lah. Dalam tu ada mee kicap, sambal dan telur. Rasa macam pahit-pahit sikit maybe sebab rasa kicap tu. Air soya pula plain je rasa dia. Tak manis macam soya dekat luar tu. Maybe memang signature rasa dekat sini. Tapi bagus untuk kesihatan. At the end habis juga walau plain je. Haha. Next time nak repeat Tow Foo Far dekat I Love Yoo ni sebab Ana dah jatuh suka tanpa sengaja dengan menu ni. Korang suka ke makan dekat I LoVe Yoo ni?

Apr 17, 2018

200 Hidangan Mewah Iftar Ramadan Dengan Harga Serendah RM59 Hanya di Bangi Golf Resort

9:56 AM 41
200 Hidangan Mewah Iftar Ramadan Dengan Harga Serendah RM59 Hanya di Bangi Golf Resort

200 Hidangan Mewah Iftar Ramadan Dengan Harga Serendah RM59 di Bangi Golf Resort | Assalamualaikum. Sila lah percaya!! Ini fakta bukan auta. Lebih dari 200 Hidangan Mewah Iftar Ramadan Dengan Harga Serendah RM59 hanya di Bangi Golf Resort. Apa hidangan yang mewah sangat tu? Nak tau kena lah scroll baca dekat bawah ni.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
200 Hidangan Mewah Iftar Ramadan Dengan Harga Serendah RM59 Hanya di Bangi Golf Resort

Untuk pengetahuan korang, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) memang terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik dengan menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur pada harga terendah di pasaran tetapi masih tetap menjaga kualiti pada tahap yang tertinggi. Restoran BGR juga telah disahkan halal oleh JAKIM dan telah mendapat mengiktirafan sebagai Restoran Paling Patut Halal di Selangor dari Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun 2017. Tahniah buat pihak BGR. 

Ok lah Ana excited sebenarnya nak kongsi dengan korang menu-menu yang ada dekat sini. Yang pastinya setiap juadah tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan juga pastinya akan memenuhi citarasa para tetamu yang berbuka di sini.

Ana mulakan dengan sajian eksklusif paling popular di Restoran BGR ini iaitu Kambing Bakar. Ini bukan kambing bakar biasa je tau korang. Kambing bakar dekat sini antara yang terbaik. Tekstur daging kambing bakar serius sangat lembut sebabnya kambing tu dipanggang perlahan di atas api sehingga masak sepenuhnya. Sos bbq dia pun sedap sangat i tell u. No wonder orang sanggup beratur panjang demi sepinggan dua pinggan tiga pinggan kambing bakar ni. Di stesen yang sama juga para tetamu boleh menikmati Sup Kambing Mamak yang sangat pekat dan penuh perisa.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Alang-alang dah cerita tentang panggang bakar ni, ni ada lagi satu menu yang tidak kurang hebatnya - satay ayam dan satay daging. To be frank, masa Ana attend food review ni Ana tengah sakit gigi so susah sangat nak mengunyah. Tapi satay ayam dekat sini antara menu yang Ana makan banyak malam tu sebab isi ayam tu lembut dan mudah kunyah. Memang kenyang makan satay je malam tu.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Bagi yang teringin nak makan masakan kuali panas, korang kena try kuew teow goreng dan mee mamak yang akan disediakan secara langsung depan mata korang. Baru lah ummpphh dan terhangat di pasaran.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Nak tau apa yang lagi ummpphh dari masakan kuali panas tu? Haa mesti lah masakan Melayu dan Tradisional - all time favorite rakyat Malaysia. Istimewanya masakan Melayu dan Tradisional di Restoran BGR ni ialah bahan-bahan mentah yang digunakan adalah di tanam sendiri di "Kebun dalam Bandar" di BGR itu sendiri - organik dan segar.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Nasi Kerabu antara menu tradisional yang wajib korang cuba di sini. Ulam-ulam yang digunakan adalah dari "Kebun dalam Bandar" tadi. Warna nasi kerabu juga adalah menggunakan pewarna asli dari kelopak bunga telang yang ditanam sendiri oleh BGR. Selain dari nasi kerabu, menu tradisional yang turut dihidang ialah Laksa Sarawak dan Laksa Singapura yang pasti membuat para tetamu tersenyum kepuasan.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Menu tradisional Ana dah kongsi,  sekarang Ana nak kongsi tentang sajian Timur pula. Kalau korang nak tau, sajian Timur di BGR disediakan dengan sangat sempurna menggunakan pakar teknologi terkini di mana Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan - setiap ketulan ayam dimasak sempurna memberikan rasa empuk dan berjus. Nasi ayam pula sangat empuk dan diperkaya dengan lemak ayam menjadikannya berkilau dan penuh rasa. Dilengkapkan pula dengan sos bawang putih dan halia serta cili yang pasti buat korang bertambah makan.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Untuk hidangan eksklusif Barat, jangan lupa untuk cuba signature dish dengan sentuhan gastonomik yang paling mendapat tempat di hati para tetamu - Sous  Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Tak kan jumpa dekat tempat lain. Sangat lah sedap. Confirm tak cukup 2 biji sorang. Serius ni. Kalau korang nak layan pasta pun boleh. Ada Lasagna Ayam dan Sphageti Carbonara untuk dinikmati bersama.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Dah selesai makan?? Apa kata korang cuba pula pelbagai pencuci mulut yang disediakan. Paling istimewa ialah Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat dan Tiramisu Itali. Jangan lupa cuba gelato perisa durian dan bunga kantan yang disediakan segar dan unik.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Selain itu, pencuci mulut baru juga akan dihidangkan untuk bufet Ramadan 2018 seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese CakeBlueberry Creme Brulee CakeTalas Salted CornThe Patissier Mocha Fudge CakeRed Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse.
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort

Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Ok baru selesai bab menu-menu istimewa yang ada dekat sini. Sebenarnya banyak lagi tapi tak dan Ana nak upload banyak-banyak. Kang korang pula terseksa tengok. Hehe.

Harga Istimewa Durian
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Iftar Ramadan Restoran Bangi Golf Resort
Oh ya, ini bagi peminat durian korang berpeluang untuk beli durian Musang King dan D24 masa singgah berbuka di BGR. Tapi korang kena lah tempah awal-awal lah di https://www.bgrrest.com/product/durian/.
Harga sekotak durian Musang King ialah RM110 manakala sekotak D24 ialah RM55.

CSR Restoran Bangi Golf Resort

Sepanjang bulan Ramadan tahun ni, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan.

Restoran BGR juga mengamalkan konsep SIFAR PEMBAZIRAN di mana Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan yang masih elok dari bufet Ramadan untuk diberi kepada yang memerlukan.

Harga dan Cara Menempah

Untuk memeriahkan suasana iftar, persembahan muzik secara langsung akan di adakan bermula pukul 6.30 petang -9.30 malam. Untuk keselesaan para tetamu, ruang surau dan ruang parkir yang luas turut disediakan. Bagi yang berminat untuk BERIFTAR di Restoran BGR, korang boleh membuat tempahan sekarang di nombor hotline di bawah ini :

Harga :
RM59 - dewasa
RM29.50 - kanak-kanak

Hotline :
1-700-81-8557

Email :

Laman Sesawang :

Facebook :

Instagram :