Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe - Ana Suhana

Sep 21, 2018

Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe


Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe | Assalamualaikum. Baru-baru ni birthday en Suami. Ana plan nak lah buat birthday party ala garden dekat laman rumah sebab sure akan nampak cantik. Semua props dah beli sekali hujan punya lah lebat. Terus buat dalam rumah je. Sayang sangat. Oh ya cakap pasal konsep ala garden ni, Ana nak share dengan korang tentang Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe. 
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe

Perasan tak sekarang ni majlis berkonsepkan taman semakin mendapat sambutan yang sangat tinggi especially untuk majlis perkahwinan. Ana sendiri pun Ana suka dengan konsep tersebut sebab suka tengok hiasan bunga-bunga dan lampu-lampu yang ada. Rasa macam di alam kayangan pun ada. Tu kalau ada mist tebal confirm lagi cun. Haha. Syok sendiri lah pulak. 
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Korang yang suka juga majlis berkonsepkan taman ni dan masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk meraikan hari yang istimewa seperti majlis perkahwinan, pertunangan, sambutan hari jadi, and even majlis reunion, apa kata korang pilih H Garden Cafe di bawah kelolaan Wedding Studio Sdn Bhd.

H Garden Cafe merupakan sebuah kafe yang terletak di Chow Sow Lin Pudu. Lokasi kafe yang berada di corner lot mampu menampung sehingga 800 orang tetamu dalam satu-satu masa tau. Nampak je kecik tapi ramai sebenarnya yang boleh masuk.

Selalunya bila kita buat majlis berkonsepkan taman, waktu yang terbaik untuk dapatkan feel garden dengan hiasan yang cantik adalah pada waktu malam. Bila lampu berwarna warni di pasang memang terserlah keindahan konsep ala taman tu. Tak caya cuba tengok gambar-gambar yang Ana share ni. Serius sangat cantik. Ana sampai tak boleh berhenti dari bergambar. Haha. 

Pakej H Garden Cafe

Bagi yang tertanya tentang pakej untuk majlis di H Garden Cafe ni, so far ada 1 pakej saja yang ditawarkan iaitu pakej perkahwinan untuk 500 orang pada harga RM21,000. Harga tersebut meliputi harga makanan yang dihidang secara buffet untuk 500 orang (menu boleh refer gambar di bawah sekali), 4 buah dome VIP, 25 buah meja  & 250 buah kerusi dan 10 orang pelayan
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe

Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Kalau takut tak cukup tempat jangan risau sebab masih ada ruang di depan hall yang boleh memuatkan para tetamu di mana khemah boleh didirikan di situ. Ye lah kadang ni pada majlis perkahwinan ni lah masa yang sesuai untuk berjumpa saudara mara dan sahabat handai yang lama tak jumpa. So kena lah borak lama-lama kan. Jadi boleh lah sediakan ruang yang secukupnya untuk mereka agar tak menggangu kelancaran majlis. Tempat parkir kereta pun banyak. So jangan risau tentang masalah parkir untuk tetamu yang hadir.

Untuk persiapan pengantin juga turut termasuk dalam harga tersebut. Ini meliputi sepasang baju sanding, makeup, pelamin ala taman, kek pengantin 3 tingkat dan juga bilik hotel untuk bermalam.
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Untuk menghiburkan para tetamu yang hadir, set PA system dan emcee turut disediakan pada majlis tersebut. Dan ketibaan pengantin akan disambut dengan paluan kompang yang sebenar. Semakin meriah lah majlis korang tu nanti.
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Detik-detik manis pada majlis tersebut pastinya akan dikenang kan. Terutama buat bakal mempelai. Nak lah tunjuk dekat anak cucu nanti. Memahami keperluan tersebut, pakej tersebut turut termasuk khidmat photography dan videography berserta CD untuk simpanan pihak pengantin. Jangan risau, photographer yang diupah adalah photographer professional. Sure gambar korang gempak-gempak punya.

Promosi H Garden Cafe

Berita baik buat korang, sekarang ni sehingga 31 Oktober 2018 sesiapa yang membuat tempahan di H Garden Kafe melalui Wedding Studio Sdn Bhd, korang layak untuk dapat tambahan 2 ekor kambing golek atau persembahan live band.
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Best kan. Ana dah rasa  tau kambing golek tu, memang sedap dan lembut. Confirm para tetamu pun dapat menikmati hidangan yang menyelerakan tu.

Hubungi Wedding Studio Sdn Bhd

Wedding Studio Sdn Bhd sebuah syarikat perancang perkahwinan sejak 2009 menawarkan pelbagai pakej dan dewan perkahwinan termasuk di Roof Garden Bukit Jelutong, IDCC, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Summit Hotel USJ dan banyak lagi.
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Untuk maklumat lanjut tentang pakej yang ditawarkan, korang boleh hubungi nombor di bawah :

Alamat :
Lot HG88A, 
Ground Floor, Plaza Jelutong,
Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam.

Waktu Operasi :
Selasa - Ahad
12 tengahari - 9 malam

Telefon :
☎️012-4292806
☎️012-4978827










15 comments:

  1. Majlis bertemakan taman ni sekarang memang menjadi tumpuan la Kak Ana...sana sini..tak kiralah majlis perkahwinan atau majlis akikah pun yang yang pilih tema majlis dalam taman..suka PC tengok..lebih-lebih lagi yang menggunakan hiasan semulajadi dan asli..beraroma bunga-bungaan bila hadiri majlis...lebih dekat dengan alam rasanya..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah cantiknya konsep macamni. Makanan pun sedapppp.

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik dan selesa...tempat pn strategik

    ReplyDelete
  4. Betul sangat menjadi pilihan sekarang wedding konsep macam ni...nampak elegant kan..bestnya kalau dapat kawen dlm suasana macam ni...ada sesapa nak sponser x?

    ReplyDelete
  5. cantik.. menu pun nampak sedap :)

    ReplyDelete
  6. Senang kan semua dalam satu pakej.. cantik pun cantik..

    ReplyDelete
  7. salam singgah. memang menarik sangat konsep macam ni :)

    ReplyDelete
  8. memang cantiklah ala ala garden ni, hahaha boleh buat pelamin idaman ni :p

    ReplyDelete
  9. wah bestnya.. tempat cantik, makanan sedap

    ReplyDelete
  10. Saya penah jugak pegi ke majlis yang ala-ala garden nie, yang paling best kebanyakan bunga-bunga di situ menggunakan bunga yang hidup dan nampak best aje.. nasib baik saya dah kawin kalu tak, tema nie akan jadi pilihan..

    ReplyDelete
  11. Cantik ..
    Adik ipar kahwin baru ni pun ala2 taman juga..

    ReplyDelete
  12. majlis berkonsepkan taman cantik juga ni ngan hiasan bunga2 tu

    ReplyDelete
  13. Meriahnyeee konsep ni popular sekarang! Menarik sekali, nampak semua lengkap tersedia dan pakej tu.

    ReplyDelete
  14. Interior pun mmg dah nampak ceria, klu buat majlis kat tempat mcm ni mmg kompem meriah ni. Thanks sharing info ni Ana :)

    ReplyDelete
  15. Cantiknyaaa konsep macam ni. Tak sabarnya nak tunggu majlis sendiri nanti. Eh?

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤