Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island - Ana Suhana

Aug 9, 2019

Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island


Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island l Assalamualaikum. Pejam celik dah 3 tahun Ana ke Korea. Rindu pulak rasanya. Bila belek entri-entri Korea, Ana perasan entri pengalaman melawat Sangumburi Crater Jeju Island takde dalam radar. Pelik. Sekali tengok dalam kotak draft daaaa. Haha. Sayang pulak rasanya kalau tak abadikan dalam blog kan. Moh ler kita publish kan entri ni.
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island

Itinerary ke Sangumburi Crater Jeju Island ni jatuh pada hari ke-4 Ana di Korea. Nak jadi cerita, cuaca hari tu tak berapa nak cun sebab hujan lebat sepanjang hari dari pagi sampai lah ke malam. Bila dah hujan ni faham-fahamlah, aktiviti pun limited. Mujur semua plan sendiri. Tapi itinerary kena diteruskan.

Dari Seongup Folk Village Ana patah balik ke Sangumburi Crater. Dari tempat parking nak masuk ke dalam agak jauh juga. Tapi hujan pun hujan lah. Ana kentalkan jiwa masuk juga ke dalam. Banyak je pelancong-pelancong lain yang redah hujan. Bezanya Ana sorang je yang dukung anak dalam hujan. Haha.
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Tiket nak masuk ke Sangumburi Crater Jeju Island ni ialah 3000won dan arah gps ke sini ialah +82-64-783-9990. Ana spend dalam sejam lebih juga lah dalam ni. Tapi sebab hujan kan, nak bergambar pun jadi susah. Rasa ralat juga sebab ingat boleh bergambar dengan lalang lalang tinggi yang cantik tu kan. Tapi takpe rezeki. Mungkin ada rezeki untuk datang semula kan. Mana tau.
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Mesti korang tertanya apa sebenarnya Sangumburi Crater ni? Haa kalau korang nak tau Sangumburi Crater merupakan satu kawah rata yang berbentuk seakan-akan stadium dengan kawasan tapak seluas 460,000m dan telah diwartakan sebagai Monumen Semulajadi No. 263 (Natural Monument No. 263).
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Di sini korang boleh temui hampir 400 spesies tumbuhan liar, burung dan haiwan lain yang membiak dan tumbuh dengan pesat. Ini kerana kawasan Sangumburi Crater ni merupakan persekitaran yang dilindungi. No wonder Sangumburi Crater ni menjadi tarikan wajib singgah di Jeju oleh hampir ratusan ribu pengunjung setiap tahun.

 Baca juga : 10 Tempat Menarik di Jeju Island Hanya Dengan Memandu Sendiri
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Tapi macam Ana cakap masa Ana ke sini hujan sangat lah lebat. So tarikan utama dekat sini iaitu kawah gunung berapi yang masih ada keluarkan asap terlindung dengan kabus tebal macam dalam gambar bawah ni. Kalau tak boleh nampak betapa cantik kawah  tu kan. 
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Tapi yang peliknya kan, dalam dalam hujan lebat tu dak kecik ni boleh lena tidur. Memang sepanjang tawaf dalam Sangumburi Crater tu dia tidur. Tak terganggu langsung even Ana berganti-ganti dukung dia dengan En Suami. Sabar jer lah,
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Tapiiii..elok jer masa nak balik tu baru dia bangun. Sabar je lah. Tapi sebab hujan dia tak nak jalan walaupun hujan dah mula reda. Walau hujan dah reda tapi kabus masih tebal. So no point lah kalau nak tunggu sebab ada a few places yang Ana nak terjah lepas tu.
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
So macam tu lah kisah pengalaman Ana melawat Sangumburi Crater Jeju Island ni. Walau hujan tapi Ana puas lah hati juga dapat jejak kaki ke sini. Suasana dekat sini sangat tenang dan rasa aman damai sebab kita dikelilingi dengan suasana yang penuh dengan kehijauan. Korang kalau datang ke Jeju Island ni make sure masukkan Sangumburi Crater ni dalam list korang ok. Kalau tak tak lengkap percutian korang.

11 comments:

  1. walaupun hujan, tetap cantik pemandangan dan gambar :)

    ReplyDelete
  2. Sweet sangat korang ambil gambar dalam hujan.

    ReplyDelete
  3. Cantik. Hujan Dan kehijauan. Tengok dalam gambar pun cantik apatah lagi depan mata.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya.. Hujan, hijau.. pergh!!

    ReplyDelete
  5. comel syafi.. time ni kecik lagi.. sekarang pre-school dah dia hehehe

    ReplyDelete
  6. Cantiknya pemandangan..Syafi pun comel sangat masa ni..untung dah jejak kaki ke Korea...Akak bleh type jer ler...hahaha..ntah bila la dapat pi

    ReplyDelete
  7. Oh, tempat tengok kawah rupanya. Dok tengok dari awal xnampak apa yang istimewa, rupanya kena tutup dengan kabus..huhu

    ReplyDelete
  8. Bestnya lah dapat pi jalan-jalan ke Korea. Harap satu hari nanti ada rezeki untuk Kak Sue sekeluarga ke sana juga. Bagus betul lah budak comel tu, sedap ja dia tidur haa..

    ReplyDelete
  9. Alolo Comey Syafi kecil lagi.masa Ni.. bestnya Tempat Ni bilalah nak sampai.. takpelah layan gambar ana je la duli

    ReplyDelete
  10. haish bila la nak boleh jejak Jeju ni...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤